MALAM tu hujan turun lebat betul. Aku masih terkandas dekat grocery bersama para pelanggan lain sambil mengintai ke luar melalui dinding kaca pasaraya. Guruh dan kilat sambung-menyambung di langit. Ngeri betul keadaannya.
Tidak setakat itu saja,malah kami di kejutkan pula dengan arus elektrik litar pintas yang menjalar-jalar dekat kabel tiang elektrik dan lampu jalan.
Entah bila hujan akan berhenti aku pun tak tau. Tapi kaki aku dah rasa macam nak patah kerana terpaksa berdiri sambil pegang troli barang sejak kira-kira sejam tadi lagi.
"Aaaaaaaaaaaaa!!"
Pintu kaca pasaraya terbuka sebelum beberapa orang pelanggan menyerbu masuk ke dalam sambil terjerit-jerit ketakutan.
''Kenapa ni?!"soal aku.
"Ada orang kena renjat elektrik kat luar tu!"teriak mereka.
Aku dan yang lain-lain pun menoleh ke luar dan melihat ada beberapa orang yang agak kurang bernasib baik telah hangus dekat kawasan parkir pasaraya.
Uishh.. ngeri betul.
Kemudian pihak pasaraya pun terpaksa membuat hebahan melalui alat pembesar suara meminta agar para pelanggan yang masih berada di luar untuk masuk berteduh di dalam pasaraya kerana keadaan agak tegang dan genting.
Hujan terus turun mencurah-curah. Tak lama kemudian keadaan kembali kecoh bila air mulai melimpah masuk ke dalam pasaraya. Rupanya dekat luar dah berlaku banjir. Paras air naik hingga ke buku lali.
BRANKK!
Tiba-tiba sahaja sebuah kereta merempuh masuk ke dalam pasaraya melalui dinding kaca sebelum melanggar sebuah rak hingga barang-barang jatuh bertaburan bersama kaca-kaca. Suara jeritan berkumandang. Mujurlah tiada sesiapa yang di langgar tadi.
Kereta itu pun di kerumuni. Cerminnya pecah. Pemandunya seorang lelaki tua sudah tersepit di antara kerusi dan stereng dalam keadaan tersembam dan tidak sedarkan diri.
Entahkan hidup atau mati tiada siapa yang tahu. Ramai yang cuba membantu namun tidak terdaya kerana lelaki tua itu tersepit dalam keadaan kereta yang remuk.
"Cepat call pihak polis,ambulan dan bomba!"arah seseorang.
Namun apakandaya tiba-tiba sahaja signal jaringan komunikasi dan internet di dapati tiada servis. Ini berlaku pada telefon bimbit semua orang.
"Pelik ni...kita kat kawasan bandar. Macam mana boleh tak ada signal pulak?"kata seseorang.
"Mungkin pencawang ada masalah kot. Kan hujan lebat gila ni"balas orang lain.
Kesudahannya tiada apa yang dapat di lakukan pada lelaki tua di dalam kereta remuk itu. Ngeri memang ngeri. Dah lah orang ramai terperangkap dalam pasaraya,siap terpaksa pulak hadap kereta kemalangan dengan pemandu yang tersepit di stereng macam tu.
Air banjir mulai naik ke paras lutut. Ramai yang dah mulai panik. Barang-barang jualan dalam pasaraya habis di naiki air. Grocery itu agak luas macam gudang,tapi ianya cuma pasaraya satu tingkat sahaja. Hendak lari mana lagi bila air semakin naik nanti? hendak keluar pun keadaan tidak selamat dengan hujan lebat dan ribut petir menggila.
Keadaan semakin memburuk. Bekalan elektrik pasaraya pula terputus. Terpaksalah aku dan para pengunjung lain bergantung pada cahaya telefon bimbit masing-masing.
Masa terus berlalu. Pintu masuk utama pasaraya tidak mampu menghalang air masuk melalui celah-celah bawah pintu. Walhasilnya ramai yang ambil keputusan untuk keluar dan meredah banjir kilat tanpa mempedulikan risikonya. Lagipun paras air naik dengan begitu pantas.
Akan tetapi usaha mereka hanya sia-sia sahaja bila kenderaan mereka sudah mulai tenggelam hampir ke paras bumbung. Ramai yang terpaksa masuk semula ke dalam pasaraya.
"Kita tak boleh sekadar berlindung dalam pasaraya ni je. Paras air di jangka akan terus naik"teriak seseorang.
"Habis tu kita semua nak ke mana lagi? Takkan nak panjat ke atas bumbung bangunan pasaraya ni kot? Petir dan kilat agak menggila"balas aku.
Semua orang buntu dan mati akal.
"Eh korang tengok tu! ada banyak suluhan lampu sedang menuju ke sini lah!"teriak seorang pekerja pasaraya sambil mengintai ke luar melalui dinding kaca.
Aku dan yang lain-lain pun berkerumunlah nak tengok sekali. Kelihatannya yang datang itu seperti sekumpulan perahu atau bot.
"Agaknya perahu bantuan penyelamat!"teriak seseorang.
Maka girang-gembira lah kami semua. Dalam keadaan cuaca buruk dan keadaan darurat begitu apalagi yang tergambar di kotak fikiran kalau bukan bantuan penyelamat.
Yang tak bestnya bila orang ramai mulai berebut-rebut menyerbu keluar dari pasaraya agar dapat segera mendapatkan tempat dalam perahu bantuan penyelamat itu.
Keadaan mulai kecoh. Ada yang mulai tolak-menolak dan bertengkar di antara satu sama lain hingga di marahi oleh para anggota penyelamat yang tidak begitu jelas wajah mereka kerana cuaca dan suasana hujan yang memburuk.
BANMM!
Bunyi beberapa das tembakkan di lepaskan benar-benar mengejutkan setiap orang.
BEDEBUSHH!
Orang-orang yang bergaduh dan berebut-rebut tadi tewas dan tercebur tubuh mereka ke dalam air banjir. Rupanya mereka telah di tembak oleh anggota penyelamat.
Kemudian beberapa orang dari anggota penyelamat melompat turun dan melepaskan tembakkan kepada beberapa orang pengunjung lainnya.
Aku dan beberapa orang lain saling berpandangan sesama sendiri sambil melihat jasad pengunjung tadi di hanyutkan air. Mujurlah kami masih tertahan dan belum keluar dari pasaraya kerana terkandas sewaktu para pengunjung saling berebut-rebut.
"Kot iya pun kenapa harus sampai menembak orang? ini sudah melampau!"kata seorang pakcik tua menggeleng kesal.
"Iyalah pakcik..mereka bersenjata dan tak nampak macam skuad penyelamat pun''kata seorang lelaki remaja bercermin mata.
Kemudian keadaan menjadi kecoh lagi bila para anggota penyelamat itu di lihat telah membuang barang-barang kepunyaan para pengunjung yang di tembak tadi ke dalam air sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati pemilik barang dan beberapa orang lain lagi.
PAMM! PAMM! PAMM PAMM!
Tembakkan demi tembakkan di lepaskan.
"Arghhhhhh!"
Beberapa orang yang bangkit bersuara tadi terhumban ke dalam banjir dan berjaya di 'senyapkan' dengan butir-butir peluru. Para penumpang lain mulai ketakutan dan tiada seorang pun di antara mereka yang berani untuk bersuara lagi.
Akhirnya perahu dan bot-bot yang membawa muatan para pengunjung yang terkandas di pasaraya pun berlepas pergi. Tinggallah aku dan beberapa orang lain terkontang-kanting di pasaraya yang gelap ini setelah kami nekad untuk tidak menyertai yang lain-lain tadi.
Aku lebih rela tak ikut naik perahu tu dan tinggal je kat pasaraya ni sampai hujan berhenti. Tak kisahlah walau terpaksa tenggelam dalam banjir sekalipun. Kezaliman yang berlaku di depan mata aku tadi amat sukar untuk di terima dek akal. Apakah mereka itu benar-benar anggota penyelamat atau para penjahat? tak dapat pula di pastikan.
------------------------
LEWAT malam. Hujan lebat bersama kilat dan petir yang menggila tadi sudah pun berhenti. Tapi masih renyai-renyai dan rintik lagi. Aku bersama empat lima orang yang lain meredah air banjir yang sudah naik hingga ke paras dada. Suasana sejuk bukan main. Barang-barang belian kami terpaksa di tinggalkan sahaja kerana ia hanya menjadi beban dalam keadaan yang darurat begini.
Aku lihat kenderaan-kenderaan sudah di tenggelami air. Ada yang terlangkup dan terbalik. Kedai-kedai dekat pekan habis di masuki air. Kami tak nampak pulak orang lain selain kami.
"Hairan..ke mana semua orang pergi?"kata salah seorang dari kami.
"Mungkin perahu-perahu dan bot penyelamat tadi dah selamat bawa mereka ke sesuatu tempat"kata yang lain pula.
Tiba-tiba muncul sebuah motobot di kejauhan.
Apalagi...kami pun berteriaklah melaung dan melambai. Lega rasanya bila si pemandu motobot terperasan akan keberadaan kami. Dia pun menghampiri.
"Naiklah"pelawanya.
Motobot itu pun meluncur membawa kami semua.
"Kita nak ke mana ni?"
"Ada laa.."kata si pemandu bot.
"Orang-orang lain mana?"
Tak di jawab pula.
Air banjir separas dada terus di redah. Aku lihat kawasan pekan itu seolah-olah telah di kosongkan oleh warganya.
GRONKKKK...
Tiba-tiba bunyi serombong kapal telah memecah suasana. Kami pun jadi kehairan-hairanan. Apa tidaknya..setahu kami pekan itu jauh dari pelabuhan kapal.
"Bunyi serombong tu datang daripada mana?"tanya aku pada si pemandu bot.
"Tu.."katanya sambil tunjuk ke suatu arah.
Rupanya di sebalik bangunan kota itu telah tersadai sebuah kapal cruz besar. Terkejut besar kami semua. Dek besarnya pengangkutan laut itu sehingga telah menyebabkan beberapa bangunan kecil di sekitarnya runtuh. Seolah-olah macam kapal tu jatuh dari langit.
"Apa dah jadi? Macam mana kapal persiaran mewah tu boleh terlepas masuk ke kawasan kota? walhal tidak ada laut pun dekat sini?"tanya seseorang dari kami.
"Jangan banyak tanyalah. Nanti sampai kat sana kamu tau lah"balas si pemandu bot.
Ketika tiba di kapal cruise itu,kami menarik nafas lega bila melihat rupanya ramai warga kota telah tiba lebih awal dan sedang beratur untuk menaikinya melalui jambatan penghubung.
Ketika tiba giliran kami naik ke tangga kapal,kedengaranlah bunyi enjin gerombolan perahu dan motobot datang dari kejauhan.
"Ah itu lah dia orang-orang jahat bersenjata yang berlakon sebagai penyelamat sewaktu dekat pasaraya tadi. Apa pulaklah masalah yang mereka nak timbulkan lagi ni"kata pakcik tua yang ada bersama aku.
PAMM PAMM PAMM PAMM!
Orang ramai mulai menjerit-jerit ketakutan bila gerombolan pihak bersenjata mulai melepaskan tembakkan. Bercempera semua orang berlindung di sebalik dinding geladak atau di bawah tangga penghubung.
"Cepat turun dari kapal tu dan selamatkan diri kalian. Mari naik ke perahu dan motobot kami"kata ketua pihak bersenjata.
Tak ada seorang pun warga yang ikut turun dan menyertai mereka.
Tiba-tiba pakcik tua yang sentiasa ada bersama aku berteriak membalas..
"Nyah kamu dari sini wahai para penjahat!!"
Cepat-cepat aku tarik pakcik tua itu dan bersembunyi di balik dinding geladak kapal.
"Jangan pakcik! nanti mereka apa-apakan pakcik susah nanti"nasihat aku.
Pihak bersenjata mulai melompat turun dari perahu dan motobot. Kali ini mereka menembak beberapa orang warga dan membiarkan sebahagian yang lain. Aku jadi hairan dengan perilaku mereka. Kenapa pula mereka memilih individu tertentu sahaja untuk di tembak?
Jasad-jasad yang tidak bernasib baik itu kecundang ke dalam air banjir.
"Cepat kita pergi ke dalam kapal"pakcik tua beriya-iya menarik tangan aku. Kami dan warga lain terpaksa merangkak dan menunduk di atas permukaan geladak sambil bergerak menuju ke pintu yang bakal membawa kami ke dalam kapal cruise kerana bimbang terkena peluru dari tembakkan-tembakkan pihak bersenjata.
"Aaaaaaaaaaa!!"
Jeritan berkumandang di sana-sini. Para penembak itu telah menyerbu naik ke atas geladak. Banyak jasad yang tewas. Namun yang menghairankan ialah kesemua jasad itu berdarah hijau.
"Cepat! kita kena cepat sikit!"pakcik tua begitu gigih tarik tangan aku agar cepat kami masuk ke dalam kapal.
Akan tetapi segalanya terbantut bila dua orang lelaki dari pihak bersenjata lebih pantas muncul dan menghalang kami sambil mengacukan senapang tepat ke arah pakcik tua.
"Hei hentikan!"aku cuba menghalang.
PAMM!
Kepala pakcik tua hancur berkecai bersama percikkan darah hijau. Aku langsung tergamam.
Lelaki bersenjata tadi menepuk ke bahu aku.
"Kamu tak apa-apa ke?"tanyanya.
"Kenapa..kenapa dengan pakcik ni dan orang lain yang berdarah hijau tu?"soal aku.
Lelaki bersenjata itu pun membuka cermin mata gogal canggih yang di pakai lalu di berikannya kepada aku.
"Pakai dan lihat sendiri"katanya.
Aku pun pakailah. Seraya aku toleh semula ke jasad pakcik tua itu alangkah terkejutnya aku bila mendapati yang sedang terbaring itu bukanlah manusia,sebaliknya suatu makhluk yang sungguh mengerikan. Begitu juga dengan jasad orang-orang lain yang di tembak oleh pihak bersenjata.
"Auchhh! Siapa dan apa benda makhluk ni?"soal aku.
"Tak tahulah mereka datang dari planet mana. Tapi yang pasti kapal cruise milik mereka telah di kesan menebarkan pembenihan awan sehingga berlaku hujan yang amat lebat tadi"ujar pihak bersenjata.
Aku juga di fahamkan entiti asing itu berkeupayaan menyamarkan diri dalam bentuk manusia dan rupa asal mereka hanya dapat di kesan melalui gogal canggih milik pihak bersenjata.
Pihak bersenjata terus gigih membasmi makhluk tidak di ketahui itu di atas kapal cruise. Aku dan beberapa warga lain telah di selamatkan.
Ketika masuk di dalam perut kapal terbabit,pihak bersenjata telah berjaya membebaskan lebih ramai lagi manusia yang menjadi tawanan. Rupanya entiti asing ini mempunyai kecanggihan teknologi dalam pencurian identiti. Setelah menyalin data identiti,barulah para tawanan akan di bunuh.
Patutlah pakcik tua tadi beriya-iya tarik aku untuk masuk ke dalam kapal,rupaya dia sudah tidak sabar untuk menyalin identiti aku ke tubuhnya buat menggantikan identiti 'pakcik tua' yang entah dah berapa lama di gunakannya. Haih! Aku rasa macam nak pengsan!
(TAMAT)
Share this novel