Makmal Rahsia jabatan Fizik Universiti Malaya
02:12 AM
Hujan di luar semakin lebat seolah-olah mencerminkan situasi yang semakin tegang di dalam makmal bawah tanah. Zafran, masih bernafas laju selepas menumpaskan dua agen SVR kini berdiri berhadapan dengan sekumpulan lelaki bersenjata yang baru tiba.
Zafran berdiri tegap di hadapan Dr. Rahman dan Faris, Glock 19 tergenggam erat. Lima ejen CIA di hadapan mereka tidak bergerak, tetapi semua bersedia menekan picu pada bila-bila masa.
Seorang lelaki berambut perang melangkah ke hadapan, tubuhnya tegak seperti seorang pegawai tentera. Mata birunya tajam, dingin.
“Richard Keller. CIA.”
Dia mengangkat lencana dengan malas, lebih kepada formaliti. Semua orang di sini tahu siapa dia sebenarnya.
Zafran tidak berkedip. Wajahnya kosong, tapi otaknya bekerja pantas, mengimbas setiap sudut bilik, setiap kemungkinan.
“What do you want, Keller?”
Nada suaranya rata, tapi tegang di bawah permukaan.
Keller tersenyum nipis. "Come on, Zafran. We’re not enemies." Dia menyelitkan tangannya ke dalam poket kotnya, menunjukkan dia tidak bersenjata. “Honestly, I think we could be allies. The US and Malaysia have always had good relations. Your agency MEIO worked with us before remember Fakhri Wahab? 2018 election?”
Di belakangnya, seorang ejen CIA mengetap rahang, seolah-olah tidak suka Keller membuka cerita itu.
Faris menoleh ke arah Dr. Rahman, bisiknya perlahan, " Kita kena lari dari sini Dr Rahman! "
Keller terus bercakap, suaranya licin seperti seorang diplomat. “We know about the Singularity Drive. We know what happened in this lab tonight. And—” Dia memandang tepat ke arah Faris. “ We know where Professor Zulkarnain went.”
Dada Faris berombak kecil. Bagaimana mereka boleh tahu? Zul baru saja hilang 30 minit yang lalu.
Zafran mengerutkan dahi. “You’re bluffing.”
Keller menghela nafas kecil, matanya melirik ke arah mesin raksasa yang kini sunyi. Perlahan, dia mengangkat pergelangan tangan dan menunjuk jamnya kepada Zafran.
“Am I?”
Zafran mengerutkan dahi.
Jarum saat jam Keller… sedang bergerak ke belakang.
Bukan glitch. Bukan ilusi.
Masa di dalam makmal ini benar-benar berpatah semula.
Dia melangkah ke arah dua ejen SVR yang terbaring di lantai selepas pertarungan sengit tadi. Dengan tenang, dia meraba poket kot salah seorang daripada mereka dan menarik keluar pasport diplomatik Rusia.
Dia memusing pasport itu di tangannya, seolah-olah mengagumi sesuatu. Kemudian dia membalingnya ke dada ejen yang masih tidak sedarkan diri.
“Pegawai kedutaan?” Keller tertawa sinis. “We both know that’s bullshit.”
Matanya kembali kepada Zafran.
Zafran berkata "Apa bezanya kau dengan dua ekor tikus ini?"
Keller tersenyum tipis. “The difference, Zafran, is that I’m giving you an option. The Russians? They wouldn’t be so generous.”
Dia mengambil langkah kecil ke hadapan, kini hanya beberapa inci dari muncung Glock Zafran.
“Lower your weapon.”
Zafran tidak bergerak.
“We’re not here to steal. We’re here to protect this technology. And its inventors.”
Matanya beralih kepada Dr. Rahman dan Faris.
Dr. Rahman akhirnya bersuara. “Apa yang kau nak daripada kami?”
Keller berhenti tersenyum.
“We want full access to the machine and the data.”
“And we want you to work with us.”
________
Safe House, Kuala Lumpur
04:30 AM
Apartmen ini terlalu sempurna. Terlalu tersusun.
Dari saat Zafran menjejak kaki ke dalam, dia sudah mengenal pasti tiga kamera tersembunyi, dua mikrofon, dan seorang lelaki tegap di sudut bilik yang berpura-pura membaca laporan mungkin bekas Navy SEAL atau Delta Force.
Faris dan Dr. Rahman mungkin tidak perasan, tetapi Zafran tahu. Mereka sedang diawasi.
Keller duduk santai di sofa, membuka fail tebal dan menyelak halaman dengan perlahan.
“We know more than you think.”
Dia menarik satu gambar besar dari dalam fail dan meletakkannya di atas meja kaca.
Lukisan minyak lama.
Seorang lelaki berpakaian bangsawan abad ke-17, duduk di atas kerusi kayu berukir.
Faris membongkok sedikit, matanya membesar. “Ini… ini Zulkarnain!”
Dr. Rahman menghela nafas tajam. “Mustahil…”
Zafran masih bersandar di dinding, tapi matanya menganalisis setiap inci lukisan itu. “Where did you get this?”
Keller menolak lukisan itu lebih dekat. “British Museum. Arkib sejarah.”
“Pelukisnya, Willem van der Velde.”
Zafran menyempitkan matanya. “Van der Velde? Pelukis kapal? Dia tak melukis potret, apatah lagi bangsawan Melayu.”
Keller tersenyum kecil. “Exactly. This painting shouldn’t exist.”
Dia menekan satu lagi helaian dalam fail. “It was found in 1923, in the private collection of a British colonial officer. Unrecorded in any official historical document.”
Dr. Rahman menggeleng, suaranya serak. “Jika dia memang ada di sana… apa yang dia dah ubah?”
Keller bersandar ke belakang. “That’s the real question, isn’t it?”
Zafran memandang ke luar tingkap.
Jika ini benar… mereka mungkin baru saja mencipta krisis terbesar dalam sejarah dunia.
ok sorry lama tak update. hehe
Share this novel