BAB 12 : Время назад (Masa ke belakang)

Fantasy Series 1333

Lokasi: Markas SVR, Yasenevo, Moscow, Rusia

Waktu: Tidak Diketahui

Di dalam sebuah bilik operasi rahsia di Yasenevo, Moscow, suasana suram. Skrin digital memenuhi dinding, menampilkan imej satelit dan peta dunia dengan beberapa titik merah berkelip menandakan lokasi operasi aktif perisikan Rusia. Bau tembakau memenuhi udara, asap berkepul-kepul dari rokok yang terbakar di dalam gelas kaca.

Di tengah-tengah bilik, Jeneral Viktor Mikhailov, ketua operasi khas SVR, duduk di belakang meja kayu yang dipenuhi dokumen rahsia. Wajahnya berparut, mencerminkan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perisikan. Tangannya perlahan-lahan menyentuh sekeping salinan fotostat lukisan lama dari abad ke-17 karya William van der Velde yang menunjukkan wajah professor Zulkarnian.

Di hadapannya, seorang pegawai SVR berdiri tegak dalam keadaan berjaga-jaga. Seragamnya kemas, tetapi peluh dingin terbentuk di dahinya. Dia tahu, jika laporan ini tidak memuaskan, akibatnya boleh menjadi sangat buruk.

Di sudut bilik, Presiden Vladimir Putin duduk sambil memerhatikan perkembangan. Walaupun dia tidak bersuara, kehadirannya sudah cukup membuatkan tekanan bertambah.

Jeneral Viktor menyelak fail di atas meja dengan perlahan sebelum akhirnya bersuara.

"Status operasi di Malaysia?" Suaranya dalam dan berat, tanpa sebarang tanda emosi.

Pegawai itu menelan liur. "Unit kita gagal mengekstrak target."

Putin mengangkat kening sedikit. Matanya tajam, tetapi dia masih berdiam diri.

Jeneral Viktor mengangkat pandangannya. "Jelaskan."

Pegawai itu menarik nafas dalam sebelum menjawab. "Dua agen kita yang bertugas sebagai diplomat telah cuba mendapatkan package seperti yang diarahkan. Namun, mereka bertembung dengan agen MEIO, Zafran Malik. Dalam pertempuran di makmal, mereka berjaya menyusup masuk ke dalam bilik makmal dan hampir mengeluarkan maklumat berkaitan teknologi Singularity Drive serta Dr Rahman serta professor Faris . Namun, sebelum mereka sempat berundur, Zafran berjaya memintas mereka. Berlaku pertempuran sengit, dan mereka terperangkap sebelum sempat keluar."

Jeneral Viktor diam sejenak, menekan puntung rokoknya ke dalam gelas kaca.

"Apa yang berlaku selepas itu?"

Pegawai itu menelan air liur. "CIA bertindak pantas. Mereka tiba sebelum pasukan kita sempat mengekstrak mereka. Agen kita cuba melawan, tetapi keadaan mereka semakin buruk kerana pertempuran dengan Zafran sebelum itu. Akhirnya, mereka ditawan dan kini berada dalam tahanan CIA di safe house mereka di Malaysia."

Putin menghela nafas perlahan. "Seperti yang aku jangka, CIA sentiasa satu langkah di hadapan." Suaranya tenang, tetapi dingin.

Jeneral Viktor menghembus asap perlahan. "Jadi, kita kehilangan dua agen dan package masih dalam tangan CIA?"

Pegawai itu menundukkan sedikit kepala. "Ya, tuan. Tetapi kami telah mengenal pasti safe house mereka. Kami boleh bertindak dalam 48 jam."

Jeneral Viktor menyandarkan tubuh ke kerusi, memerhatikan skrin yang kini menunjukkan citra satelit sebuah bangunan dengan kawalan ketat. "Tidak. Serangan langsung akan menimbulkan lebih banyak masalah. Kita bukan sekadar mahu data projek Singularity device. Kita juga dua saintis Malaysia Dr. Rahman dan professor Faris.

Putin menyilangkan tangan, memerhatikan peta di hadapannya. Kita tak boleh buat kesilapan di sini. Jika kita bertindak terbuka, ia boleh menjadi justifikasi untuk Amerika meningkatkan tekanan ke atas Malaysia. Mereka akan gunakan ini untuk mengukuhkan kehadiran ketenteraan mereka di Asia Tenggara sama seperti apa yang mereka lakukan di Filipina.

Pegawai itu mengangguk. "Jadi, apa arahan seterusnya?"

Jeneral Viktor membuka satu fail lain, memaparkan rekod projek Singularity Drive di Universiti Malaya. Gambar Dr. Rahman dan Faris terpampang di skrin, bersama dengan nota penyelidikan mereka.

"Kita biarkan orang lain melakukannya untuk kita."

Pegawai itu mengerutkan kening. "Maksud tuan?"

Jeneral Viktor membuka satu lagi fail. Kali ini, ia mengandungi logo MSS, Mossad , MI6.

"CIA bukan satu-satunya pihak yang mahukan teknologi ini. Jika maklumat tertentu ‘terlepas’ ke tangan Mossad atau MSS, mereka akan bertindak sendiri. Bila mereka menyerang safe house CIA, kita akan gunakan kekacauan itu untuk mendapatkan package dan data yang kita perlukan."

Pegawai SVR itu tersenyum tipis. "Serangan False Flag?"

Putin akhirnya bersuara semula. "Ya. Kita cipta huru-hara dan biarkan musuh kita saling berbunuhan. Sementara mereka sibuk bertarung, kita akan ambil apa yang kita mahukan."

Jeneral Viktor mengangguk perlahan. "Tepat sekali. Kita biarkan mereka saling membunuh. Pada akhirnya, hanya Rusia yang akan berdiri di puncak."

Dia berdiri perlahan, membetulkan kotnya sambil menatap kembali gambar Profesor Zulkarnain dalam lukisan lama itu.

"Masa itu seperti sungai," Jeneral Viktor Mikhailov bersuara perlahan, seakan bercakap dengan dirinya sendiri.

Turgenev pernah berkata, hanya mereka yang tahu mengawal arusnya akan bertahan. Jadi kita kena pastikan Singularity drive milik kita. Kita yang akan menentukan masa depan dunia ini

Putin mengangguk kecil. "Pastikan ini selesai secepat mungkin. Aku mahu laporan perkembangan setiap 12 jam."

Pegawai SVR itu memberi tabik hormat. "Saya akan mulakan operasi serta-merta."

Jeneral Viktor tidak menjawab. Putin turut memandang skrin, matanya tajam seakan-akan sedang menganalisis setiap pergerakan di medan perisikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience