LANGIT gelap dan mendung ketika Amit sedang memetik jagung di ladang bersama anaknya. Titisan hujan sudah mulai turun. Angin kuat menderu-deru sehingga pepohon di ladang jagung bergemersik dan condong dek tekanannya.
Tiba-tiba di kejauhan kelihatan pancaran kilat menyambar. Berdentum kuat dan keras bunyinya dekat suatu ceruk dalam ladang jagung itu juga.
Amit berdoa agar dia dan anaknya selamat dari sebarang perkara tidak di ingini dari cuaca yang buruk. Mereka berlindung seketika di dalam pondok kecil mereka yang ada berhampiran situ sehinggalah hujan berhenti dan keadaan kembali normal dan selamat.
Langit masih mendung di susuli guruh-guruh kecil di kejauhan. Amit dan anaknya meniti di jalanan tanah dekat pinggir ladang jagung untuk pulang ke rumah. Ketika hampir dengan kawasan di mana kilat menyambar tadi,Amit dan anaknya terdengar suara bayi menangis.
"Eh anak siapa pulak menangis tu? ini kan ladang jagung" kata Amit.
"Macam datang dari tempat yang kena sambar kilat tadi je yah" kata Atan,anak lelaki Amit yang berusia sembilan tahun. Amit mengangguk-angguk. Dia juga berfikir seperti itu.
"Mari kita pergi periksa kat situ" ajak Amit.
Dua beranak itu meredah pepohon jagung yang lebat menuju ke arah datangnya suara bayi menangis atau lebih tepat lagi dekat ceruk di mana kilat menyambar tadi.
Amit dan anaknya terkejut besar melihat seorang bayi kecil menangis dan terkapar-kapar di atas tanah yang mana pepohon jagung di sekelingnya habis hangus terbakar akibat sambaran petir. Namun bayi itu selamat. Lalu di ambilnya bayi kecil itu dan di bawanya pulang ke rumah.
=======
Asmah mengusap bayi itu sepenuh kasih sayang. Telah di bersihkannya tubuh bayi itu sebelum di pakaikan dengan lampin dan sebagainya. Kemudian Asmah menyusukannya pula. Kini bayi itu tidur dengan lena dan selesa.
Amit berdiri saja tercegat melihat isterinya. Dua orang anaknya si Atan dan Milah asyik pula melihat ibu mereka mendodoikan bayi kecil tersebut.
"Agaknya orang buang bayi kot. Zalim! haiwan pun tak tergamak buat begitu malah sayangkan anak" kata Amit sedikit geram.
"Kita bela lah bayi ni bang" kata Asmah.
"Ibu dan ayah kandungnya yang sepatutnya di pertanggungjawabkan membela bayi ni Mah" balas Amit.
"Agaknya ibu kandung dan bapa si bayi ni berzina bang. Mereka takut menanggung malu" kata Asmah.
"Buat maksiat dosa tak malu pula? Tak takut pada Tuhan?" soal Amit yang masih geram dan marah meluap-luap memikirkan perbuatan tidak bertanggungjawab ibu bapa bayi terbabit.
"Tapi bayi ni tak bersalah bang. Dia pun tak minta untuk di lahirkan ke dunia" balas Asmah.
Dalam lambat-lambat akhirnya Amit bersetuju juga dengan permintaan isterinya untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat mereka walaupun pasangan suami isteri itu sendiri mempunyai dua orang anak kandung.
Anak-anak mereka si Atan dan Milah juga gembira dengan kehadiran bayi lelaki tersebut sebagai adik angkat mereka.
Amit dan Asmah menamakan bayi tersebut sebagai Darwis. Maka hiduplah mereka dengan gembira bersama anak baru itu. Atan dan Milah juga amat menyayangi adik mereka itu.
Namun yang di hairankan oleh mereka ialah tak sampai dua minggu kemudian Darwis sudah pandai berdiri dan berjalan. Genap sebulan bayi itu di pelihara,Darwis telah membesar seperti kanak-kanak berusia lima tahun.
Amit,Asmah dan dua orang anak mereka jadi tercengang-cengang melihat keajaiban yang berlaku terhadap Darwis.
Dalam masa setahun sahaja Darwis sudah membesar seperti budak berusia tujuh tahun dan sudah boleh bercakap dan berbual-bual malah dia kini kelihatan seperti sebaya dengan Milah.
Hal itu memeningkan kepala Amit dan Asmah. Mereka menghantar Darwis pergi ke sekolah rendah. Atan dan Milah yang sering menengok-nengokkan adik mereka itu dekat sekolah.
Dalam masa dua tahun kemudian, Darwis sudah meningkat besar seperti remaja layaknya. Malah Atan dan Milah pula sudah kelihatan seperti adik-adiknya pula.
Petang tu sewaktu pulang dari sekolah, Darwis menangis tersedu-sedan sehingga Amit dan Asmah terpaksa memujuknya.
"Wis...kenapa menangis ni?" kata Asmah yang duduk di sisi sambil memujuk budak lelaki remaja tersebut.
"Ibu...ayah... budak-budak kat sekolah sering ejek Darwis. Mereka kata Darwis sepatutnya dah bersekolah menengah..bukannya belajar dalam darjah dua lagi seperti Kak Milah. Mereka kata Darwis ni anak raksasa" kata Darwis sambil tersedu-sedan menangis.
"Bersabarlah Wis..nanti kita tengok macam mana keadaannya" kata Amit memujuk anak angkatnya itu.
"Bu..ayah...betul ke Darwis ni anak raksasa?"
"Hish,Darwis tak baik cakap macam tu. Darwis anak ibu dan ayah" kata Asmah.
"T...tapi kenapa tubuh Darwis membesar dengan cepat?. Abang Atan sama kak Milah cakap umur sebenar Darwis baru dua tahun" tanya Darwis.
Langsung Asmah dan Amit bisu kelu tak terucap apa. Akhirnya kerana kasihankan anak remaja angkat mereka itu,Amit dan Asmah pun membuat keputusan memberhentikannya dari sekolah.
Hari terus berlalu. Sebagai adik-beradik memang biasalah apabila sesekali berlaku pertengkaran. Namun entah bagaimana Atan dan Milah boleh terlepas cakap bahawa Darwis ialah anak pungut yang di temui dekat tengah ladang jagung.
Lebih menyentap perasaan Darwis ialah bila abang dan kakaknya turut menggelarkannya sebagai anak petir kerana sewaktu di temui Darwis yang masih bayi di dapati sedang terkapai-kapai betul-betul dekat tanah yang hangus di libas dentuman petir.
Pada tahun ketiga,Darwis sudah kelihatan seperti seorang pemuda berusia awal dua puluhan. Sejak berhenti sekolah, dia bekerja membantu ayahnya si Amit dekat ladang jagung.
Pagi tu langit gelap dan mendung. Hujan turun lebat mencurah-curah. Amit dan Darwis tidak dapat keluar mengerjakan ladang jagung. Akan tetapi ada sesuatu yang aneh tentang Darwis. Pemuda itu setiap kali hujan kilat begitu pasti akan tercegat dari dalam tingkap rumah sambil begitu asyik melihat ke langit.
======
Sebagai seorang lelaki yang kini kelihatan dewasa seperti berusia pertengahan tiga puluhan, Darwis amat rajin membantu bapanya di ladang jagung.
Pagi tu langit membiru cerah memayungi ladang jagung. Awan putih berkepul-kepul. Darwis memetik jagung-jagung yang berbuah cantik itu lalu di masukkan ke dalam bakul yang ada di sandang di belakang tubuh. Ayahnya pergi ke pasar dengan lori bagi menjual hasil jagung kepada peniaga.
Sejak akhir-akhir ini hubungannya dengan ayahnya agak tegang sedikit. Makan hati juga Darwis rasakan bila kata-kata ayahnya seolah-olah mahu dia keluar mencari rumah kediamannya sendiri kerana berasa tidak manis bila memikirkan Darwis yang kini semakin kelihatan seperti seorang lelaki yang meningkat usia dewasa tinggal dengan ibu bapa.
Malah Darwis sendiri dapat merasakan seolah-olah dirinya bukan nampak seperti anak lagi sebaliknya dah seperti adik beradik pula dengan ibu dan ayahnya.
Darwis berasa kesal juga dengan kejadian sewaktu dia di tangkap ayahnya sedang mengintai ibunya mandi tempoh hari. Bertitik tolak dari kejadian itulah punca ayahnya seolah mahu dia mencari kediaman sendiri.
Lebih malang lagi bila ibunya Asmah yang kurang bersetuju dengan cadangan ayahnya telah masuk campur hingga kedua mereka bertekak dan berakhir dengan Amat terpaksa menampar Asmah. Darwis menggeleng kesal.
PAGI tu Amit keluar entah ke mana. Darwis pula sedang memungut jagung di ladang. Tiba-tiba Darwis terdengar jeritan suara ibunya Asmah. Bakul berisi jagung di letak ke tanah buat seketika lalu dia pun berlari pantas balik rumah.
Kelihatan ibunya Asmah sedang terduduk dekat laman berhampiran jemuran pakaian sambil memicit kakinya. Wanita itu berkemban kain batik je bersama tuala di sangkut kat bahu. Mungkin hendak pergi mandi.
"Ibu! kenapa ni?"
"Aduh...ibu terseliuh kaki pulak ni wis" kata Asmah.
Pantas Darwis berlari masuk ke rumah dan keluar semula dengan sebotol minyak urut panas lalu di lumur minyak tu ke bahagian kaki ibunya yang terseliuh.
"Ahh..barulah lega sikit" kata Asmah.
Darwis membuang pandangannya ke arah lain kerana tidak manis pula melihat ibunya berkemban begitu.
"Pipi ibu sakit lagi ke?"
"Pipi tak sakit..hati yang sakit. Tergamak ayah kau tampar ibu sampai begitu sekali" kata Asmah dengan wajah yang sedikit masam.
"Maafkan Darwis bu...Darwis yang salah kerana menghendap ibu mandi"
"Tak apalah..ibu faham..Wis kan lelaki dewasa..." balas Asmah tersenyum. Suka dia memandang ke wajah tampan anak jantannya yang kini sudah kelihatan dewasa itu.
Darwis memapah ibunya bangun.
"Ibu nak pergi mandi. Tapi Wis tolong ibu jap. Tilam spring kat dalam stor belakang rumah tu dah runtuh ke lantai. Tak larat ibu nak angkat"
Darwis pun mengikuti ibunya ke bilik stor belakang. Memang betul ada sebuah tilam spring terhampar di atas lantai.
Entah kenapa cuaca pagi yang cerah tadi mulai beransur mendung. Awan-awan kelabu berarak kencang di tiup angin. Pepohon di ladang jagung itu condong-condong jadinya di tiup angin kencang.
Guruh mulai berdengkur di langit sebelum hujan turun mencurah-curah.
Ketika keluar sahaja dari bilik stor,Darwis dan Asmah terkejut besar melihat Amit sudah tercegat di tengah laman dalam keadaan basah kuyup bermandi hujan. Entah bila lelaki itu pulang mereka tidak tahu,kerana biasanya bunyi enjin lori nya sudah dapat di dengari dari kejauhan. Tapi hari ini tahu-tahu Amit muncul begitu sahaja.
Yang lebih menghairankan ialah di tangan Amit ada selaras senapang.
"Bang! bila abang sampai? lori abang mana?"teriak Asmah kepada suaminya.
Tiada jawapan dari mulut Amit. Hanya renungan yang tajam di lemparkannya ke arah Asmah dan Darwis.
Asmah dan Darwis berasa tidak sedap hati. Ada yang tidak kena dengan Amit.
"Bu...j...jangan-jangan ayah.."
"Tak mungkinlah Wis..."balas Asmah.
Apabila Amit mulai mengacu muncung senapang ke arah Darwis,barulah mereka percaya yang lelaki itu benar-benar ingin membunuhnya.
PAMM!
bagai orang hilang akal Amit melepaskan tembakkan namun mujur pantas Darwis mengesampingkan dirinya.
Asmah sudah terjerit-jerit ketakutan.
"Wis...cepat lari selamatkan diri kau..cepat!"teriak Asmah.
Darwis berlari ke dalam ladang jagung yang sedang di basahi hujan lebat itu. Ayahnya Amit terus mengejarnya dari belakang.
Tiba-tiba suatu pancaran kilat menyambar betul-betul di atas kepala Darwis.
PAMM!
Kuat sekali bunyinya. Amit sendiri nampak dengan mata kepalanya. Dia tergamam bagaikan tidak percaya dengan apa yang di lihatnya.
Darwis yang di sambar petir sebelum hilang ghaib di hadapan matanya. Dalam hujan yang kian lebat, Amit terduduk. Segera ingatannya hadir tentang saat sewaktu dia menemui Darwis yang masih bayi merangkak-rangkak di tengah ladang jagung. Betul-betul dekat kawasan yang di sambar petir itu.
TAMAT
Share this novel