Terpaling Palestin

Short Story Series 2822

HUJUNG minggu itu bertempat di perkarangan sebuah stadium,ratusan ribu orang berhimpun dan berkumpul beramai-ramai tidak mengira bangsa,agama,jantina mahupun usia  dalam satu road tour solidariti bagi menyatakan sokongan padu kepada Palestin yang sedang di zalimi oleh rejim haram yahudi.

Rata-rata peserta yang hadir di lihat mengenakan mafla sambil mengibar bendera Palestin. Pelbagai sepanduk di julang-julang dengan pelbagai tulisan tertera padanya.

Ia turut di hadiri oleh beberapa orang pemimpin samada dari parti politik,persatuan atau badan-badan NGO bukan kerajaan. Perhimpunan itu di hangatkan lagi dengan ceramah berapi-api bagi menaikkan lagi semangat para peserta perhimpunan.

"Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian..berapa lama lagi kita nak tengok puluhan ribu rakyat Palestin di bunuh dengan kejam?kediaman mereka di bom oleh rejim Israel laknatullah. Tanah air mereka di rampas. Anak-anak kecil menangis kehilangan ibu dan bapa.. berapa lama lagi tuan-tuan dan puan-puan?"ucap Saudara Zahri melalui alat pembesar suara sambil berdiri di atas sebuah kenderaan. Beliau adalah ketua Persatuan Belia Pembela Palestin.

"Yahudi zionis ini sudah melampau tuan-tuan dan puan-puan. Mereka ini lebih binatang dari binatang. Mereka bukan sekadar ingin memerangi Hamas,tapi mereka juga berhasrat nak bunuh keseluruhan rakyat Palestin. Apa yang mereka lakukan adalah genosid atau penghapusan etnik besar-besaran. Kita mesti nyatakan sokongan padu kita kepada Palestin dan zahirkan kebencian kita pada rejim zionis. Semoga laknat dan kehancuran di timpakan ke atas Israel laknatullah!!!"teriak Saudara Zahri sebelum di sambut dengan laungan takbir.

Lautan manusia kemudian bergerak di jalanraya utama kota. Di susuli oleh konvoi berkenderaan.

Di tengah keramaian manusia itu ada seorang pemuda yang paling lantang suaranya mengulang-ulang teriakkan dan sorakkan sambil menjulang sepanduk di tangan. Naiman namanya. Semangatnya berkobar-kobar. Setiap kali perhimpunan solidariti Palestin di adakan, Naiman pasti tidak pernah terlepas untuk menyertainya.

"Israel Cuak! Jahanamlah wahai zionis yahudi! hidup Palestin!hidup Palestin!"teriak Naiman sekuat hati.

Naiman tahu perhimpunan solidariti Palestin itu pastinya turut di hadiri oleh wartawan dalam dan luar negara. Tidak puas setakat berteriak sambil mengangkat sepanduk saja,kalau boleh Naiman mahu kelibatnya di rakam oleh wartawan dan jurukamera dari media-media barat yang pro-israel. Naiman mahu tunjukkan pada dunia bahawa tiada simpati buat rejim haram Israel.

Seraya terlihat beberapa orang wartawan mat salleh berjaket vest dengan logo dari media arus perdana popular barat yang amat lantang menyokong Israel sedang berdiri di tepian jalanraya sambil jurukamera mereka sibuk membuat liputan ke atas perhimpunan itu,Naiman pun mencelah orang ramai lalu menghampiri wartawan terbabit.

Tak bertangguh terus dia berteriak memaki rejim zionis yahudi semahu-mahu hatinya. Sepanduk bertulis 'Save Palestine' 'Go to hell with Zionist' di julang-julang penuh semangat.

Keadaan bertambah kecoh dan gamat apabila api mulai menjulang. Beberapa orang peserta telah membakar bendera Israel. Tindakkan berani itu telah di mulakan oleh seorang Pakcik tua yang mahu di kenali sebagai Pak Agus.

Lautan manusia bersorak dan memuji tindakkan berani Pak Agus. Lelaki berusia lewat 60an itu sepertimana Naiman semangatnya berkobar-kobar. Kelibatnya pasti akan di temui walau di manapun perhimpunan solidariti pro-Palestin di adakan.

Wartawan media barat yang sedang membuat liputan di tepian jalanraya hanya mampu melihat sahaja di saat abu-abu bakaran bendera Israel yang hangus itu berterbangan di tiup angin.

Pak Agus kemudian memanjat dan berdiri di atas belakang sebuah trak konvoi sambil mengibarkan bendera Palestin.

Kebanjiran peserta terus berkembang besar. Sorakkan demi sorakkan. Arus manusia terus melimpah dari jalanan utama kota hingga ke jalan-jalan kecil.

Saudara Zahri masih rancak berucap sambil berdiri di atas sebuah kenderaan konvoi yang membawanya.

"Tuan-tuan dan puan-puan..kita kena teruskan lagi usaha memboikot semua produk-produk Israel mahupun produk yang memberi sumbangan kepada ekonomi Israel. Adakah Tuan-tuan dan puan-puan sedar wang yang Tuan-tuan dan puan-puan belanjakan untuk beli kepsi,McD, Coca-Cola, Starbucks dan sebagainya itulah yang menjana ekonomi Israel buat membeli segala peralatan kelengkapan senjata perang buat membunuh saudara-mara seislam kita di Palestin? Kita pastikan rejim zionis yahudi lumpuh dari segi kewangannya. Kita mungkin tak berkemampuan untuk pergi berjuang di Gaza,tapi kita boleh membantu dari segi memboikot segala apa yang menjadi penyumbang kepada ekonomi Israel"

Ucapan Saudara Zahri sesekali di sambut dengan laungan takbir. Di fahamkan pada ketika ini  perhimpunan solidariti sokongan buat Palestin berlaku di seluruh dunia termasuk di negara-negara barat. Kebangkitan ini juga sebagai  tanda kekecewaan masyarakat global terhadap sikap badan-badan keamanan antarabangsa yang hanya mampu melihat sahaja tetapi gagal mengheret Israel ke muka pengadilan dunia di atas jenayah penghapusan etnik besar-besaran yang telah mereka lakukan.

Di celah-celah kebanjiran peserta perhimpunan itu,ada dua orang sahabat baik yang turut menyertainya. Atikah dan Mimi kedua-duanya masih menuntut di sebuah Institusi pengajian tinggi.

Atikah bertudung kepala siap dengan headband berlatarkan bendera Palestin dan mafla di bahu. Di saat orang berarak di jalanan dia lebih sibuk berselfi dengan iPhone. Kalau boleh dia mahu satu dunia tahu bahawa dialah yang terpaling Palestin kerana memiliki koleksi headband kepala dan mafla Palestin yang pelbagai siap dengan hirbawi. Setiap koleksi itu mesti digayakan dan abadikan dalam bentuk selfi untuk di tayang pada rakan-rakan,teman dan pengikutnya di tiktok dan Instagram. Hampir-hampir Atikah terlanggarkan tiang lampu dek kerana tidak fokus memandang ke hadapan.

Sementara sahabatnya Mimi yang tidak bertudung kepala itu biasa-biasa sahaja,cukup dengan mafla tapi semangatnya berkobar-kobar tanpa letih mengibarkan bendera Palestin.

Perhimpunan solidariti dan perarakkan jalanan yang bermula dari jam sepuluh pagi itu telah berlanjutan hingga ke waktu tengahari sebelum para peserta mulai bersurai.

              -----------------------------------

JALANRAYA kota kembali sesak dengan kenderaan setelah perhimpunan solidariti itu selesai. Atikah dan Mimi singgah di sebuah mall.

"Fuh haus gila aku Mi. Jom kita minum dululah"ajak Atikah. Tudung kepalanya masih bersarung dengan headband Palestin. Mafla juga masih bergayut di bahu.

"Aah jom kita gi lepak kat kedai mamak jelah Tikah"

"Haa?kedai mamak apa kelas..taknaklah"sanggah Atikah.

"So nak gi minum kat mana?"

Atikah tersengih-sengih sambil tunjuk ke sebuah premis menjual minuman kopi segera yang agak popular. Setepatnya kedai kopi yahudi kegemaran ramai tu lah.

"What? Wei orang semua tengah boikot kedai kopi yahudi tu tau tak? Cuba kau tengok kedai tu sekarang kosong tak ada pelanggan"

"Yeke?"

"Iyaaaa..kau ni tertinggal bas ke apa?"balas Mimi.

Atikah garu-garu kepala.

"Tersengal-sengal apa lagi..dah jom kita gi kedai minum lain"

"Err kau tunggu aku kat entrance jap. Aku nak gi toilet"kata Atikah sambil lucutkan headband dan mafla Palestin di tubuh lalu di sumbat ke dalam beg tangan.

"Dah gi lah.. cepat sikit"

Tunggu punya tunggu dekat dua puluh minit lamanya. Mimi yang mulai berasa bosan pun masuk semula ke dalam mall. Saat eskalator membawanya naik ke tingkat dua,alangkah terkejutnya Mimi bila ternampak sahabatnya si Atikah sedang lepak minum di kedai kopi segera yahudi yang amat terkenal itu.

Siap duduk di meja sambil membelakangkan pintu masuk kedai kopi segera tu. Dia ingat orang tak nampak agaknya.

Mimi pun berjalan masuk senyap-senyap dan berdiri di belakang sahabatnya itu sebelum dia menegur.

"Hai Atikah oh Atikah..kau memanglah yang terpaling Palestin kan?"

"Uhuk!"

Tersedak Atikah dibuatnya. Sampai air kopi di dalam mulutnya pun menyembur keluar.

NAIMAN memakir motor nya di tempat khas berhadapan dengan mall. Dia berjalan melilau di dekat entrance door kompleks beli-belah itu. Perutnya sudah naik lapar setelah penat berasak-asak dengan peserta lain di perhimpunan solidariti Palestin tadi. Apabila ternampak premis McD tak jauh dari situ, Naiman pun membatalkan hasrat untuk masuk ke dalam mall.

Godaan BigMac sudah membelai selera makannya.

"Aduh.. tak boleh..tak boleh..kena boikot.. yahudi beli bom guna duit yang aku bayar buat beli Big Mac.."begitu kata hati Naiman.

Tiba-tiba datang pulak bisikkan lain.

"Boleh...boleh..kau kan pakai pelitup muka Dan bawak helmet kan?pakailah bila masuk dalam kedai nanti. Alah bukan orang tau pun. Big Mac bro..Big Mac.."

Naiman keluar juga dari premis menjual makanan segera itu dalam keadaan memakai helmet dan pelitup muka sambil menjinjing bungkusan Big Mac.

Pemuda itu singgah sebentar di sebuah padang permainan lalu mengisi perutnya yang lapar sambil duduk di bangku bawah sebatang pokok yang redup.

Naiman sendawa kekenyangan. Hajat nak makan Big Mac terlunas sudah. Sedang asyik dia hisap rokok sambil sedut minuman cola, tiba-tiba bahunya di sapa seseorang dari belakang.

Apabila di toleh rupanya Saudara Zahri yang muncul sambil tersenyum. Ketua Persatuan Belia Pembela Palestin itu memang Naiman kenal Dan rapat sangat. Tadi sewaktu di perhimpunan jalanan solidariti Palestin pun Saudara Zahri rancak berucap.

"Ai Man..kau makan apa tu?"

"Err tak ada apa bang Zahri..burger biasa je"kelam-kabut Naiman keromok bungkusan Big Mac yang belum di buang.

"Kau kata burger biasa Man? Astaghfirullah.. Man..Man..abang percaya kau pun tahu syarikat makanan segera popular ni adalah antara penyumbang kepada ekonomi Israel kan?"kata Saudara Zahri yang bercermin mata dan berusia sekitar empat puluhan itu.

Naiman angguk-angguk dan tertunduk kesal.

"Habis tu kenapa makan?"

"Dah teringin nak makan lah bang Zahri"

"Iyelah tak salah nak makan..halal..cuma kita kenalah sensitif dengan apa yang sedang berlaku di Gaza sekarang Man. Abang harap lepas ni kau tangguhlah dulu hasrat nak makan Big Mac tu. Kita kena boikot syarikat-syarikat supporter kepada yahudi ni"nasihat Saudara Zahri.

"InsyaAllah bang"

"Sama-samalah kita"Saudara Zahri tersenyum sambil tepuk-tepuk ke bahu Naiman.

WAKTU zohor sudah hampir nak masuk. Naiman sempat pulang ke rumah,mandi dan menukar pakaian sebelum bergegas menuju ke masjid dengan motornya.

Sekali lagi dia terserempak dengan Saudara Zahri di warung dekat luar pagar masjid. Ketua Persatuan Belia Pembela Palestin itu memanggilnya untuk lepak minum sebentar sementara menantikan azan solat zohor berkumandang.

Naiman tidak menolak. Selain Saudara Zahri,turut ada duduk sekali semeja dengan mereka ialah Pak Agus. Tindakkan berani beliau membakar bendera Israel di setiap perhimpunan solidariti Palestin yang di adakan seakan telah menjadi trademark bagi beliau.

"Tentera Hamas ni bagus. Mereka  semua penghafaz Al-Quran. Mereka hidup untuk mencari mati syahid. Ini bezanya dengan tentera zionis Israel..mereka takut mati"Saudara Zahri ghairah bercerita.

Naiman hanya jadi pendengar sahaja. Kemudian Pak Agus pula mencelah..

"Aku kalau boleh.. dengan kedai-kedai yang jual produk yahudi pun aku nak bakar sekali. Tapi nasib baiklah negara kita masih ada undang-undang yang harus di patuhi"begitu kata Pak Agus. Bersemangat benar orang tua itu.

Lebih kurang sepuluh minit lepak minum di warung dekat luar pagar masjid itu, azan solat zohor pun berkumandang.

"Marilah kita masuk ke masjid bang Zahri..Pak Agus..azan  pun dah masuk tu"ajak Naiman.

"Err..kamu masuklah dulu Man. Saya menyusul kemudian"kata Saudara Zahri. Wajahnya tampak macam serba-salah saja.

Naiman toleh pula kepada Pak Agus.

"Aku nak minum sikit lagi ni. Kamu gerak dulu"balas Pak Agus.

Naiman pun minta diri.

USAI solat zohor,para jemaah pun bersurai. Naiman tertanya-tanya pula di manakah perginya Saudara Zahri dan Pak Agus? Tak nampak pula oleh Naiman kelibat dua orang itu sewaktu bersolat jemaah tadi. Walhal saf solat zohor tadi hanya dua barisan saja.

Ketika motor yang di naiki oleh Naiman keluar dari pagar masjid, barulah batang hidung Saudara Zahri dan Pak Agus kelihatan. Rupanya dua orang itu masih leka duduk bersembang lagi di warung semenjak sebelum zohor lagi. Di saat para jemaah lain sudah keluar dari masjid masih berkopiah songkok di atas kepala usai mengerjakan solat zohor berjemaah, Saudara Zahri dan Pak Agus pula masih gah dengan headband dan mafla Palestin di tubuh bersama pinggan dan gelas minuman yang di pesan berlonggok di meja warung. Rokok yang di bakar juga mungkin sudah berbatang.

Terpaling Palestin katanya. Ya termasuklah orang yang menulis cerita yang anda sedang baca ni..????????????

                       (TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience