Faris berdiri kaku, nafasnya tersekat-sekat. Mesin itu tiba-tiba kembali tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cahaya di makmal stabil semula, tetapi satu perubahan besar berlaku Zulkarnain sudah tiada.
Dia segera melihat bacaan di skrin. Apa yang terbentang di hadapannya membuatkan darahnya berderau data biofizikal tentang Zulkarnain menunjukkan anomali graviti yang luar biasa.
“Dr. Rahman… bacaan ini mustahil.”
Dr. Rahman terduduk di lantai, wajahnya pucat. “Ini bukan sekadar teleportasi… ini sesuatu yang lebih dahsyat.”
Faris menelan liur. “Maksud doktor?”
Dr. Rahman menggeleng perlahan. “Singularity ini bukan sekadar menghasilkan horizon peristiwa… ia mungkin telah membuka ruang antara dimensi.”
Faris meraup wajahnya. “Tak mungkin. Tak mungkin…”
Dia menekan beberapa kekunci, cuba meneliti log sistem. Degup jantungnya makin pantas. Ada anomali graviti kuantum sewaktu lonjakan tenaga tadi. Nilai yang muncul bukan sahaja di luar jangkaan ianya mustahil.
Singularity Drive bukan sekadar terbuka.
Ia mungkin telah mencipta satu wormhole ke realiti lain.
Dr. Rahman menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri. “Kita perlu cari jalan untuk mengesan di mana Zulkarnain berada.”
Faris mengangguk, masih tergamam. “Tapi kalau dia dah masuk ke dalam horizon peristiwa… macam mana kita nak cari sesuatu yang terperangkap di luar masa?”
Dr. Rahman termenung seketika sebelum berbisik, “…Atau mungkin dia masih wujud, tapi dalam realiti yang lain.”
Faris memandangnya, keningnya berkerut.
Setelah itu Faris memandang ke arah mesin yang kini sunyi. Dia berbisik perlahan, suaranya bergetar.
“…Kau ke mana, Zul?”
Makmal tenggelam dalam keheningan berat, hanya dihiasi dengungan halus mesin yang masih berfungsi seolah-olah sedang menyimpan jawapan yang mereka cari. Udara dipenuhi bau ozon, tajam dan menyengat, seperti sisa ribut petir yang baru meletus di dalam bilik ini. Di sudut-sudut makmal, alat-alat kecil masih bergetar, seakan gema dari sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Cahaya fluoresen di siling berkedip perlahan, seolah-olah ruang ini sendiri sedang cuba menyesuaikan diri dengan realiti yang telah berubah.
Di tempat yang jauh.....
Zulkarnain duduk di bawah sebatang pokok besar, merasai angin malam yang sejuk menyentuh wajahnya. Langit gelap dengan bintang-bintang yang berkelip terang, namun pemandangan itu tidak mampu menghilangkan perasaan gelisah yang menghantui fikirannya. Hutan di sekelilingnya sunyi, hanya terdengar bunyi cengkerik dan desiran daun, namun keheningan malam itu tidak mampu meredakan kegelisahan yang semakin meresap ke dalam dirinya.
Kepalanya berdenyut-denyut, seolah ada sesuatu yang berat menekan fikirannya. Sesekali dia mengusap wajahnya, merasakan keringat dingin menitis. Tubuhnya terasa lemah, tidak seperti biasa. Setiap gerakan, setiap langkah, terasa ada yang tidak kena.
Zulkarnain meraba-raba kocek baju lab makmalnya, jari-jemarinya mencari benda yang tak dapat dilihat. Dalam kekeliruan, dia akhirnya menemui telefon nya. Dengan harapan yang tinggal sedikit, dia membuka skrin telefon, tetapi rasa kecewa segera menyelubungi dirinya. Di skrin itu terpampang simbol silang merah besar, tanda yang menunjukkan tiada jaringan.
"Ya Allah, aku kat mana ni sekarang?" bisiknya perlahan, sambil menahan sakit kepala yang semakin melanda.
Matanya yang puas meneliti ikon pencawang jaringan kini beralih ke ikon bateri hanya 75% tersisa. "Relaks, Zul... jangan panik," gumamnya, cuba menenangkan diri. Namun, dalam kekeliruan yang membelenggu, rasa putus asa semakin menghimpit.
Zulkarnain mengangkat tangan ke udara, berharap, seolah-olah dengan cara itu dia dapat mengundang satu bar isyarat. Segera dia menunggu, setiap saat terasa lebih panjang daripada biasa. Tetapi selepas sepuluh minit yang penuh dengan harapan kosong, telefon itu tetap tidak menunjukkan apa-apa. Tiada satu bar pun yang muncul.Akhirnya, dia melepaskan keluhan berat. Tangannya yang terangkat turun perlahan-lahan. Dia mengalah.
Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Tanpa membuang masa, dia menoleh ke langit yang luas dan memandang bintang-bintang yang jauh. Fikirannya melayang kepada Salsabila, kenangan bersama yang datang tiba-tiba.
“Kalau kau rindu aku, kau tengok je bintang kat langit pada waktu malam.Aku pun akan tengok bintang yang sama, walaupun kita jauh," kata Salsabila sambil tersenyum manis.
Kenangan itu seolah hidup semula, dengan jelas dia ingat saat-saat mereka duduk bersama, memandang langit yang sama. Salsabila ada di sisi nya, dan dia merasakan seolah-olah Salsabila masih ada bersama, seolah-olah bintang-bintang itu memberikan jawapan atau petunjuk.
Namun, apabila dia menatap langit kembali, dia perasan sesuatu yang pelik. Rasi Orion, yang biasanya berada di utara, kini terletak di tempat yang tidak sepatutnya. Matanya terbeliak, bintang-bintang itu seolah-olah bergerak tanpa alasan. Apa yang sedang berlaku? fikirnya, panik. Rasi Crux, bintang yang hanya kelihatan di selatan, kini muncul di langit malam yang biasa aku lihat.
Suasana sekeliling menjadi lebih aneh. Angin malam bertiup lebih kuat, dan dia mendengar bunyi burung malam yang menjerit seakan memberi amaran. Kegelapan semakin mendalam, seolah-olah menutup semua cahaya bintang.
Eh, Apa benda ini weh ? Apakah aku masih berada di dunia yang sama ataupun aku berada di dunia lain ?
Dengan kegelisahan yang semakin kuat, Zulkarnain menggenggam telefon dengan lebih erat. Kepalanya mula pening lagi dan tak henti-henti berdenyut. Dia merasa seperti berada dalam dua dunia yang berbeza pada masa yang sama seolah-olah otaknya cuba menyesuaikan diri dengan realiti yang tak linear ini. Dunia di sekelilingnya terasa berlapis-lapis seperti bayang-bayang masa bertindih di satu titik.
Dia merasakan sesuatu yang sukar digambarkan dengan logik biasa. Seolah-olah mindanya masih terikat dengan realiti asal, tetapi tubuhnya sudah diserap ke dalam aliran masa yang berbeza. Bunyi angin yang bertiup, bau tanah yang basah semuanya terasa nyata, tetapi pada masa yang sama realiti nya berpindah ketika dia berada di makmal bersama dengan Faris serta Dr Rahman.
Sensasi pening itu semakin kuat. Penglihatannya bergetar sekejap, seolah-olah ada dua imej dunia yang cuba bertindih sebelum akhirnya melebur menjadi satu. Nafasnya terasa berat, dan denyutan di kepalanya semakin rancak seperti mesin yang cuba menyelaraskan frekuensi antara dua dimensi sehinggalah otak dia mengalah dan menerima realiti di mana dia berada sekarang ini.
Aku sekarang kat mana ini?" fikir Zulkarnain, matanya tertumpu pada langit yang gelap.
"Kenapa kedudukan bintang-bintang ni tiba-tiba berubah dengan drastik?
Adakah aku betul-betul berada di dunia lain ?"
Loket yang tergantung di lehernya mengingatkan dia pada Salsabila. Aku mesti bertahan, fikirnya, berbisik dalam hati. Aku perlu keluar dari sini.
Kenangan bersama Salsabila datang lagi. Mereka berdua dulu pernah berbicara tentang mencari arah melalui bintang-bintang, tentang cara-cara bertahan dan mencari jalan keluar apabila hilang. Zulkarnain mengingatkan dirinya sendiri
“Jika aku tidak tahu arah, aku harus cari sungai. Sungai akan membawa ke laut. Laut akan membawa ke dunia luar.”
Zulkarnain menundukkan kepalanya, memikirkan apa yang perlu dilakukan. Sungai, itu jawapannya. Aku harus cari sungai. Dia tahu perjalanan ini bukan mudah, tetapi dia juga tahu dia masih ada pilihan. Ada harapan, walaupun dunia di sekelilingnya semakin kabur.
Dengan tekad yang semakin membara, Zulkarnain melangkah ke hadapan. Cahaya putih dari lampu suluh telefonnya menebuk kegelapan, mendedahkan lantai hutan yang berserabut dengan akar menjalar, daun-daun kering yang berselerak, dan tanah lembap yang berbau kayu basah. Setiap langkahnya menghasilkan bunyi "krak" halus dari daun reput, tapi dia terus bergerak dengan lebih yakin.
Langit malam di atasnya masih penuh dengan bintang yang asing, seperti satu teka-teki yang belum terjawab. Namun, walaupun dia tidak pasti di mana dia berada, dia masih punya arah. Dia masih punya harapan.
Share this novel