Iman Seorang Perokok.

Short Story Series 2822

INI kisah tentang seorang pemuda bernama Iman. Al kisahnya beberapa tahun lalu di kala larangan merokok di dalam premis restoren dan kedai makan belum di kuatkuasakan lagi seperti sekarang,maka rajinlah Iman menyinggah di kedai-kedai mamak untuk pekena kopi ais dan roti canai.

Rokok adalah benda paling wajib  sekali di bawa oleh Iman hatta ke mana-mana sekalipun beliau pergi,inikan pulak kedai mamak. Lepas makan roti canai dan pekena kopi ais memang datang feel Iman nak merokok.

Sebungkus rokok seludup jenama Zon Raja memang menepati selera merokok Iman setelah beliau 'di kecewakan' oleh jenama lama yang di hisapnya sebelum ini iaitu 2You yang kalau nasib dan hari tak berapa baik mendapatlah kau yang rasa lipas punya.

"Pukimak haram jadah punya rokok. Pasal asyik rasa lipas je ni? Ke memang lipas antara bahan rahsia special untuk rokok ni?"

Begitulah lebih kurang bunyi ayat maki yang di hambur keluar dari mulut Iman setiap kali di kuciwakan dek rokok 2You.

Tapi itu cerita dulu okey. Kini Iman berpuas-hati dengan Zon Raja. Bagi Iman brand yang satu ini tak ada cacat-celanya. Tidak...Iman percaya syarikat rokok Zon Raja belum hilang akal lagi nak bubuh lipas sebagai bahan rahsia dalam rokok mereka.

Sebungkus saja memang tak cukup. Nafsu merokok iman sentiasa mendesau-desau. Boleh jadi sasau kalau buka kotak rokok dan tengok hanya tinggal sebatang. Jadi Iman akan spare sebungkus lagi. Just in case katanya..

"Kopi ais wonney...roti tulur wonney..siap bos" kata mamak kedai sambil hidangkan pinggan dan gelas di atas meja. Iman tenung je muka india yang seorang ini.

"Tulur tu tulur jugak. Tadi you baru lepas kencing ada basuh tangan ka tarak? punai ada pegang,tangan tak ada basuh,terus tebar roti itu macam kaa?" tanya Iman.

"Mana ada tada basuh. Saya sudah basuh lah bos. Tarak boleh itu macam..nanti orang makan manyak kotor" kata mamak.

"Tau tak pe" kata Iman tersengih.

Selesai saja membalun roti telur dan meneguk beberapa sedut air kopi ais yang segar itu,mulalah tangan Iman capai kotak rokok pula. Sebatang di jepit dekat bibir sebelum di bakar.

Berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Alangkah nikmat Iman rasakan. Fikiran yang berkecamuk dengan pelbagai tekanan dan masalah terasa lapang seketika,malah jadi mudah pula untuk memikirkan tentang jalan penyelesaiannya.

Itu yang golongan bukan perokok tak pernah faham dan tak akan pernah. Yang mereka tahu ialah rokok mengandungi ribuan bahan beracun yang dahsyat-dahsyat seperti bahan untuk bikin nuklear dan bom beracun pula lagak bunyinya.

Kah!

Tersedak Iman ketawa dengan golongan ini. Lucu-lucu saja pegangan mereka. Dah kalau rokok sampai begitu destruktif sekali kenapa setakat kempen berhenti merokok sahaja yang kerap di anjurkan? Kenapa tidak di haramkan terus penjualan rokok?kenapa tidak di tutup saja kilang-kilang rokok yang berwujudan bak cendawan tumbuh selepas hujan? Kenapa tidak di tangkap saja tauke pengeluar rokok dan hadapkan mereka ke mahkamah atas tuduhan menjual produk berbahaya kepada masyarakat? Kenapa tidak di implemen undang-undang seperti itu?kenapa tidak tegas untuk mencantas segalanya hingga ke akar umbi?kenapa?kata mahu melihat orang berhenti merokok. Tapi usaha yang di buat terlalu lembik dan tidak tegas.

Seorang perokok tegar seperti Iman pun boleh cadangkan jalan penyelesaian yang keras seperti itu. Kenapa tidak pihak berwajib?Seorang perokok tegar seperti Iman akan jadi orang pertama menyokong setiap undang-undang untuk mengharamkan penjualan rokok sekiranya itu dapat di laksanakan.

Masalahnya apakah akan ada perkara seperti itu? Mustahil anda tidak tahu rokok adalah barang yang di kenakan cukai oleh pihak pemerintah. Itu ertinya rokok juga menyumbang kepada pendapatan negara.

Kemudian timbul pula dua kategori iaitu rokok halal yang di kenakan cukai dan rokok haram yang di seludup. Jadinya rokok yang membayar cukai pun di beri keizinan untuk di jual. Sedang rokok seludup di banteras habis-habisan kerana tidak memberi keuntungan kepada pemerintah. Eh pelik ya...bukan kah semua orang sibuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya merokok? Kenapa kini ada rokok yang boleh dan tak boleh di jual? walhal kedua-dua nya pun sama saja mendatangkan mudarat katanya.

Lucu bukan? apabila sesuatu itu melibatkan kepentingan sesebuah pihak,maka di ciptakanlah pelbagai isu yang entah apa-apa saja sementara golongan perokok terus di jadikan subjek cacian negatif agar orang ramai terus fokus ke arah itu. Taktik psikologi halus begini harus di guna pakai untuk mengalihkan 'isu' lain yang berbangkit.

Dalam dunia sekarang mana ada orang yang betul. Masyarakat boleh di brainwashed. Orang yang di lihat baik sekalipun mempunyai banyak agenda tersembunyi yang di perjuangkan. Pokok pangkalnya kuasa harus ada dalam tangan. Setiap wadah saluran boleh di manipulasi. Alah..taktik yang sama juga.

Semua itu politik. Bukan politik rebut kerusi pilihanraya. Politik halus berkepentingan. Harus apa Iman terjerat dalam kancah ciptaan mereka? Ceritanya seperti Robin Hood yang menjarah harta kekayaan golongan bangsawan. Beliau di lihat sebagai wira kerana kisahnya di siarkan melalui buku dongeng sang penukil cerita. Bagaimana pula kalau kisah itu di siarkan melalui saluran media milik golongan bangsawan berkepentingan yang menjadi mangsa?Pasti lain ceritanya ya?

Semua perkara itu lucu bagi Iman. Golongan anti perokok ini berkobar-kobar dengan semangat dan pelbagai kempen anti merokok yang baginya separuh hati saja. Tukang angkat sepanduk bersorak-sorak dengan slogan merokok membahayakan kesihatan. Walhal lepas sahaja acara kempen itu selesai, sebahagian dari mereka pergi lepak di kedai mamak membasahkan tekak sambil merokok.

Kemudian datang pulak badut-badut entah dari mana menggesa pihak pemerintah menaikkan lagi harga rokok semaksimum yang boleh konon kisahkan tentang kesihatan rakyat. Tapi beruk-beruk Mat Yeh ini mengerti pulak mereka tentang betapa keuntungan cukai yang kerajaan perolehi dari rokok tidak boleh di persoalkan?

"Bullshit! dah tentulah pemerintah sukakan cadangan seperti itu. Cukai mengayakan mereka" getus hati Iman.

Batang rokok ketiga pula di jepit ke bibir dan di bakar. Ah..setiap sedutan adalah nikmat belaka. Jangan bermimpi lah wahai golongan anti rokok mahu lihat perokok tegar seperti Iman berhenti merokok. Selagi rokok ada memberi keuntungan kepada pemerintah,selagi itu lah rokok akan terus bermaharajalela dan berkuasa dengan jayanya.

Harga rokok semakin mahal? rokok seludup kan ada. Mengapa perlu bayar lebih? Apa dia? rokok seludup adalah musuh kepada negara? betul ke? Bersungguh-sungguh benarkah usaha yang di giatkan oleh pihak berkuasa demi melumpuhkan pasaran rokok seludup?

"Ai...aku setiap hari boleh beli rokok seludup ni dengan mudah sejak berbelas tahun lalu di kedai-kedai runcit tertentu. Tak mungkin pihak polis tak tahu kat kedai itu ada jual rokok seludup? Apa yang pihak polis buat sehinggakan mereka sudah tidak tahu apa-apa tentang itu?Kah!"

Iman ketawa lagi siap tepuk dahi geleng kepala.

Tidak tahu atau pura-pura tidak tahu? Bagaimana rokok seludup yang mahu di banteras habis-habisan masih boleh terlepas masuk dari pelabuhan kelang dengan mudah. Bekalan pula sentiasa ada. Ajaib...

Bagi Iman selagi rasuah tidak di banteras jangan haraplah usaha untuk melumpuhkan kemasukkan rokok seludup akan berjaya. Semua orang bangkit hendak tunjuk mereka prihatin pada kesihatan awam,semua orang itu cuma badut-badut bodoh yang membuang masa mereka sahaja. Orang yang ada kuasa lagikan oportunis dan berkepentingan dalam mengisi poket mereka sendiri. Mereka tidak peduli pun tentang kesihatan orang ramai. Kalau mereka peduli sudah lama mereka haramkan penjualan rokok terus. Peduli apa mereka. Cukai menjana pendapatan negara. Yang tidak punya maruah dan etika pula melihat ada lubang-lubang untuk membuat duit melalui suapan dan rasuah. Anda yang prihatin sangat ini dapat apa?Kah!

Iman melihat semua itu ibarat seperti mencuci kekotoran dengan air najis sahaja. Itu yang lucunya.

Sedang leka Iman terfikir-fikir tentang itu dan ini,dua orang pelanggan masuk ke kedai mamak dan duduk di meja betul-betul di hadapan Iman.

Kedua-duanya wanita. Bertudung dan masih muda. Mereka membuat wajah seperti meluat kepada Iman sambil kibas-kibas udara. Tanda protes lah kononnya dengan sikap Iman yang merokok bersahaja di dalam kedai.

Bodoh atau apa dua wanita ini? sedangkan ashtray turut di sediakan oleh kedai mamak di atas setiap meja malah rak di belakang kaunter bayaran bersusun dengan pelbagai jenama rokok. Tak punya duit untuk membeli harga sebungkus? mereka turut menjual rokok batang-batang. Sudah terang lagi bersuluh kedai mamak ini mengizinkan pelanggan mereka merokok di dalam premis. Kalau tidak suka buat apa singgah ke kemari?

Eh eh... boleh pula yang seorang wanita itu menjegil geram ke wajah Iman. Padahal akal mereka yang kurang bijak. Boleh sahaja mereka pilih meja yang jauh sikit dari meja Iman. Itu pun Iman perlu ajarkan pada mereka kah?

Kemudian datang pula seorang pelanggan pakcik tua berusia dalam lingkungan tujuh puluhan kot. Dia duduk di meja sebelah Iman memesan teh tarik sebelum membakar sebatang rokok yang agak berjenama juga Iman kira.

Dua wanita tadi cuba menasihati pakcik itu.

"Pakcik hisap rokok tu tak baik untuk kesihatan. Pakcik tahu tak rokok adalah pembunuh nombor satu?"

"Maksud kamu rokok itu mematikan?" tanya pakcik itu semula.

"Err lebih kurang macam tu lah pakcik" balas perempuan itu sambil pandang-pandang ke arah kawannya.

"Kalau macam tu pegangan kamu yang salah. Rokok tak punya kuasa mematikan manusia. Yang mematikan manusia cuma Allah. Rokok mungkin memudaratkan kesihatan atau menjadi penyebab kepada sesuatu penyakit. Tapi semua atas izin Tuhan jua. Pakcik merokok dari usia 17. La ni umur dah 71. Dah separuh abad pun. Mungkin awak dan ramai orang lain boleh berkata orang macam pakcik akan mati kerana rokok. Tapi kamu tahu ke apa cara atau sebab kematian bagaimana yang Tuhan telah tulis dan tetapkan buat diri pakcik?" balas pakcik itu.

Iman tersenyum. Pakcik ini bagus. Dia telah memenangkan Tuhan lebih dari ilmu seorang doktor yang kononnya tahu bagaimana seseorang itu akan mati. Kalau orang itu perokok,maka sang doktor pun mengandaikanlah orang itu akan mati kerana rokok. Lebih dahsyat bila doktor meramal umur seseorang berdasarkan penyakit kronik yang di hadapi. Itu melampau! Tuhan sahaja yang tahu bila seseorang itu akan menemui ajalnya.

"Itu betul lah pakcik. Tapi bahan beracun dalam kandungan rokok tu masih memudaratkan kesihatan bukan?" kata wanita itu lagi tak mahu mengalah.

"Air milo ais yang awak minum tu manis tak?" soal pakcik.

"Aah manis pakcik. Kalau tak bubuh manis-manis nanti tawar sebab ini milo ais" balas perempuan itu.

"Hari-hari minum milo ais tu ke?"

"Hari-hari pakcik. Milo ais sejuk dan manis dan segar bila di minum" balas perempuan itu menunjukkan betapa singkat nya akal dia. Walhal pakcik itu sedang menjeratnya semula.

"Gula yang banyak masuk ke dalam badan awak tu boleh menyebabkan diabetes dan kencing manis. Itu tidak memudaratkan ke?"kata pakcik tersebut.

Wanita itu terdiam seketika.

Pakcik itu toleh pula ke arah kawan perempuan itu yang seorang lagi.

"Tengok air coke sebotol yang kawan awak minum tu...sembilan sudu gula ada kat dalam tu. Itu baru betul-betul memudaratkan. Tak percaya?awak boleh amalkan selalu. Arwah anak lelaki saya tak pernah merokok sepanjang hayat. Tapi dia macam awak lah juga. Cukup suka minum manis-manis...masa dia ada dulu,keraplah dia menasihatkan pakcik tentang bahaya rokok. Kesudahan nya anak pakcik meninggal dunia terlebih dulu kerana kencing manis kronik.

Bukan mudarat rokok atau gula yang menjadi isunya. Tapi usahlah sampai kita tersesat akidah dengan mengatakan sesuatu selain Allah itu mampu mematikan. Orang tak hisap rokok pun ramai juga yang mati muda. Mati kerana penyakit,terlibat dengan kemalangan dan sebagainya. Pokok pangkalnya ajal maut itu di tangan Tuhan" jelas Pakcik itu.

Dua wanita tadi dah terdiam gamaknya. Pakcik itu menghirup secawan teh tariknya sehingga habis sebelum dia bangun dari kerusi. Sebatang rokok lagi di jepit dekat bibir sebelum di nyalakan dengan api.

"Arwah isteri pakcik pula dah tentulah tak hisap rokok. Kuat dia menasihati pakcik dulu. Tapi arwah menderita sakit kanser payudara pulak. Doktor kata arwah boleh hidup lama lagi kalau teruskan makan ubat. Tapi Tuhan dah tulis yang arwah harus kembali ke rahmatullah.

Doktor boleh beri andaian saja. Begitu juga dengan rokok. Perokok tak semestinya akan mati dengan rokok. Tuhan Maha Mengetahui"kata pakcik itu tersenyum kepada dua wanita terbabit yang masih lagi kelu dan bisu sebelum dia melangkah menuju ke kaunter kedai. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.

Iman sekadar tersenyum sahaja memerhatikan dua wanita itu tertunduk-tunduk bangun mencapai beg tangan dan beredar.

Sebatang lagi rokok Iman jepit di bibir dan bakar.

                    ===TAMAT====

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience