BAB 9 : Bulan Sabit

Fantasy Series 1333

Langit bertabur bintang, angin sawah berdesir membawa haruman tanah basah.

Di tengah bendang yang luas, sebuah pondok kayu berdiri sunyi. Cahaya lampu minyak berkelip-kelip di dalamnya, menemani seorang lelaki yang duduk di sisi meja kayu, termenung dalam keheningan malam.

Zulkarnain membuka laci almari usang, menarik keluar telefon bimbitnya yang sudah lama dimatikan demi menjimatkan bateri. Jari-jarinya menekan butang kuasa. Skrin hitam bersinar perlahan, lambang Apple muncul dalam gelap.

" Alhamdulillah masih boleh hidup lagi …"

Sementara telefon boot up, tangannya secara refleks meraba pinggang, memastikan pisau lipatnya masih terselit di situ. Di luar pondok, suara katak dan cengkerik bersahut-sahutan, berpadu dengan desir angin malam yang menggoyangkan pucuk padi muda.

Matanya tertancap pada lab coat lusuh yang tergantung di dinding yang dulu simbol ilmu dan kehidupan dia sebagai professor di UM , kini hanya cebisan kain dalam dunia yang tidak mengenalnya.

Zulkarnain menghela nafas panjang. Sudah hampir sebulan dia terperangkap di sini.

Di lehernya, loket perak berbentuk hati terasa berat. Dia menyentuhnya perlahan, membukanya. Gambar terpapar dirinya dan Salsabila membangkitkan rasa perit dalam dada.

“Sal… apa aku dah buat kat masa ini. kenapa aku boleh tercampak ke zaman ini?” bisiknya, jari mengusap foto sebelum dia tutup kembali loket itu. Fikirannya bergelut dengan bayangan paradoks.

Menyelamatkan orang kaya salim serta radina dan Salleh ,membuat Roda air, menyelamatkan kampung langkasura dari wabak malaria.

Setiap tindakan dia di sini mungkin mengubah garis masa. Tapi ke mana?

Adakah masa ini sepatutnya berlaku? Atau aku hanya penumpang dalam sejarah yang sedang menulis semula dirinya?"

Tiba-tiba, bunyi tapak kaki meredah air sawah memecah keheningan.

Dia tersentak. Tangannya segera ke pinggang untuk mengeluarkan pisau lipat.

"Tuan hamba!"

Dari luar pondok, kelihatan bayang Panglima Hidayat dalam cahaya bulan.

Zulkarnain berdiri, membetulkan kain pelekat yang dipakainya. Dengan tenang, dia menutup laci serta almari sebelum melangkah ke pintu. Saat pintu terbuka, angin malam menyusup masuk, membawa bau padi dan lumpur.

Panglima Hidayat berdiri tegap, peluh masih membasahi dahinya tanda perjalanan tergesa-gesa.

"Tuan hamba," katanya, suaranya tegang. "Hamba ada perkara mustahak."

Zulkarnain memberi isyarat agar dia masuk.

Panglima melangkah, tapak kakinya meninggalkan jejak lumpur di lantai papan.

"Hamba nampak jejak lanun di hujung hutan sana. Ada kesan unggun api, dan..." Dia terhenti seketika. Mereka membawa senjata aneh

"Zulkarnain berkerut dahi. “Senjata aneh?”

Panglima mengangguk. “Kayu panjang, hujung besi seperti yang hamba nampak masa kapal Belanda singgah dua musim lepas di Sambas semasa hamba bersama penghulu kassim. Bunyi dia macam petir kecil.”

Zulkarnain rasa darahnya mendingin. Muskets.

Dia tahu senjata ini. Senjata api awal, precursor kepada peperangan moden, dibawa oleh pedagang dan penakluk

"Tahun berapa sekarang? 1600? 1610?"

Tanpa catatan sejarah tepat, dia hanya boleh mengagak. Tapi jika Belanda ataupun VOC sudah mula menunjukkan taring di perairan ini... masa semakin suntuk.

Dia menarik nafas, otaknya ligat menyusun fakta. “Berapa ramai mereka?”

“Lebih dari sepuluh, hamba rasa.” Suara Panglima Hidayat berat “Hamba khuatir mereka akan menuntut balas. Dengan senjata itu… kampung ini tak selamat.”

Zulkarnain mengetap bibir. Senjata api memberikan kelebihan besar dalam pertempuran, tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh dikalahkan.

“Kita kena berbincang dengan Penghulu dan Orang Kaya Salim esok.” Matanya bertemu mata Panglima. “Hamba ada ilmu… mungkin boleh tolong.”

Panglima Hidayat tidak bertanya lebih lanjut. Dia hanya mengangguk perlahan. Tetapi sebelum keluar, dia berkata, “Hamba harap tuan betul. Kampung ini perlukan tuan sekarang.”

Dia berpaling dan melangkah pergi, bayangnya menghilang dalam kegelapan.

Zulkarnain duduk kembali, tetapi rasa tenang tidak datang.

Lanun bersenjata api. VOC sudah dekat.

Beberapa Hari Kemudian

Hari-hari yang berlalu dipenuhi ketegangan yang senyap di kampung langkasura .

Zulkarnain menghabiskan waktunya membantu Panglima Hidayat mengatur rondaan malam, mengajar penduduk memasang perangkap rdi laluan hutan. Tiada tanda-tanda kemunculan lanun, tetapi jejak mereka masih ada jejak samar yang menimbulkan rasa tidak tenang.

Petang itu, selepas berbincang dengan Orang Kaya Salim mengenai strategi pertahanan, Zulkarnain berjalan pulang. Udara membawa haruman santan dan daun pandan, menandakan penduduk sudah sibuk dengan persiapan.

Dari arah sawah, Radina muncul membawa sebuah bakul kecil berisi beras.

“Tuan,” katanya dengan senyum penuh harapan. “Malam ini kita tengok bulan. Kalau sabit sudah nampak, esok Ramadan.”

Zulkarnain mengangguk perlahan. Ramadan… bulan puasa.

Dia mengikuti Radina ke tanah lapang di tengah kampung. Di situ, Penghulu Kassim sudah berdiri, janggut pendeknya bergerak sedikit ditiup angin. Orang Kaya Salim berdiri di sisi, tangannya memegang Salleh yang kini kelihatan lebih sihat.

Langit semakin gelap, bintang-bintang mula berkelip di dada malam.

Tiba-tiba, Salleh menjerit kecil, “Sabit! Tengok!”

Di ufuk barat, bulan sabit tipis tergantung seperti coretan perak di atas langit gelap.

Penghulu Kassim mengangguk perlahan. “Esok kita sambut Ramadan. Bersedialah, anak-anak kampung.”

Sorakan kecil kedengaran. Ada yang memeluk anak-anak, ada yang tersenyum lega.

Radina berpaling kepada Zulkarnain, matanya bersinar. “Tuan nak tolong hamba buat ketupat esok?”

Zulkarnain tersenyum kecil. “InsyaAllah.”

Namun, di sebalik kegembiraan itu, dia berundur perlahan dari keramaian. Kakinya membawa ke sebuah pokok besar di hujung kampung, di mana dia duduk dan memandang langit.Bulan sabit itu terasa seperti pisau di hatinya, mencakar ingatan yang tidak pernah pudar. Memori ramadan di timeline asalnya. kenangan itu terasa begitu dekat, seolah-olah baru semalam terjadi.

Dia tarik nafas dalam, bisik perlahan, “Faris, Azman… aku lupa nak bagi kredit kat korang. Kalau tak kerana korang ajar aku pasal malaria dulu, konfirm aku dah tak tahu nak buat apa. Sambiloto, gelenggang… ilmu korang selamatkan kampung ni

Sebelum dia tenggelam dalam lautan perasaan, bunyi tapak kaki di rumput mengejutkannya. Zulkarnain cepat-cepat mengesat wajah.

Panglima Hidayat berdiri di hadapannya, wajah tegang.

“Tuan hamba,” katanya perlahan, suaranya seperti angin yang membawa berita buruk.

"Lanun itu datang lagi, tuan. Kali ini, jumlah mereka lebih ramai… dan mereka bawa lebih banyak bedil kafir belanda."

Zulkarnain bangkit. Dada yang sesaat tadi diselubungi rindu kini dipenuhi ketegangan.

Dia memandang bulan sabit yang tergantung di langit. Ramadan sudah tiba.

Tetapi dalam hatinya, perang sudah bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience