BAB 6 : WABAK

Fantasy Series 1333

Selepas seminggu, Kampung Langkasura berubah. Apa yang dahulu sekadar idea kini menjadi kenyataan teknologi roda air yang diperkenalkan oleh Zulkarnain akhirnya diterima oleh penduduk kampung. Pada mulanya, ramai yang ragu-ragu, menganggap inovasi itu sesuatu yang asing dan tidak perlu. Namun, apabila mereka melihat betapa mudahnya menumbuk beras dan menggiling padi tanpa perlu mengerah tenaga seperti sebelumnya, segala keraguan lenyap. Bunyi kayu dan batu berputar di aliran sungai kini menjadi irama harian, menggantikan dentuman alu lesung yang dahulu mengisi udara kampung.

Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama.

Malam merangkak perlahan di Kampung Langkasura. Cahaya pelita berkelip-kelip di rumah Orang Kaya Salim, melemparkan bayang-bayang panjang ke dinding kayu. Udara terasa berat, dipenuhi bau ubat herba dan peluh pesakit yang terbaring lesu.

Salleh, anak lelaki Orang Kaya Salim, menggigil di atas tilam nipis. Bibirnya kering, wajahnya pucat. Nafasnya pendek-pendek, seakan tubuh kecilnya tidak lagi mampu bertahan melawan demam yang membakar dari dalam. Sudah beberapa hari dia terbaring begitu, dan segala ubat kampung yang diberikan masih tidak menunjukkan kesan.

Di sudut rumah, Orang Kaya Salim berjalan mundar-mandir, resah. Namun, bukan hanya Salleh yang sakit. Dalam dua hari terakhir, penyakit misteri ini telah merebak ke seisi kampung banyak yang telah jatuh sakit ada yang menggigil, ada yang demam panas, malah ada yang hampir tidak sedarkan diri.

Zulkarnain berdiri di sisi Salleh, meletakkan tangannya ke dahi budak itu.

Panas. Membara.

Namun, apa yang lebih membimbangkan bukan sekadar demamnya, tetapi tubuh kecil itu yang menggigil tanpa henti. Nafas Salleh pendek dan tidak teratur, seperti tubuhnya sedang berperang dengan sesuatu dari dalam.

Zulkarnain berlutut, meneliti betis Salleh. Ada kesan merah kecil bekas gigitan nyamuk.

Otaknya segera ligat berfikir.

Demam tinggi. Menggigil. Bekas gigitan nyamuk.

Ada sesuatu yang tidak kena.

Kemudian, seperti kilat menyambar, satu memori tiba-tiba muncul dalam fikirannya.
____________________________________

FLASHBACK
KANTIN UNIVERSITI MALAYA , 2023

Kantin universiti lengang petang itu. Faris masih tekun menaip di laptop, ditemani longgokan jurnal dan nota berkaitan kajian terbaru tentang rintangan Plasmodium terhadap rawatan malaria. Wajahnya jelas letih, tetapi matanya tetap fokus.

Dari jauh, Zulkarnain masuk dengan secawan kopi di tangan. Dia tersenyum melihat sahabatnya lalu menepuk bahunya.

ZULKARNAIN

(sambil menepuk bahu Faris)
"Weh, dah siap ke tesis kau?"

Faris tersentak sedikit, hampir menjatuhkan cawan kopinya.

FARIS (menghela nafas, tersenyum kecil)

"Hampir. Kalau tak siap sebelum Ahad, WHO boleh lupakan pembentangan aku dengan Azman Isnin nanti."

Zulkarnain menarik kerusi dan duduk di hadapan Faris. Matanya melirik ke arah longgokan kertas bersusun.

ZULKARNAIN

"So, kau tengah finalize kajian malaria kau lah ni ?

FARIS (mengangguk)

"Ya. Azman uruskan bahagian biokimia. kami akan cuba blok enzim Plasmodium tanpa ganggu sel manusia. Aku pula fokus pada biofizik, cari cara untuk ganggu sistem tenaga parasit sebelum dia sempat membiak dalam darah.

Zulkarnain mengangkat kening.

ZULKARNAIN (tertarik)

"So kau nak bunuh Plasmodium guna biofizik? Macam mana tu?"

Sebelum Faris sempat menjawab, Azman muncul dengan dulang makanan dan duduk di sebelahnya.

AZMAN (sambil buka bungkusan nasi lemak diatas meja)

"Dan aku pula cari molekul yang boleh mengganggu rantaian respirasi mitokondria Plasmodium. Kalau sistem tenaga dia lumpuh, dia mati."

Zulkarnain bersandar, semakin berminat.

ZULKARNAIN

"Jadi korang nak buat ubat baru yang lagi power dari kina atau artemisinin?"

AZMAN (geleng kepala)

Nope. kami cuba nak tingkatkan keberkesanan ubat yang sedia ada sekarang. Plasmodium makin kebal. Kita kena cari strategi baru untuk serang dari dua front iaitu biokimia dan biofizik."

FARIS (menambah)

"Betul. Artemisinin pun dah kurang berkesan dekat beberapa kawasan di Asia dan Afrika."

Zulkarnain mencapai salah satu jurnal di atas meja, meneliti seketika sebelum tersenyum nakal.

ZULKARNAIN (ketawa kecil)

"Weh, aku ada satu soalan teori…"

FARIS (mengeluh kecil)

"Aku dah agak. Mesti kau nak selit fizik kuantum dalam perbualan ni."

Zulkarnain ketawa sinis sambil mengangkat bahu.

ZULKARNAIN

"kau tahu tak kalau malaria tak wujud, confirm tak ada warna ungu sintetik kat marker yang kau guna itu."

FARIS (berhenti menaip, mengerut dahi)

"Hah? Apa kena-mengena malaria dengan warna ungu?"

Zulkarnain tersenyum, bersandar

ZULKARNAIN

Dulu orang guna quinine dari pokok kina untuk rawat malaria, kan? Tapi sebab susah nak dapat, ada seorang saintis cuba buat quinine sintetik guna anilina dari arang batu. Eksperimen dia gagal tapi dia tak sengaja cipta pewarna ungu sintetik pertama.

Dia mengetuk dahinya dengan jari, cuba mengingat.

ZULKARNAIN (merungut perlahan)
"Siapa nama mamat tu…?"

AZMAN (mengangguk, tersenyum)

"Hmmm..William Perkin. Dia cuba cari ubat malaria tapi tersilap campur bahan kimia. Dari situ lahir mauveine, pewarna ungu sintetik pertama."

ZULKARNAIN (angkat kening, puas hati)

Exactly! Dulu warna ungu mahal gila sebab kena perah siput murex dari laut Mediterranean. Tapi lepas Perkin buat mauveine, kain ungu jadi murah dan masuk dalam fesyen. Dia siap menang nobel prize weh

FARIS (menggeleng, ketawa kecil)

"So kalau malaria tak wujud, Perkin takkan buat eksperimen, dan tak ada warna ungu sintetik?"

ZULKARNAIN (senyum nakal)
Teori kebarangkalian kuantum kata, dunia ni penuh dengan kejadian bercabang. Kalau Plasmodium tak evolve, mungkin Perkin takkan cipta mauveine dan mungkin marker ungu yang kau guna itu mahal nak mampus. Hehehe

AZMAN (mencelah, tersenyum sinis)

"Nice try, dude. Tapi aku still prefer dunia di mana kita boleh hapuskan malaria terus."

ZULKARNAIN (memandang Faris & Azman, serius)

"Okey, back to topic. Katalah aku tercampak ke Asia Tenggara sebelum abad ke-20, sebelum ada ubat malaria. Apa peluang aku untuk survive?"

Faris meletakkan cawan kopinya dan bersandar, bersedia untuk ‘kuliah mini’.

FARIS (menyelangkan tangan, berfikir sejenak)

"Kalau kau masuk kawasan tropika macam Borneo atau Siam sebelum tahun 1900, peluang kau kena malaria hampir 100%."

Zulkarnain mengangguk perlahan, mencerna maklumat.

ZULKARNAIN

"Tapi aku tetap survive, kan?" hehehe.

AZMAN (mengangkat satu jari, menjelaskan)

It's depend lah dengan tiga faktor ini. Pertama, genetik. Ada orang yang ada mutasi semula jadi yang buat mereka lebih tahan malaria. Contohnya Duffy-negative blood type. Plasmodium vivax tak boleh masuk ke sel darah mereka.

ZULKARNAIN (teringat sesuatu)

"Macam sickle cell anemia dekat Afrika?"

FARIS (mengangguk)

"Ya, tapi di Asia Tenggara, thalassemia lebih biasa. Orang yang ada satu salinan gen ni boleh survive malaria lebih baik."

FARIS (mengangkat jari kedua)

"Kedua, perubahan gaya hidup. Orang dulu guna kelambu, bakar serai, bina rumah bertiang tinggi untuk elak nyamuk."

ZULKARNAIN (angguk, faham)

"Logik. Nyamuk Anopheles lebih aktif dekat kawasan tanah lembap."

FARIS (mengangkat jari ketiga)

"Ketiga, imuniti separa semula jadi. Kalau seseorang survive jangkitan pertama, dia boleh dapat imuniti separa seumur hidup.

Zulkarnain termenung sebelum mengangkat satu jari.

ZULKARNAIN (perlahan, berfikir mendalam)

"Okey… katalah aku tetap kena malaria jugak. Apa simptom & benda pertama yang aku kena buat?"

Azman dan Faris saling berpandangan sebelum Azman menjawab.

AZMAN (serius)

"Kalau kau demam panas berkala menggigil, suhu naik mendadak, pastu berpeluh lepas beberapa jam confirm malaria."

FARIS (menyambung)

"Kalau kau dah kena, kau kena rehat dan minum air secukupnya sebab malaria boleh sebabkan dehidrasi teruk."

ZULKARNAIN (dahi berkerut)

"Tapi kalau aku kat zaman dulu, tak ada hospital, tak ada ubat moden. Jadi, herba apa yang boleh aku cari?"

Azman mengangguk, seolah-olah sudah menjangka soalan itu.

AZMAN (berfikir sejenak, sebelum menjawab)

" First kau kena dapatkan kulit pokok kina lah. Tapi masalahnya…"

FARIS (mencelah)

"…pokok ni asalnya dari Amerika Selatan. Sebelum penjajah bawa masuk, Asia Tenggara tak ada akses kepada kina."

AZMAN (mengangguk, menambah)

"Tapi ada alternatif. Daun sambiloto. Rasanya pahit gila, tapi ada bahan aktif yang boleh ganggu replikasi Plasmodium dalam darah."

FARIS (mengangkat satu lagi jari)

"Lagi satu, pokok gelenggang. Biasanya orang guna untuk penyakit kulit, tapi ada kesan antiparasit juga."

ZULKARNAIN (berkerut dahi, kelihatan skeptikal)
"Jadi, macam mana nak guna herba ni? Kunyah terus ke?"

AZMAN (menggeleng)
"Tak semudah tu, bro. Setiap herba ada cara betul nak guna supaya berkesan. Kalau main belasah je, silap hari bulan bukan sembuh, tapi bertambah sakit."

FARIS (menunjukkan jari ke atas, memberi penerangan)
"Okey, aku terangkan satu per satu. Mula dengan sambiloto dulu. Cara terbaik nak ambil daun ni ialah buat teh. Kau ambil segenggam daun sambiloto kering, rebus dalam air selama lebih kurang 15 minit. Lepas tu tapis dan minum. Rasanya pahit tapi kalau nak kurang sikit, campur madu atau asam jawa."

AZMAN (menyambung, menekan intonasi pada perkataan penting)
"Tapi kena konsisten. Minum dua kali sehari, pagi dan malam, sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Kalau keadaan masih teruk, kena cari rawatan lain."

ZULKARNAIN (mengangguk perlahan, mencatat dalam ingatan)
"Okey, sambiloto kena buat teh. Habis tu pokok gelenggang?"

FARIS (memandang Azman sebelum menjawab)
"Gelenggang ni lebih kuat sebagai rawatan luaran. Daun dia kau kena tumbuk sampai lumat, campur sikit minyak kelapa, lepas tu sapu dekat tempat gigitan nyamuk atau bahagian yang ada ruam.

AZMAN (menyilangkan tangan, serius)

"Tapi aku kena ingatkan herba bukan penyembuh mutlak. Kalau ada akses kepada ubat moden, kau wajib guna. Sebab apa? Sebab rawatan herba ni tak ada dos tetap, tak ada kawalan kualiti."

ZULKARNAIN (angkat tangan, tersenyum)

"Okey, noted. Kalau aku selamat nanti, aku akan bagi kredit kat korang."

Faris dan Azman hanya menggeleng sebelum ketawa kecil.

Zulkarnain kemudian menyandarkan badan, meneguk sisa kopinya sebelum bertanya.

ZULKARNAIN (sambil meletakkan cawan di meja)

"By the way, bila korang gerak ke Geneva? Nak aku hantarkan ke airport nanti?"

Faris bersandar dan menjawab tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin laptop.

FARIS (menghela nafas kecil)

"Khamis ni. Boleh juga kalau kau nak hantar. Tiket parking kat KLIA mahal gila. Kalau biar kereta kat situ 5 hari , confirm caj melambung tinggi."

Azman mengangguk tanda setuju sambil mengunyah nasi lemaknya .

AZMAN (mencelah)

Ha’ah, bajet research grant kita pun bukan besar mana. So better spent duit tu ke kopi premium Geneva nanti. Hehehe

Zulkarnain ketawa kecil, menggeleng.

ZULKARNAIN

"Fair point. Okeylah, consider it done. Aku jadi chauffeur rasmi korang Khamis ni."

Faris dan Azman saling berpandangan sebelum tersenyum.

FARIS (dengan nada berseloroh)

"Baiklah, chauffeur tak bergaji. Pastikan kau datang awal tau

Zulkarnain mengangkat tangan, berpura-pura tersinggung.

ZULKARNAIN

"Weh, itu dulu! Kali ni aku janji aku sampai sebelum subuh lagi."

Azman mengangkat kening skeptikal, tetapi hanya tersenyum sambil kembali mengunyah nasi lemaknya.
___________________________

Kembali ke kampung Langkasura

Zulkarnain tak menyangka bahawa soalan teorinya itu bakal menjadi penentu antara hidup dan mati bagi penduduk kampung ini. Namun, lamunannya terhenti apabila Radina menyentuh lengannya, wajahnya dipenuhi kebimbangan.

Tuan," ujar Radina, anak perempuan Orang Kaya Salim, suaranya bergetar. Jari-jemarinya erat menggenggam tangan adiknya yang terbaring lesu. "Apakah penyakitnya?"

Zulkarnain menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Ini bukan demam biasa... hamba kira ini demam gigil. Ada yang menyebutnya kapialu, tetapi dalam ilmu tabiban di negeri hamba..." Dia terhenti seketika, cuba mencari kata yang sesuai supaya mereka ini dapat memahami maksudnya. "...penyakit ini dinamakan malaria."

Orang Kaya Salim dan Radina berpandangan sesama sendiri.

"Malaria?" Orang Kaya Salim berkerut dahi. "Tetapi Salleh cuma bermain di tepi hutan, bukannya minum air kotor atau menjamah sesuatu yang aneh."

Bukan sebab air, bukan sebab makanan." Zulkarnain menggeleng perlahan. "Hamba kira penyakit ini datang daripada nyamuk yang menggigitnya. Bukan nyamuk sebarangan, tetapi yang membawa bisa dalam tubuhnya."

Radina tersentak. "Nyamuk... bisa membuat orang sakit begini?"

Zulkarnain mengangguk. "Di dalam tubuh nyamuk ini... ada makhluk halus." Dia hampir menyebut ‘parasit’, tetapi segera menukar istilahnya. "Makhluk itu masuk ke dalam darah, dan sebab itulah Salleh demam kuat, sekejap panas, sekejap menggigil. Jika dibiarkan... ini bisa membawa maut."

Ketika itu, Penghulu Kassim tiba dengan panglima Hidayat serta beberapa lelaki kampung. Wajahnya tegang.

"Hamba dengar bahawa tuan begitu handal dalam perihal membuat ubat. Sudah seratus orang di kampung ini terkena demam yang serupa dengan anak Orang Kaya Salim."

Penghulu Kassim mendekat, matanya tidak lepas dari wajah Zulkarnain. Senyumannya nipis, tetapi bukan tanda mesra lebih kepada sindiran yang halus, menunggu reaksi.

Hamba dari mula kurang berkenan akan segala perubahan yang tuan hamba bawa ke Kampung Langkasura ini," suaranya mendatar tetapi sarat dengan tekanan. "Sejak tuan hamba memasang roda air itu, kampung ini dilanda musibah. Dan kini tuan hamba berkata bahawa nyamuk membawa penyakit? Tidakkah lebih munasabah bahawa makhluk halus yang marah kerana tanah ini telah diganggu?"

"Maka sekarang," sambungnya, suaranya mendatar tetapi penuh tekanan, "hamba mahu melihat sendiri benarkah segala bicara tuan itu, atau sekadar angin lalu sahaja?"

Keheningan menyelubungi mereka. Hanya desiran angin yang sesekali bertiup, membawa bersama beban harapan dan keraguan yang kini tergantung di bahu Zulkarnain.

Zulkarnain mengetap gigi.

Di kejauhan, laungan tangisan seorang wanita kedengaran.

Seseorang baru sahaja kehilangan nyawa.

Masa semakin suntuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience