SEKITAR TAHUN 2020...
LEWAT malam tu Upin dan beberapa orang lagi staf kesihatan masih belum pulang kerana sejak serangan wabak pandemik covid 19 menggila,wad-wad semakin padat dan sesak dengan jumlah penghidap yang kian bertambah dari hari ke hari.
Mengenangkan pekerjaannya selaku petugas barisan hadapan sangat mencabar dan berisiko di jangkiti kerana terpaksa menguruskan pesakit-pesakit di wad sepanjang masa,Usin tidak sesekali mengambil remeh soal SOP dan pemakaian khas yang telah di gariskan oleh kementerian kesihatan.
Memang rimas di buatnya bila terpaksa menyarung uniform yang menutupi keseluruhan tubuh termasuk topeng dan sarung tangan begitu setiap masa. Terasa dirinya bagai sedang bertugas di fasiliti kajian wabak-wabak dan virus berbahaya. Namun Usin terpaksa akur pada prosedur ketat yang telah di tetapkan.
Saban hari Usin melihat kematian demi kematian menjemput pesakit-pesakit covid yang berada dalam kondisi kritikal. Sedih dan sayu melihat bagaimana mayat-mayat itu terpaksa di bungkus dengan sangat rapi seolah-olah mereka adalah sesuatu yang amat berbahaya sekali dan harus di lenyapkan dari dunia ini secepat mungkin agar tidak tersebar ke luar. Pakaian dan segala peralatan yang di gunakan oleh si mati pula akan di bakar habis-habisan. Sampai begitu sekali dahsyatnya.
Masalah mulai tumbul bila wad-wad untuk pesakit covid telah penuh dan hampir tiada lagi katil kosong untuk di berikan kepada pesakit-pesakit baru.
Yang Usin hairankan ialah setiap kali itu berlaku, pasti akan berlaku kematian pada beberapa pesakit lama dan itu akan meninggalkan katil-katil kosong untuk di penuhi. Sampai-sampai setiap kali hospital kecoh bila di datangi pesakit baru,hati Usin pasti terdetik begini...ramai yang akan pergi nanti.
Seolah-olah sudah menjadi petanda bahawa kedatangan pesakit baru akan mengakhiri tempoh tinggal beberapa pesakit lama di wad dengan sebuah rantaian kematian.
Jam sekitar pukul dua belas lewat malam. Dekat luar hospital hujan turun agak lebat di susuli guruh dan petir.
Usin berjalan di sekitar laluan dalam wad bagi memastikan setiap pesakit berada di katil masing-masing atau melayani mana-mana pesakit yang memerlukan sebarang bantuan.
Ada yang sudah tidur. Ada yang masih terbaring terkebil-kebil,ada yang sedang membaca buku. Pesakit kritikal pula ada yang langsung tidak bergerak-gerak bersama alat bantuan pernafasan yang sentiasa di bekalkan buat mereka.
Di sebuah bilik khas untuk staf,Usin lihat beberapa rakan setugasnya ada yang sudah keletihan sehingga tertidur di kerusi sahaja.
Sesekali Usin melayan bersembang dengan beberapa jururawat dekat kaunter. Atau bila bosan,Usin terus berjalan di setiap laluan dalam blok wad hospital.
Ketika lalu di sebuah bilik pejabat seorang doktor berpangkat besar,telinga Usin menangkap perbualan doktor terbabit dengan seseorang melalui telefon.
"Oh itu tak ada masalah. Wad-wad hospital memang akan sentiasa penuh kalau kita tak buat 'apa-apa' usaha untuk mengurangkannya. But don't worry.. I'm in charge here. So the power was in my hand to decide who is going to stay and who is going to say good bye to the world. You know what..i feel like i'm an angel of death..hahahaha..."
Doktor tersebut ketawa menggila-gila membuatkan Usin terkejut besar. Serentak dengan itu juga bunyi guruh berdentum kuat di luar.
"Astaghfirullahaladzim..." Usin beristighfar sambil mengurut-urut dada mendengar kata-kata doktor terbabit.
Hatinya terdetik...andai benar seperti apa yang doktor itu katakan,bukankah beliau telah melakukan jenayah kemanusiaan paling besar? Setinggi apa pun pangkat beliau di hospital terbabit atau besarnya kedudukkan beliau di dalam masyarakat, itu bukan suatu lesen untuk beliau sesuka hati berlagak sebagai malaikat maut lalu menyalahgunakan kuasanya sehingga membawa kepada kematian banyak pesakit.
"Hm biasanya I akan pilih pesakit yang betul-betul kronik untuk di cabut bantuan pernafasan ke atas mereka. Alah I pun rasa mereka akan berterima kasih pada I kerana telah menamatkan penderitaan yang sedang mereka lalui dengan sebuah kematian"begitu Usin terdengar doktor tersebut berkata lagi.
Lama juga Usin mencuri dengar perbualan tersebut hingga terbongkarlah beberapa nama doktor lain,ketua jururawat dan beberapa orang lagi yang bersubahat dalam hal terbabit.
Doktor itu juga turut memberitahu beberapa nama pesakit seterusnya yang bakal di plotkan kematian mereka sekiranya wad menerima pesakit-pesakit baru nanti. Menurut nya lagi, pesakit juga di pilih berdasarkan kelas ekonomi mereka. Kalau mereka datang dari kalangan orang berada atau punya kedudukan dan pangkat, mereka akan di kecualikan. Hanya pesakit yang berada dalam kelas ekonomi rendah atau orang biasa akan di jadikan mangsa permainan kotor doktor-doktor jahat ini.
Dapat Usin fahami dari perbualan telefon doktor terbabit bahawa mereka juga di bekalkan dengan peralatan perubatan dari pihak pertubuhan dunia yang mana peralatan ini telah di ciptakan khas untuk 'memudahkan' kerja-kerja doktor dalam mengurangi dan melenyapkan terus longgokkan pesakit covid yang sedang nazak di wad-wad bagai mayat hidup sekaligus dapat menyumbang kepada usaha pengurangan populasi dengan lebih berkesan.
Di antara seorang pesakit itu ialah Majid Ramli. Beliau ini adalah sahabat kepada arwah bapa Usin. Sewaktu Majid baru di masukkan ke wad itu kondisinya masih baik dan tidak kritikal malah Usin sendiri sempat berbual dengan orang tua itu.
Sekarang ini Majid masih terlantar di wad kerana selain covid beliau juga bergelut dengan beberapa penyakit lain namun Majid tidaklah begitu kronik sehingga memerlukan bantuan pernafasan. Usin percaya doktor terbabit mahu 'menyahkan' Majid kerana merasakan lelaki tua yang miskin dan bersendirian itu menjadi bebanan buat pihak hospital untuk menanggungnya lebih lama.
Ketika waktu dinihari Usin telah berpura-pura menolak troli dan sedang berlakon seolah-olah beliau ada tugas yang harus di selesaikan. Jadi dia pun lalu ke sebuah wad sebelum ternampak doktor tadi bersama ketua jururawat yang menjadi subahatnya sedang berbincang di sisi seorang pesakit yang akan mereka 'nyahkan'.
Masalahnya bunyi roda troli yang di tolak oleh Usin agak kuat dan sedikit mengganggu. Usin pula boleh bersiul-siul dan terus berpura-pura seperti tiada apa.
"Usin! kau buat apa lalu kat wad ni waktu-waktu dinihari macam ni?" soal ketua jururawat ketika melihat Usin sedang menolak troli.
"Maaf Puan..saya pergi menyimpan beberapa barang kat stor" kelentong Usin.
"Dah simpan ke belum?"
"Sudah Puan"
"Hm tolong beredar sekarang. Jangan ganggu doktor nak buat pemeriksaan kat wad" kata ketua jururawat dengan nada tidak senang.
Dan seperti di duga,pada sebelah paginya tiga orang pesakit yang di kunjungi oleh doktor dan ketua jururawat terbabit malam semalam meninggal dunia. Dan pagi itu juga wad menerima kemasukkan pesakit baru.
Kepala paip dekat sinki bilik air di pulas. Usin menadah air dengan kedua tapak tangan lalu menyapu ke wajahnya. Dia beristighfar dan menggeleng kesal di atas apa yang terjadi kepada tiga orang pesakit yang telah arwah itu.
Rasa bersalah pula menyelubungi diri Usin kerana dia telah mengetahui apa yang di lakukan oleh doktor dan ketua jururawat dekat wad tersebut namun tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang tidak bersalah.
Akhirnya Usin nekad..kalaupun dia tidak dapat menyelamatkan kesemua orang sekurang-kurangnya dia pasti dapat menyelamatkan nyawa Pak Majid iaitu sahabat kepada arwah bapanya.
Ketika membantu memapah Pak Majid ke tandas,Usin telah menggunakan kesempatan yang ada memberitahu kepadanya tentang hal perbualan doktor yang di dengarinya.
Pak Majid agak terkejut apatah lagi namanya turut di sebut. Orang tua itu mulai berasa takut dan sedih.
"Kenapa doktor tu nak buat macam tu Usin? Kalau iya pun rasa terbeban kerana aku tinggal di wad agak lama,kenapa pihak hospital tak bagi aku keluar aja? Aku pun rimas duduk lama-lama kat sini. Lagipun aku bukan sakit sangat pun. Alah demam-demam biasa aja. Ini pun aku rasa dah sembuh" kata Pak Majid menggeleng kesal.
"Begini...saya akan bantu Pak Majid keluar dari wad ni secara senyap-senyap. Tapi lepas tu pandai-pandailah Pak Majid larikan diri. Jangan pulang ke rumah. Takut pihak hospital datang dan ambil Pak Majid masuk ke hospital semula" kata Usin.
Pak Majid terus bersetuju. Cadangan Usin itu lebih di senanginya.
"Tapi bagaimana kau nak tolong aku Usin?"
Usin pun memberi pakaian baru kepada Pak Majid. Barang-barang penting milik Pak Majid seperti dompet dan sebagainya telah di berikan semula kepada orang tua itu.
Pak Majid bersembunyi di dalam kabin tong sampah beroda yang terdapat di dalam tandas. Usin menolak kabin itu keluar. Mujurlah tiada sesiapa pun mengesyaki perbuatan Usin kerana beliau pun memang selalu juga membantu pekerja cleaner membuang sampah dengan kabin beroda begitu.
Pak Majid akhirnya berjaya juga di bawa keluar. Usin membantunya lari ikut pagar di kawasan belakang hospital. Pak Majid berterima kasih kepada Usin sebelum beliau menyelinap ke dalam hutan lalu hilang.
Usin menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan tanggungjawabnya. Di harap semoga Pak Majid selamat dan baik-baik sahaja nanti.
Kehilangan Pak Majid telah di sedari oleh pihak hospital apabila orang tua itu tidak pulang-pulang semula ke katil wad nya pada sebelah malam. Itu pun kali terakhir di lihat pergi ke tandas untuk mandi pada waktu senja.
Walaubagaimanapun Usin menarik nafas lega apabila pihak hospital tidak berminat untuk bersusah-payah mencari Pak Majid semula berikutan wad sudah terlalu sesak dan memerlukan katil kosong untuk menerima pesakit baru.
========
Beberapa bulan kemudian....
Sejak berhenti kerja sebagai petugas kesihatan di sebuah hospital,Usin mengambil keputusan balik ke kampungnya di Terengganu. Kebetulan waktu beliau berhenti itu larangan merentas negeri sudah di longgarkan oleh kerajaan. Jadi di kesempatan itu dapatlah Usin pulang menjenguk ibunya yang telah tua dan sendirian di kampung.
Usin mahu menetap terus di kampung dan menjaga ibu yang terpaksa mengharung kesusahan sendirian tanpa dapat di jenguk oleh anak-anak berbulan lama dek kerana perintah kawalan pergerakkan yang di laksanakan negara.
Di kampung Usin bekerja sebagai nelayan dan meneruskan tradisi yang amat sinonim dengan keluarganya sejak sekian lama.
Cuaca petang itu sungguh baik. Telah di takdirkan Usin bertemu kembali dengan Pak Majid dekat jeti nelayan. Orang tua itu semakin sihat walafiat dan masih bekerja keras membanting tulang sebagai nelayan di bantu oleh anak-anak nya.
Sewaktu mentari petang menyinar damai,Usin dan Pak Majid melepak dan bersembang dekat jeti.
"Sin...orang kata kalau kita kena covid ni akan berakhir dengan kematian. Tapi barangkali orang lupa bahawa Tuhan yang berkuasa menentukan hidup mati seseorang" kata Pak Majid sambil termenung jauh membuang pandangannya ke tengah lautan.
Usin tersenyum sambil menepuk-nepuk ke bahu Pak Majid.
"Alah demam-demam biasa je tu Pak Majid. Terpulang kepada sejauh mana kita berfikir secara positif. Kalau kita asyik fikir kita sakit maka begitulah jadinya..apa pun tak jadi sudahnya. Kerja hilang,ekonomi pun runtuh"
Pak Majid ada bawakan segulung surat khabar bersamanya.
"Ni kau tengok Sin...doktor ni lah yang periksa aku sewaktu aku duduk kat wad dulu. Sekarang ni dia pulak yang menghidap covid. Teruk juga keadaannya. Malam semalam dia meninggal dunia" kata Pak Majid sambil tunjukkan muka surat akhbar yang terpampang berita tersebut kepada Usin.
Usin tersentak. Doktor yang di laporkan dalam akhbar itu bukan sesiapa pun melainkan doktor yang sama bertanggungjawab melakukan jenayah kemanusiaan di hospital beliau bertugas dahulu.
Bezanya dulu doktor terbabit dengan angkuh berkata beliau merasakan kerjaya dan kuasa di tangannya membuatkan dia berasa seperti menjadi malaikat maut. Ironinya kini beliau telah pun di pertemukan dengan malaikat maut sebenar dan dan tiada siapa tahu apakah nasib beliau di barzakh nanti.
===TAMAT===
Share this novel