BAB 5: RODA AIR

Fantasy Series 1333

Zulkarnain melangkah keluar dari rumah Panglima Hidayat, tetapi fikirannya masih terperangkap dalam kekusutan yang sukar dijelaskan. Langit pagi berwarna keemasan, tetapi hatinya terasa seperti sedang ditelan kabus tebal.

"Aku bukan sekadar tersesat di masa lalu. Aku mungkin telah masuk ke dunia yang berbeza. Dunia yang tak sepatutnya wujud dalam hidup aku."

Dia mengepalkan tangan. Perkara ini lebih rumit daripada sekadar mengembara ke zaman silam. Jika benar setiap keputusannya boleh mencipta realiti baru, maka dia perlu lebih berhati-hati.

"Jika aku buat keputusan yang salah, dunia ini boleh berubah dengan cara yang aku tak boleh bayangkan. Dan lebih buruk lagi… aku mungkin tak akan dapat pulang."

___________________________________

Di Pondok Kecil di tepi sawah

Setibanya di pondok kecilnya, Zulkarnain duduk bersila di atas lantai kayu yang sedikit berderit. Dengan penuh berhati-hati, dia mengeluarkan telefon bimbitnya—satu-satunya bukti bahawa dia bukan berasal dari dunia ini. Skrinnya masih menyala, memancarkan cahaya samar dalam kegelapan malam.

45%...

Dia menarik nafas panjang sebelum menekan butang di sisi, mematikan peranti itu untuk menjimatkan baki tenaga yang ada. Logo Apple perlahan-lahan muncul sebelum skrin menjadi gelap sepenuhnya. Dalam keheningan pondoknya, Zulkarnain termenung mengenang dunia yang telah ditinggalkannya dan realiti baru yang kini harus dihadapinya.

"Jika ini dunia yang berlainan, adakah masa depan yang aku kenal masih wujud? Atau adakah aku telah mengubah segalanya?"

Fikiran itu membuatnya resah. Dia tak tahu sama ada tindakannya di sini akan mencipta masa depan baru, atau hanya menambahkan lagi cabang dunia yang semakin berpecah.

Dia mengetuk skrin telefon, menaip dalam nota:

"Matlamat utama: Bertahan hidup. Dapatkan kepercayaan orang kampung. Fahami dunia ini. Jika ada peluang untuk pulang, aku akan cari."

Dia meletakkan telefon di tepi dan menghela nafas panjang. Sekarang bukan masanya untuk terlalu memikirkan perkara yang tak boleh dia kawal. Yang penting, dia perlu mencari cara untuk bertahan hidup di dunia ini.

__________________

Pertemuan dengan Orang Kaya Salim

Zulkarnain bangkit dari tempat duduknya menyembunyikan telefon , lanyard kad pengenalan ,jam tangan ,serta pisau lipat dalam kain yang diikat kemas lalu diletakkan dalam laci almari . Dengan langkah yakin dia menuju ke rumah Orang Kaya Salim salah seorang yang paling dihormati di kampung Langkasura.

Di beranda rumah, Salim duduk sambil mengawasi anaknya, Radina, yang sedang mengajar adiknya bermain congkak.

Zulkarnain berdiri tegak, lalu memberi salam dengan penuh hormat.

Zulkarnain (dengan nada yang sedikit janggal, cuba mengingati sebutan yang betul):
"Ampun, Tuan. Mohon sedikit waktu untuk berbicara."

Orang Kaya Salim (mengangkat wajahnya, memandang Zulkarnain dengan mata tajam yang seolah-olah mampu membaca hati orang):
"Silakan, anak muda. Apa yang ingin diperkatakan?"

Zulkarnain menarik nafas, cuba menyusun kata-kata dengan berhati-hati.

Zulkarnain (dengan sedikit keraguan, tergagap sedikit kerana terfikir bagaimana untuk menyampaikan maksudnya):
"Aku... ingin menawarkan sesuatu kepada kampung ini. Jika Tuan izinkan, aku mahu tunjukkan cara bagaimana hidup boleh menjadi lebih mudah."

Orang Kaya Salim (menyandarkan badan, tertarik dengan kata-kata Zulkarnain):
"Ilmu apa yang Tuan hamba maksudkan?"

Zulkarnain (terasa canggung, cuba mengatur kata-kata, merasakan perbezaan zaman yang besar):
"Ilmu tentang makanan, tenaga, dan perubatan. Aku tahu cara membuat alat yang boleh membantu orang bekerja dengan lebih mudah, memasak makanan yang lebih baik, dan merawat orang sakit dengan cara yang belum pernah digunakan di sini."

Orang Kaya Salim termenung sejenak, berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Zulkarnain.

Orang Kaya Salim (dengan nada serius, merenung Zulkarnain, mungkin sedikit meragui tetapi tertarik):
"Jika benar kata-kata Tuan, aku akan bawa Tuan berjumpa dengan ketua kampung. Tapi ingat, Panglima Hidayat tak senang dengan perkara yang asing."

Zulkarnain mengangguk perlahan, namun matanya sedikit bersinar dengan harapan.

Zulkarnain (terasa perlu menjelaskan dengan lebih berhati-hati, takut ada salah faham):
"Aku mengerti. Aku akan mulakan dengan perkara kecil dahulu."

Dia menundukkan kepala sedikit sebelum menambah,

"Tapi sebelum itu, aku memerlukan pakaian baru. Pakaianku sekarang sudah berbau dan kotor," katanya sambil mengibas kot labnya dengan tangan, cuba menghilangkan debu dan bau yang melekat. Namun, usaha itu sia-sia kain putih yang dulunya bersih kini bertompok dengan kesan tanah dan peluh, mencerminkan betapa jauhnya dia telah terpisah dari dunia asalnya.

Orang Kaya Salim (mengangguk perlahan sebelum menoleh kepada Radina):

"Radina, ambilkan sepasang pakaian untuk Tuan hamba ini."

Radina (tersenyum manis, bangun dari tempat duduknya dan masuk ke dalam rumah, kembali dengan pakaian yang bersih dan kemas):
"Ini pakaian untuk Tuan hamba. Terima kasih atas pertolongan Tuan yang menyelamatkan keluarga kami."

Zulkarnain (mengambil pakaian itu dengan sedikit keliru, matanya memandang Radina sejenak, masih merasa canggung dalam interaksi ini):
"Terima kasih... Terima kasih banyak."

Radina dan Orang Kaya Salim saling berpandangan melihat Zulkarnain yang jelas berusaha keras untuk berkomunikasi dan mungkin sedikit berbeza dengan cara orang mereka bercakap. Zulkarnain, yang merasa janggal dengan suasana terus berdehem dan meminta izin untuk pergi tertapi dia teringat akan sesuatu dan berkata kepada orang kaya Salim

“sebelum Tuan hamba pergi, kalau boleh... Tuan hamba nak guna barang sedikit. Kayu, rotan, beras,dan bekas tembaga kalau ada, itu sahaja.”

Orang Kaya Salim mengangkat kening, matanya penuh tanda tanya.
“Tuan hamba nak buat apa dengan barang-barang itu?”

Zulkarnain menjawab
“Hamba nak buat sesuatu yang akan memudahkan pekerjaan orang kampung. Perkara kecil sahaja.

Tengah hari itu, Zulkarnain berada di tepi sungai kecil yang mengalir tenang dekat Langkasura. Orang Kaya Salim membawa beberapa orang kampung, masing-masing memegang kayu dan rotan. Ada yang hanya berdiri jauh, memperhatikan dengan wajah penuh keraguan. Zulkarnain mengumpulkan kayu yang dipotong kasar, rotan lentur, dan dua batu besar dari tepi sungai. Di dalam kepalanya, ilmu fizik yang di ajar nya bertahun-tahun di Universiti Malaya (UM) mula hidup. Tenaga kinetik, daya putaran, prinsip roda air. Dia mahu memperkenalkan sesuatu yang praktikal, sesuatu yang boleh memudahkan kehidupan orang kampung.

Zulkarnain mula mengikat kayu-kayu itu menjadi bingkai bulat, menggunakan rotan untuk menghubungkan bahagian yang perlu berputar. Batu-batu besar diletakkan di atas kayu rata yang disusun menjadi asas. Dengan bantuan dua orang kampung muda, dia pasang bingkai itu di tepi sungai, memastikan air yang mengalir dapat menggerakkan roda kayu tersebut. Setelah dia melepaskan, roda air itu mula bergerak perlahan air sungai yang mengalir menolak kayu, dan batu pengisar di atasnya mula mengisar beras yang dibawa oleh Orang Kaya Salim. Dalam beberapa minit, tepung halus mula keluar, lebih cepat dan mudah daripada cara tradisional.

Orang kampung yang menyaksikan itu ternganga. “Eh, apa ni? Macam ada jin dalam kayu!” ujar seorang makcik dengan mata terbelalak, sambil memegang bahu anaknya yang turut terpaku menonton.

Zulkarnain tersenyum kecil, mengelap peluh di dahi. “Bukan jin, makcik. Ini tenaga air. Sungai yang pusingkan roda, dan roda itu pula yang pusingkan batu. Mudah sahaja tak payah tumbuk beras dan menggiling padi secara manual lagi.”

Orang Kaya Salim mengangguk, matanya bersinar. “Tuan hamba memang bijak. Ini boleh jimatkan masa orang kampung kita.”

Namun, sebelum Zulkarnain dapat membalas, satu suara garau memotong dari belakang. “Pandai, atau sihir?” Penghulu Kassim berdiri di sana dengan tangan bersilang, wajahnya penuh sindiran. “Aku tengok benda ni pelik. Tuan hamba ni pedagang, atau tukang sihir yang sengaja masuk kampung kami?”

Darah Zulkarnain terasa mendidih dan berkata dalam hati, "Bruhh, sihir apa ke bendanya, wehh? Konsep roda air ini dah lama wujud sejak zaman Rom. Eh, jap, aku boleh guna peluang ini untuk tanya soalan yang selama ni aku nak tahu sangat.

aku kat zaman mana ini weh ?"

Dia menoleh, memandang Penghulu Kassim dengan tenang. “Bukan sihir, tuan hamba. Ini ilmu yang hamba dapat dari orang kulit putih, mata mereka biru dan rambut mereka warna emas. Hamba selalu jumpa mereka di negeri hamba,” katanya, mengekalkan riak wajah serius.

Kat Bukit Bintang, sebenarnya… bisik Zulkarnain dalam hati, hampir tergelak sendiri dengan situasi ini.


Penghulu Kassim masih berdiri tegak, matanya tajam memerhatikan dan dia berkata, “Maksud kau dari orang Belanda?”

Zulkarnain mengutuk dalam hati, Ahh Celaka, jadi orang-orang Eropah dah sampai ke Nusantara lah ini? Kalau ikut timeline zaman aku, orang Belanda yang dimaksudkan orang tua ni mesti VOC.Persoalan yang timbul sekarang aku sebenarnya berada di mana? VOC menguasai banyak wilayah di Nusantara, jadi lokasi aku sekarang masih tak jelas. Dan yang lebih penting... tahun berapa sekarang?

Orang kampung yang lain mula berbicara, kehairanan dan teruja, tetapi ada juga yang masih ragu-ragu.

Zulkarnain menarik nafas dalam-dalam, cuba menjelaskan sekali lagi dengan lebih berhati-hati. “Ini bukan sihir, makcik. ilmu macam ni biasa. Air sungai, yang kita tak nampak gerakannya, boleh digunakan untuk menggerakkan benda. Roda ni berpusing sebab air sungai yang menggerakkannya, dan roda itu pula yang pusingkan batu. Tak perlu angkat batu besar, tak perlu tumbuk manual.”

Seorang pemuda, yang kelihatan lebih terkejut daripada yang lain, bertanya dengan perlahan, “Jadi, ini... tenaga dari air yang boleh buat semua ni?”

Zulkarnain mengangguk. “Betul. Air ni kuat, walaupun kita tak nampak dia bergerak. Kalau kita tahu caranya, banyak kerja boleh dipermudahkan.”

Makcik yang tadi bersuara dengan penuh kehairanan menambah, “Tapi ini semua tak pernah kami dengar. Kalau dulu, nak buat tepung, kami tumbuk sendiri. Sekarang macam ada kuasa lain dalam kayu ni…”

Zulkarnain tersenyum lembut. “Ya, memang pelik. Tapi hakikatnya, air yang kita selalu tengok mengalir itu punya tenaga. Bila kita tahu cara nak gunakannya, banyak perkara boleh dipermudahkan, tanpa perlu menghabiskan tenaga yang banyak.”

Mereka yang mendengar mula mengangguk perlahan. Walaupun keraguan masih ada, namun ada benih kepercayaan yang mula tumbuh dalam hati mereka. Mereka kini mula melihat bahawa apa yang Zulkarnain tunjukkan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience