BAB 13 : HARIMAU

Fantasy Series 1333

Lokasi: Markas MEIO, Putrajaya

Masa: 2:30 AM – 1 jam 25 minit selepas serangan di makmal rahsia Jabatan Fizik, Universiti Malaya

Di bilik operasi MEIO, hanya bunyi bip elektronik dan desiran kipas komputer yang kedengaran. Skrin terminal SIGINT memancarkan sinar kebiruan, memantulkan wajah tegang Ariff, pegawai kanan MEIO.

"Satu burst transmission keluar dari kawasan Apartment DC Residensi, sepuluh minit selepas serangan di Universiti Malaya."

Amir, pegawai lapangan MEIO, merenung pattern komunikasi yang muncul di skrin. Matanya menyempit, menghitung sela masa setiap transmisi.

"CIA gunakan dead zone di seluruh kawasan apartmen. Semua frekuensi GSM, radio, satelit semua terputus. Itu bukan sekadar gangguan... itu penyamaran."

Ariff menoleh. "Maksud kau?"

"Mereka tak matikan semua komunikasi tanpa sebab. Mereka nak kita percaya tak ada apa-apa di sana. Tapi dalam setiap 60 minit, dalam sela masa 2.5 saat, ada satu directional burst transmission."

"High-frequency short-wave atau VLF?"

"Bukan. Ini sesuatu yang lebih rare 'Quantum Encrypted Frequency Hopping Burst'."

Sunyi.

Ketua Pengarah MEIO, Ismail, yang memerhatikan dari skrin besar, mengetuk mejanya perlahan. Isyarat itu muncul sekelip mata, seperti denyutan nadi elektronik yang terputus-putus.

"Ke mana ia dihantar?"

Syahrul, pegawai SIGINT, menekan satu butang pada skrin.

Imej laluan transmisi muncul:

> Apartment DC Residensi → Satelit Tentera X-37B → Terowong Proksi Lima Negara → NSA Crypto Facility, Fort Meade → CIA HQ, Langley, Virginia.

Semua pegawai MEIO di situ terdiam.

"Dah sah. CIA ada di Malaysia. Dan mereka dah ada Dr. Rahman, Faris, dan Zhafran."

Ismail menarik nafas perlahan. "Mossad, MSS, SVR... kita sedang duduk di tengah medan pertempuran bayang-bayang."

Syahrul menekan satu lagi butang. Saluran komunikasi selamat kerajaan diaktifkan.

Skrin utama bertukar paparan:

> SECURE LINE: OFFICE OF THE PRIME MINISTER

Bunyi deringan bergema. Semua pegawai memperlahankan perbualan.

"Talian bersambung..."

Imej Perdana Menteri Malaysia, Ziyuddin Ibrahim muncul. Wajahnya tegang. Di belakangnya, kelihatan Tan Sri Farouk (Ketua Setiausaha Sulit PM) dan Jeneral Rahmat (Panglima ATM).

"Ismail, apa yang berlaku?"

Ismail tidak membuang masa.

"CIA telah menawan Dr. Rahman, Faris, dan agen MEIO, Zhafran Malik, ke safe house mereka di Bukit Damansara. Mossad, MSS, SVR semua sedang bergerak. Kremlin mahu semua orang berebut data penyelidikan Singularity Drive. Ini bukan sekadar espionaj... ini langkah awal ke arah perang proksi."

Tan Sri Farouk menunduk sedikit, merenung meja.

"Apa risiko kepada Malaysia?"

Ariff menjawab tanpa ragu.

"Jika Mossad atau MSS bertindak unilateral, Malaysia akan jadi Syria kedua. Singularity Drive bukan sekadar senjata, ia adalah dominasi total ke atas Quantum Computing, AI, dan Future Warfare. Jika kita hilang kawalan, kita akan jadi medan ujian teknologi peperangan generasi baru."

Jeneral Rahmat mengetap rahang. "Kenapa kita tak gunakan GGK untuk ambil semula aset kita?"

Ismail menggeleng.

"Tuan, jika ATM bergerak, Washington akan lihat ini sebagai hostile military action. Kita perlukan ops yang... tidak wujud."

PM mengetap bibir. "Apa yang kau nak, Ismail?"

Ismail menoleh ke Ariff. Ariff hanya mengangguk.

"Kami mahu mandat untuk mengaktifkan Unit HARIMAU—Hostile Area Reconnaissance, Infiltration & Military Assault Unit. Kami akan gunakan bekas pegawai GGK dan VAT 69 yang kini beroperasi sebagai kontraktor MEIO."

PM bersandar, matanya tajam. "Jika kau gagal?"

"Jika kami gagal... tiada siapa akan tahu kami wujud."

Senyap.

PM menarik nafas panjang sebelum bersuara.

"Kamu dapat lampu hijau. Tapi ingat, Malaysia tak boleh terpalit. Jika kau gagal... jangan sesekali tunjuk muka kau di hadapan aku lagi."

Ismail tersenyum tipis.

"Baik, tuan."

Skrin kembali gelap.

Di bilik mesyuarat yang kini sunyi, Ismail berpaling kepada Ariff.

"Aktifkan Unit HARIMAU. Mesejkan semua private military kontraktor kita. Misi bermula sekarang."

Tiada lagi masa untuk berlengah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience