BAB 11 : Fugue Singularity

Fantasy Series 1333

Lokasi: Pejabat MEIO, Putrajaya

Di dalam sebuah bilik mesyuarat yang suram, cahaya dari skrin holografik memantulkan bayang seorang lelaki. Zafran Malik, pegawai perisikan kanan MEIO, meneliti laporan di hadapannya dengan rahang mengeras.

Di hadapannya, seorang pegawai kanan menyerahkan fail bertanda "RAHSIA BESAR NEGARA."

"Universiti Malaya. Makmal Rahsia Fizik. Sesuatu berlaku malam tadi."

Zafran membuka fail itu. Matanya meneliti laporan yang ditulis oleh Dr. Rahman.

"Eksperimen Singularity Drive mengalami anomali. Seorang saintis telah hilang. Kemungkinan besar tercampak ke dalam ruang-masa."

Zafran menghela nafas panjang. Ini bukan perkara biasa. Jika ini benar, teknologi ini lebih berbahaya daripada yang mereka sangka.

"Dan bukan kita sahaja yang berminat," pegawai itu menambah. "Kami dapat maklumat bahawa beberapa agensi asing sudah bergerak. Jika kita tak bertindak sekarang, teknologi ini akan jatuh ke tangan mereka."

Zafran menutup fail itu. Matanya tajam.

"Aku ke UM malam ini."

"Pastikan Dr. Rahman dan Faris selamat. Dan pastikan teknologi ini tidak jatuh ke tangan musuh."

---

Lokasi: Pejabat Fizik Universiti Malaya, Kuala Lumpur

01:45 AM

Hujan renyai-renyai menambah suasana sunyi di pejabat Fizik Universiti Malaya. Di permukaan, semuanya kelihatan tenang. Tetapi di bawah tanah, dalam sebuah makmal rahsia yang tersembunyi di sebalik bangunan lama, sesuatu sedang berlaku.

Zafran berdiri di atas bumbung Fakulti Sains, teropong malam di tangannya. Matanya meneliti kawasan sekeliling, mencari pergerakan yang mencurigakan.

"Ariff, aku dah di lokasi. Apa status?"

Di telinganya, suara Ariff, rakan setugasnya dari MEIO, kedengaran melalui alat komunikasi.

"Ada pergerakan luar biasa di perimeter pejabat fizik universiti Malaya . Aku nampak dua lelaki berpakaian hitam di belakang fakulti. Mereka bukan staf atau pelajar."

Zafran mengecilkan mata. "Agen asing?"

"Kemungkinan besar. Mereka bergerak dengan formasi taktikal. Aku syak mereka dah tahu tentang Singularity Drive."

Zafran menyumpah dalam hati. Mereka tidak punya banyak masa. Jika dia tidak bertindak sekarang, Dr. Rahman dan Faris mungkin sudah dalam bahaya.

---

Lokasi: Makmal Rahsia Fizik di pejabat fizik Universiti Malaya

Di dalam makmal bawah tanah, Dr. Rahman dan Faris sedang berkemas dengan tergesa-gesa.

"Kita kena padam semua data ini!" Faris bersuara, tangannya menggigil ketika dia mengeluarkan hard drive dari sistem utama. "Kalau sesiapa dapat akses kajian kita, dunia akan hancur!"

Dr. Rahman menoleh ke arah Singularity Drive yang kini senyap dan tidak aktif. Mesin itu masih utuh, tetapi mereka tahu ia bukan lagi sekadar mesin penyelidikan.

"Kita tak boleh musnahkannya, Faris," kata Dr. Rahman tegas. "Kalau kita kehilangan mesin ini, kita juga kehilangan peluang untuk bawa Zulkarnain kembali."

Faris terdiam. Dia tahu betapa pentingnya Zulkarnain kepada mereka. Tetapi dia juga tahu bahawa orang yang berkepentingan tidak akan berhenti sehingga mereka memiliki teknologi ini.

Tiba-tiba, lampu makmal berkelip-kelip.

Dr. Rahman dan Faris berpandangan.

"Ada orang masuk ke sistem elektrik kita…"

Dan ketika itu

Pintu makmal tiba-tiba terbuka secara paksa!

Dua lelaki berpakaian hitam melangkah masuk, senjata ditujukan ke arah mereka.

"Don't move!"

Faris terkaku. Dr. Rahman mengangkat tangan.

"Kami cuma saintis. Kau siapa?"

Lelaki di hadapan mereka tersenyum sinis. Bahasa Inggerisnya beraksen Rusia.

"Hand over the data. Or we take it from your cold dead hands."

Faris menelan air liur. "Kau dari mana?"

Lelaki itu menjawab dengan tenang tetapi penuh ancaman

"SVR. Russia thanks you for doing the hard work for us."

SVR. Perkhidmatan perisikan luar Rusia.

Mereka bukan hanya berdepan satu musuh tetapi dengan sebuah kuasa besar.

---

Di Luar Makmal

Zafran bergerak pantas ke arah laluan masuk tersembunyi di belakang bangunan. Dia sudah menjangkakan agen asing akan cuba memasuki makmal, tetapi dia tidak menjangka musuhnya kali ini ialah SVR.

"Ariff, pastikan perimeter dikawal. Aku masuk sekarang."

Tanpa membuang masa, dia menyelinap masuk ke dalam terowong bawah tanah, pistolnya sudah sedia di tangan.

Semakin dia menghampiri makmal, semakin kuat suara perbualan dari dalam. Zafran berhenti sejenak, mendengar perbualan itu.

"If you don’t cooperate, we make sure this is your last night breathing."

Zafran menarik nafas dalam. Dia perlu bertindak sekarang.

Dalam satu gerakan pantas, dia mengaktifkan EMP jammer di pergelangan tangannya.

ZZZT!

Cahaya dalam makmal serta-merta padam.

Dalam kegelapan, dia meluru masuk menerajang dada salah seorang agen SVR, menjatuhkannya ke lantai.

Lelaki kedua tercari-cari dalam gelap. Zafran tidak memberi peluang. Dia membongkok, mengunci lengannya lalu menghentak kepala lelaki itu ke dinding.

"Hnghh—!"

Satu tembakan dilepaskan dalam panik tetapi ia tersasar.

Dr. Rahman menarik Faris ke sisi.

"Kita kena keluar dari sini!"

Zafran merampas senjata dari lelaki yang separa sedar di lantai, lalu mengacukannya ke arah seorang lagi agen SVR.

"Drop your weapon."

Lelaki itu mendengus, tetapi sebelum dia sempat bergerak

DUM!

Tembakan dari luar makmal!

Lelaki SVR itu berpaling. "What?"

Zafran mengambil peluang. Dia menyiku tengkuk lelaki itu, menjatuhkannya ke lantai.

"Pergi sekarang!"

Dr. Rahman dan Faris bergegas ke pintu belakang makmal. Tetapi sebelum mereka sempat melarikan diri

"DON’T MOVE."

Mereka berpaling.

Sekumpulan lelaki bersenjata lain telah mengepung mereka.

Tetapi mereka bukan orang SVR.

Lambang di lengan mereka jelas…


CIA.

Zafran mengetap gigi. Permainan ini lebih besar daripada yang dia jangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience