Garisan Sempadan

Short Story Series 2894

DERUAN angin sejuk yang menyerbu ke tubuh langsung membuat aku terjaga dan mendapati sekujur tubuhku masih terbaring di atas padang rumput di lembah luas ini. Mulut terasa kering. Tekak pula dahaga. Sekumpulan burung gagak melayang di atasku memberi petanda tentang kematian. Itu lantas mengembalikan ingatanku tentang semalam. Tentang bagaimana aku dan beberapa orang lain berjaya melarikan diri kami sejauh ini. Dan kini pagar yang menjadi garisan sempadan antara lembah maut ini dengan tanah harapan dan peluang hidup baru yang menanti hanya beberapa langkah sahaja dari titik perbaringanku. Cuma nasib belum menyebelahi kami untuk merentasinya. Sejurus tiba di tembok ini malam tadi,kami sudah amat di duga dengan keletihan yang teramat lantas bergelimpanganlah jasad-jasad kami di sini. Niat di pasak dalam hati semoga di beri kesempatan dan kekuatan apabila kami terjaga nanti. Aku memanggung kepalaku lalu meliarkan pandangan ke sekeliling. Ada beberapa jasad lain terbaring di sekitarku. Aku terlihat jasad dua orang sahabat ku iaitu Amut dan Rudin. Tenaga ku kerah untuk bangun menghampiri mereka namun terasa lemah tak bermaya. Masih bernafas dan berdenyut lagikah nadi Amut dan Rudin serta sesiapa lagi yang bersama kami itu?Aku berharap agar kesemua mereka terus kuat,tabah dan cekal mengenangkan impian dan harapan yang kini sudah pun menanti di hadapan. Dalam hanya beberapa langkah sahaja kami semua akan melepasi pagar garisan sempadan untuk mengakhiri segala seksa dan sengsara. Aku cuba berteriak memanggil Amut dan Rudin,namun dayaku terlalu lemah. Dengan lontaran suara tak bertenaga yang terbit dari kerongkong ini, dapatkah mereka mendengarnya? Aku cuma ingin memberitahu mereka betapa kita semua telah berjaya mengorak langkah sejauh ini. Alangkah sayang sekali andai usaha kita hanya setakat sampai di sini. Sahabatku... Kita harus pergi dari sini. Kita harus meneruskan perjalanan seterusnya. Kita semakin hampir mencapai impian itu. Lihat pagar sempadan di sebelahmu sahabat. Di situ garisan penamat yang akan mengakhiri tragedi yang telah kita sama-sama lalui. Dan di situ juga garisan permulaan kepada harapan baru yang kita dambakan. Usah berputus-asa wahai sahabat. Sungguhpun semalam jumlah kita lebih ramai dari hari ini. Namun percayalah...sebahagian yang lain itu telah pun berjaya melepasi pagar garisan sempadan. Mereka pastinya sedang menantikan kita nun tak jauh di hadapan, bersama doa dan harapan agar kita juga berjaya keluar dari sini. Atau boleh jadi juga mereka sedang mengusahakan bantuan untuk menyelamatkan kita.                 {IMBAS KEMBALI} Dulang di tangan aku cedok ke dalam air sungai berlumpur itu sebelum di angkat semula. Kemudian tanah lumpur di atas dulang aku kuis-kuis hingga tersingkaplah khazanah berharga yang tersembunyi di dalamnya iaitu emas. Cebisan-cebisan emas tidak menentu saiz itu ada yang sebesar batu kecil, ada yang terburai seperti serbuk teh atau kalau bernasib baik,dapatlah segenggam penuh dalam telapak tangan. Semuanya di masukkan ke dalam uncang yang telah di berikan kepada kami. Sesekali bila jenuh asyik menghadap dulang dan lumpur itu berjam-jam lamanya,aku naik ke atas tebing sungai untuk berehat melepaskan lelah sambil membiarkan yang lain-lain terus melakukan kerja-kerja mendulang emas. Mentari terik membahang di langit. Alangkah nikmatnya kalau dapat seteguk dua minuman di kala begini. Tapi apakan daya...hidup bagaikan banduan terpenjara di lokasi lembah terpencil ini membuatkan hidup kami ibarat seperti di neraka. Dahulu kami semua ke mari kerana di tawarkan dengan pekerjaan yang berpendapatan lumayan kononnya. Siap di berikan bilik seorang satu. Namun rupa-rupanya semua itu cuma helah dan perangkap semata-mata. Kami di tangkap dan di paksa oleh mereka untuk menjadi hamba-abdi untuk kerja-kerja mendulang emas di sungai lumpur ini. Entah siapakah mereka itu tidak pernah kami kenali. Hanya kezaliman mereka beraja di mata kami dan bersultan di hati. Topeng kepala di sarung oleh setiap ahli bagi menyembunyikan identiti mereka. Ketua mereka pula adalah seorang yang gempal dan pendek. Kami menggelarkan mereka sebagai algojo sahaja. Algojo yang zalim dan tahunya hanya ingin menyeksa sekiranya apa yang di kehendaki mereka tidak kesampaian. Setiap kerja kami tidak di bayar dengan upah walau sesen pun. Malah lebih teruk lagi sekiranya ada di antara kami yang memberontak akan di seksa dengan libasan cemeti sehingga robek kulit dan daging serta cedera parah sebelum di campak ke tengah kawasan lembah yang panas terik. Hasil dari mendulang emas tidak lebih dari sekadar untuk melayakkan diri kami di beri makan dan minum sehari-hari. Barangsiapa yang tidak berhasil memperoleh emas walau letih membanting tulang seharian mendulang di dalam sungai berlumpur itu tidak akan di beri makan dan minum. Malah akan di bentak dengan caci-maki dan sepak terajang. Ketika aku leka duduk termenung di gigi tebing sungai melepas lelah sambil melihat yang lain-lain terus mendulang,telinga mulai menangkap deruman enjin jeep datang dari kejauhan. Siapa lagi yang datang kalau bukan algojo-algojo bertopeng itu. Datangnya untuk mengawasi kerja-kerja kami. Aku segera mencapai dulang dan turun semula ke dalam sungai. Jeep itu berhenti sebelum seorang algojo melompat turun. "Dah...cukup! cukup!...naik ke atas sekarang. Tunjuk hasil masing-masing!" teriaknya. Kami berhenti mendulang dan memanjat naik ke tebing sungai. Seperti biasa kami di paksa beratur sebelah-menyebelah. Seorang demi seorang membuka karung dan menunjukkan hasil emas yang berjaya di perolehi. "Pssst....aku rasa dia datang sorang je kot" bisik Amut yang berdiri di sebelah aku. "Apa rancangan kau?" tanya aku. "Kita kan ramai" kata Rudin pula seakan tahu apa maksud Amut. Aku memerhatikan ke arah jeep yang bertingkap gelap itu. Sukar untuk menduga samada di dalamnya ada algojo-algojo lain menanti atau tidak. Memang selalunya algojo-algojo itu datang dan turun sekali tiga empat orang. Tapi hari ini hanya seorang sahaja. "Arghhhhh!" Tiba-tiba salah seorang dari pendulang di terajang hingga jatuh bergolek-golek. Kami semua menoleh ke arahnya. "Ini apa!?"soal si algojo itu sambil menunjukkan ketulan emas yang berjaya di rampasnya dari dalam kocek seluar lelaki tua itu. "Ohh...berani betul kau mencuri sedikit emas ni dan sembunyikan ke dalam kocek seluar ya? Kau memang saja cari nahas!" Lelaki tua tu di pijak berkali-kali. Tak sanggup aku melihatnya. Tidak setakat di situ, malah algojo bertopeng itu menyeluk cemeti yang di simpan dalam poket seluar lalu melibas ke tubuh lelaki itu tanpa belas kasihan. "Arghhhhh!" Koyak-koyak kulit dan daging tubuhnya sambil menangis terketar-ketar menanggung azab. Rudin lantas hilang sabar lalu menerkam ke arah algojo itu untuk menghentikan perbuatannya. Malangnya Rudin juga turut di libas. Amut pula mencuba nasib. ZASSS! Muka Amut pecah di libas cemeti. Darah membasahi bajunya. Dia bersama Rudin dan pakcik tua itu terbaring kesakitan. Kami yang lain di beri amaran supaya tidak bertindak bodoh. Algojo itu hilang kepercayaan dan menuduh kami semua juga turut mencuri sedikit hasil emas yang berjaya di dulang. Poket seluar dan baju kami di toreh. Ketika tubuh ku di geledah setelah poket baju dan seluar di toreh,lelaki bertopeng itu naik berang kerana tidak menemui emas curi seperti yang di dakwa. ZASS! Tak pasal-pasal aku dan ramai lagi menjadi mangsa amukkan gilanya. Cemeti di hayun tak tentu arah. Ada yang tercampak, terbaring,menggelupur dan sebagainya. Apa yang pasti daging-daging di tubuh kami koyak rabak. Darah tak usah di perkatakan lagi. Ketika satu lagi libasan di layang ke tubuhku,aku menangkap cemeti itu lalu menggenggamnya kuat walau tapak tangan ku juga sudah menitiskan darah. Aku dah tak sanggup lagi biarkan semua ini berterusan. Alang-alang hendak mati,biar melawan. Algojo itu merengus kasar melihat ke wajahku. Aku juga menatap wajah yang di lindungi topeng itu tanpa perasaan. "Lepaskan cemeti tu!" bentaknya. Namun tidak aku hiraukan. Memang benar kata Amut tadi. Lelaki ini cuma berseorangan. Kalau di dalam jeep nya ada algojo lain menanti,kenapa tidak mereka turun membantu? Apabila kemarahannya meluap-luap dek keengganan aku melepaskan tali cemeti,algojo itu menerkam ke arah ku. Sesuatu tak di jangka olehnya apabila aku terajang batang tubuhnya hingga dia terbaring. Dan ketika itu Amut,Rudin dan lain-lain bangun lalu mengganyang algojo terbabit. Aku sekadar berdiri tercegat memerhatikan saja. Yang pasti lidahnya terjelir sewaktu tali cemeti menjerut lehernya. Sang algojo meronta-ronta sebelum akhirnya mati sia-sia. Peluang kini terhidang di hadapan mata kami. Ya...inilah peluang untuk melarikan diri dari neraka lembah sungai emas ini. Kami tahu pintu pagar utama di kawal oleh belasan lagi algojo. Oleh itu kami beramai-ramai sepakat melarikan diri dekat hutan belakang penempatan itu. Kami saling bantu-membantu. Yang tidak berdaya di papah walau tubuh masing-masing luka dek libasan cemeti tadi. Seorang demi seorang memanjat dan melompat keluar dari pagar. Aku bersama Rudin dan Amut yang terakhir sekali. "Ke mana kita seterusnya?" tanya Rudin. Aku menoleh ke arah hutan di mana sebahagian dari kami sedang tujui. "Kita semua harus bersama-sama tidak kisah ke mana saja haluannya. Yang penting kita sudah terbebas dari lingkungan kawasan penempatan ni" balasku. Kami bertiga berlari mengejar yang lain-lain. Hutan,sungai dan bukit di redahi. Berjam-jam perjalanan dalam keadaan lapar dan dahaga,di tambah luka dan cedera yang merencatkan sedikit kecergasan. Sinar harapan hidup baru kian jelas di mata. Tiada yang lebih bermakna dari sebuah kehidupan yang aman damai,bebas dari segala macam cengkaman kezaliman, perhambaan dan penganiayaan. Di atas alasan itu lah kami mendapat secebis kekuatan dalam menempuhi onak ranjau dan liku-liku hidup getir. Perjalanan berbekalkan kecekalan itu akhirnya membawa kami tiba di garisan sempadan. Akan tetapi harganya terlalu mahal. Kemampuan tubuh sudah sampai kepada had nya. Kami terlalu letih di bebani kelaparan dan kesakitan. Hanya sebahagian yang berjaya memanjat keluar dari situ dan berjanji akan kembali semula ke situ bersama pertolongan. Aku,Amut, Rudin dan beberapa kerat lagi pasrah.      >>>TAMAT IMBAS KEMBALI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience