BAB 14 : Serangan Senyap di Bukit Damansara

Fantasy Series 1333

Lokasi: Safe House CIA, Bukit Damansara

Masa: 5:45 AM – 15 minit sebelum operasi dimulakan

Dari atas bukit di utara kawasan perumahan elit Bukit Damansara, tiga lelaki berpakaian serba hitam bergerak senyap di celah-celah pokok. Unit HARIMAU, pasukan operasi hitam Malaysia yang tidak pernah wujud secara rasmi, bersedia untuk operasi paling berisiko .

Ketua mereka, Mejar (B) Johan, bekas pegawai VAT 69, memberi isyarat tangan. Shahrul dan Kamaruddin berpencar ke posisi masing-masing.

Di hadapan mereka, sebuah banglo moden dengan pagar elektrik, sistem CCTV yang terselindung dalam landskap, dan tingkap kaca reflektif tipikal safe house CIA. Tetapi itu hanya apa yang nampak di luar.

Johan menekan butang kecil pada alat di tangannya. Spektrum radio kawasan itu dipetakan dalam masa nyata.

"Tujuh sumber isyarat komunikasi aktif. Lima ejen lapangan. Dua statik, kemungkinan operator sistem atau QRF dalam standby mode."

"Firewall?" tanya Shahrul perlahan, tidak menoleh dari teleskop night-visionnya.

"NSA-grade dengan lapisan quantum encryption. Kita tak boleh tembus dalam masa singkat."

Johan mengangguk. "Baik. Kita buat cara manual."

---

Phase 1: Silent Entry

Distraksi pertama bermula.

500 meter dari banglo, satu drone kecil yang dikawal Ariff dari van melepaskan letupan kecil pada tiang elektrik, menyebabkan gangguan bekalan kuasa selama 15 saat.

Sempurna.

Dalam tempoh itu, grappling gun Kamaruddin meluncur ke atas pagar batu 15 kaki, tersangkut pada ceruk tembok yang tidak kelihatan dari kamera utama.

Satu tarikan tali—tegang.

Johan bergerak dahulu, diikuti Shahrul dan Kamaruddin. 10 saat, tiga lelaki sudah berada dalam perimeter.

Tetapi mereka tahu CIA tak sebodoh itu.

---

Di tingkat atas banglo, seorang ejen CIA sedang memeriksa telefon satelitnya.
Tiba-tiba, skrinnya jadi statik.

"Power flick—check main board."

Ejen itu bangun, berjalan ke arah pintu. Dia tidak menyedari bayangan hitam hanya 3 meter di belakangnya.

Pisau karbon-seramik menekan arteri karotidnya.

Darah menitis senyap ke lantai kayu.

Johan catch the body sebelum ia jatuh.

---

Phase 2: Extraction

Di tingkat bawah, Dr. Rahman, Faris, dan Zhafran duduk bergari dalam bilik kaca dengan lampu LED putih terang. Mereka nampak letih, tetapi tidak ada tanda-tanda penyeksaan fizikal.

Dua ejen CIA sedang berbual.

"Langley nak kita pindahkan mereka ke safe house di Manila dalam masa 48 jam. Singularity Drive terlalu panas. Mossad dah hantar satu unit ke KL."
"Kita ada clearance dari langley ?"
"Tak perlu. Kita gerakkan mereka guna pasport diplomatik."

Bam.

Bunyi senyap tetapi tajam.

Kedua-dua ejen itu terhempas ke lantai, masing-masing sebutir peluru subsonik menembusi tengkorak mereka.

Hafiz, sniper Unit HARIMAU, telah menamatkan perbualan mereka.

"Tingkat bawah clear," suara Hafiz dalam komunikasi.

---

Johan dan Kamal masuk ke dalam bilik kaca.

Dr. Rahman menegang.

"Korang siapa?"

"Tak penting. Berdiri, kita keluar."

Kamal menarik shove knife dari poket taktikalnya. Beberapa putaran kecil—klik. Gari terbuka.

Bip.

Johan menoleh ke meja kecil di sebelah mayat ejen CIA. Sebuah telefon satelit berkelip-kelip.

Mereka tahu kita di sini.

Lampu merah kecemasan menyala.

---

Phase 3: Vanish

"ARIFF, KITA ADA MASALAH."

"Aku nampak. EMP on standby."

Johan menilai dua pilihan:

1. Lawan dan cuba keluar dalam keadaan huru-hara.

2. Musnahkan sistem elektronik, jadi mereka hilang keupayaan komunikasi dan visual.

"Ariff, EMP NOW."

Dari van MEIO, Ariff menekan butang merah pada panel kawalan.

BOOM.

Satu denyutan elektromagnetik kecil meletup dari jam tangan Kamal.

Semua kamera, lampu, dan sistem komunikasi dalam bangunan mati.

Dunia kembali gelap.

---

Tapi CIA ada countermeasure.

Di luar banglo, dua SUV hitam berhenti secara mengejut.

QRF (Quick Reaction Force) CIA dah tiba.

Shahrul bergerak dahulu ke pagar, diikuti Dr. Rahman dan Faris, dengan Johan dan Kamaruddin sebagai rear guard.

35 saat. Mereka sudah di luar perimeter.

Tetapi mereka tidak boleh pulang terus.

Mereka perlu hilang.

---

Lokasi: Safe House Kedua – Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Masa: 4:15 AM

Sebuah van penghantaran DHL meluncur senyap di jalan yang lengang.

Di dalamnya, Johan menoleh ke arah Dr. Rahman.

"Sekarang kau faham, kan? Bukan CIA saja yang mahukan teknologi Singularity Drive kau."

Dr. Rahman mengusap mukanya yang berpeluh.

"Maksud kau...?"

Johan membetulkan cermin pandang belakangnya.

"Mossad. MSS. SVR. Mereka semua dalam permainan ini."

Zhafran mengerutkan dahi. "Mana?"

Johan membalas tenang.

"Nanti kau akan tahu."

Dr. Rahman tiba-tiba bertanya.

"Macam mana dengan mesin Singularity Drive kat UM?"

Johan membalas tanpa ragu.

"Jangan risau. Mesin itu sudah diamankan oleh kerajaan Malaysia."

Di luar, langit Kuala Lumpur semakin cerah.

Tetapi di dunia bayang-bayang, perang baru sahaja bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience