SEAWAL jam tujuh pagi lagi dua beradik iaitu Dafi dan Yunis sudah bangun dari tidur. Lepas cuci muka dan gosok gigi lebih kurang,mereka pun berlari turun tangga ke tingkat bawah.
Terhidu pula bau masakkan enak datang dari arah dapur. Pantas dua beradik itu menuju ke sana.
"Mak!"
"Eh eh dah bangun pun anak-anak mak..dah cuci muka dan gosok gigi ke belum tu?" tanya ibu mereka iaitu Tasya yang sedang menyenduk nasi goreng dari kuali ke dalam sebuah mangkuk sebelum di hidang atas meja.
"Dah tadi"balas Dafi yang berusia sepuluh tahun. Adik perempuannya Yunis yang muda setahun darinya tersenyum mengangguk-angguk.
"Dah lapar ya...kejap eh...nasi goreng dah siap. Mak nak buat air pulak" kata Tasya.
Tiba-tiba dekat luar rumah kedengaran bunyi hon trompet si india penjual roti.
PoN! PoN! PoN! PoN!
"Mak...babu roti datang" kata Yunis.
"Teriak panggil dia berhenti jap. Mak nak beli roti dengan kaya" kata Tasya.
Berlari dua beradik tu keluar dari pintu dan pergi ke pagar sambil meneriak.
"Babu! Babu!"
Seorang lelaki india gemuk bermisai tebal yang menunggang motorsikal senyum terteleng-teleng kepada dua orang budak itu lalu berhenti di hadapan pagar. Di belakang motornya ada peti besar mengandungi pelbagai jenis roti,malah di di tepi-tepi kotak itu pun banyak lagi bungkusan roti di gantung. Di bahagian depan motorsikal atau lebih tepat lagi di sisi kiri kanan pula ada beg plastik besar di isi dengan pelbagai jajan,keropok,gula-gula, coklat dan sebagainya.
Dafi,Yunis dan ibu mereka keluar mengerumuni motorsikal roti babu. Dalam seminit dua kemudian semakin ramai golongan ibu dari kejiranan taman itu datang berkerumun untuk membeli roti bersama anak-anak masing-masing.
"Wei Dafi...aku dapat sticker Chun Li dengan E. Honda. Kau dapat sticker apa tu?" tanya Lokman. Dia adalah kawan sekelas dengan Dafi. Tinggal pun selang beberapa rumah je dari rumah keluarga Dafi.
"Jap eh..." kata Dafi lalu mengoyakkan plastik keropok jajan di tangan. Lokman dah tak sabar-sabar nak tengok sticker apa yang Dafi perolehi.
"Alah! tak best nya. Aku dapat sticker Balrog dengan Dhalsim. Adui...dua-dua ni aku dah ada" rungut Dafi dengan sedikit kecewa.
"Kita tukar je lah Fi. Kau bagi aku Balrog dengan Dhalsim. Aku bagi kau E.Honda dengan Chun Li camne?" kata Lokman memberi idea.
Dafi tersengih mengangguk setuju. Lagipun sticker yang di perolehi oleh Lokman masih belum di milikinya setakat ini.
Mereka pun bertukar-tukar sticker.
Begitulah kanak-kanak itu setiap pagi cuti di hujung minggu pasti sanggup bangun awal menantikan kedatangan babu roti demi membeli jajan-jajan mini yang di dalamnya akan di muatkan pelekat sticker dari watak permainan video games popular pada era itu iaitu Street Fighter.
Berebut-rebut budak-budak pada tahun 90an ingin mengumpulkan setiap sticker karakter Street Fighter apatah lagi Babu roti menjanjikan hadiah buat sesiapa yang berjaya memilki keseluruhan katakter dengan lengkap.
Sebagai kanak-kanak tiada langsung mereka terfikir bahawa kemungkinan itu semua cuma helah babu roti sahaja agar kanak-kanak itu terus membeli jajan sticker darinya.
Adik perempuannya si Yunis pula lebih suka main tiup-tiup buih. Asal babu roti datang sahaja mesti di suruh ibunya belikan sebotol air buih yang di sertakan dengan peniupnya sekali.
Cuti-cuti begitu Dafi dan Yunis lebih banyak terperuk di rumah bemain dengan video games. Bapa mereka Encik Zamir ada belikan konsol Super Nintendo dan beberapa buah tape game yang menarik.
Selalu jugak dua beradik itu bertekak. Masing-masing ingin main video games kegemaran.
"Kita main games Contra lah Nis..asyik Super Mario je" kata Dafi.
"Tak nak lah...tak best lah game tembak-tembak macam tu"
"Yelah kau mainlah... karang giliran aku pulak nak main game Contra"kata Dafi lalu ke ruang tamu dan buka televisyen. Mujur kebetulan pula hari itu siri rancangan kegemarannya Mask Rider Black bersiaran sebelum di susuli pula dengan satu lagi siri kegemarannya iaitu Space Cop Gaban.
Tambah meriah bila beberapa orang rakan Dafi datang ke rumah dan mereka menonton bersama. Riuh-rendah jadinya suasana dengan suara mereka.
Kadang-kadang mereka menonton filem melalui pemain video Home System kepunyaan bapa Dafi. Tape VHS pelbagai filem bersusun banyak dekat rak almari televisyen di ruang tamu. Filem paling menarik di tonton pada ketika itu sudah semestinya Terminator, Back To The Future,Batman,Jumanji dan sebagainya.
Pernah Dafi asyik benar menonton filem-filem kat video sampai ayahnya bising-bising lalu di soroknya tape-tape VHS yang bersusun banyak itu.
Bila ayahnya pergi ke kerja Dafi pun curi-curi lah masuk ke bilik ayahnya dan buka almari. Alah kat mana lagi tempat di sorok tape berlonggok banyak-banyak tu kan? rumah pun bukan besar mana.
Terkekek-kekek budak lelaki berumur sepuluh tahun tu ketawa bila sangkaannya tepat sekali. Kesemua tape itu ayahnya sorok dalam sebuah beg bagasi kosong dalam almari.
Bukan setakat tape video filem-filem yang biasa tu aja,malah Dafi turut temui tape VHS yang pelik-pelik dan lain macam betul gambar cover luarannya. Ada gambar perempuan seksi pakai colilah,bikini lah,bertelanjang bogel lelaki perempuan lah, perempuan bercumbu sesama perempuan lah. Terbeliak besar mata Dafi. Tak pernah pulak ayahnya si Encik Zamir susun tape tersebut kat rak video di ruang tamu.
"Ehem! tengok apa tu Dafi?"
Tau-tau ibunya si Tasya dah muncul kat belakang sambil berpeluk tubuh mengangkat kening.
"Err...Dafi cari tape yang ayah sorok je mak. Tapi tape video ni tak pernah tengok pulak" kata Dafi sambil tunjuk pita-pita filem panas itu pada ibunya.
"Astaga! memang nak kena tarik telinga ayah kau ni..erghh"kata ibunya merengus sambil dah tepuk dahi geleng kepala.
"Kenapa ni mak?"
"Eh tak ada apa-apa lah. Dah..dah..Dafi pergi main games lah.."
Budak-budak besar Dafi masih naif dengan hal-hal filem orang dewasa. Tapi pernah jugak telinganya kena piat dengan ibunya bila dia boleh ter'asyik' pulak tengok cerita siri Baywatch kat televisyen. Pantas siaran bertukar.
Tahun berlalu pergi. Dafi kini sudah bersekolah menengah. Hujung minggu dia pasti akan keluar berbasikal dengan rakan-rakannya ke pekan.
Pergi ke kedai video games dan melihat-lihat game-game keluaran terbaru. Konsol Super Nintendo yang di milikinya dahulu telah berganti pula kepada konsol Sega Saturn yang menggunakan cakera padat dengan paparan visual 3D yang jauh lebih menarik.
Kemudian singgah pulak ke kedai mamak jual surat khabar dan majalah. Setiap minggu pasti Dafi dan rakan-rakan ke situ membeli komik-komik keperwiraan Hongkong yang sangat popular pada zaman itu.
Malah Dafi kumpul setiap keluaran sirinya. Antara komik kegemarannya seperti Alam Perwira,Jejak Wira,Lingkaran Terkunci,Raja Rimba,Juara Wira dan banyak lagi. Itu belum termasuk komik manga dari Japan seperti Dragon Ball,Yuyu Hakusyo,Slam Dunk dan sebagainya.
"Anney...kasi rokok Dunhill 7" kata Dafi kepada india tokey kedai akhbar dan majalah. Dekat situ juga turut di jual rokok-rokok dan minuman.
Wang sejumlah seringgit tujuh puluh sen di hulurkan kepada india itu. Dafi segera membuka pek rokok. Sebatang di jepit ke bibir. Sekotak rokok di kongsi bersama dengan rakan-rakannya yang beberapa orang itu. Sambil merokok mereka membelek komik-komik dengan asyiknya.
Tau-tau dua orang wanita telah muncul dekat situ. Dafi dan Lokman dah tergamam kerana yang datang itu ialah ibu Dafi iaitu Tasya dan makcik Mahani ibu si Lokman.
"Dafi! sejak bila kau dah pandai merokok ni? umur baru empat belas tahun kan?" soal Puan Tasya sambil bercekak pinggang.
"Err...Dafi..Dafi...aaaa"
Remaja lelaki itu tertunduk-tunduk menggaru kepala dan hilang kata-kata. Tau-tau telinganya telah di tarik oleh ibunya.
"Aduih sakit lah mak...malu lah orang tengok" kata Dafi.
"Tau pun malu. Bak sini kotak rokok kat tangan tu" pinta ibunya.
Nak tak nak terpaksa juga Dafi serahkan pek Dunhill 7 itu ke tangan ibunya.
"Rokok ni mak kasi kat ayah nanti" kata Puan Tasya sambil masukkan ke dalam beg sandangnya.
Sementara tu si Lokman pula dah menangis makan penampar ibunya si Puan Mahani.
"Dah...pergi balik rumah sekarang. Jangan nak merayau-rayau lagi" kata Tasya.
Terpaksalah Dafi minta diri dari rakan-rakannya. Dia dan Lokman beredar dari kedai akhbar lalu berkayuh pergi dengan basikal masing-masing.
Dua tahun kemudian ketika di dalam tingkatan empat, Dafi telah menyukai seorang gadis dari kelas sebelahnya bernama Nani. Lebih menarik si Nani juga tinggal setaman dengan Dafi.
Cuma malang nasib Dafi kerana Nani tidak pernah menyukainya kerana gadis itu telah bercinta dengan seorang pengawas tingkatan lima.
Dekat padang permainan taman perumahan mereka ada di sediakan pondok public phone. Alangkah sakit hati Dafi bila acapkali terlihat Nani berkayuh basikal datang ke pondok telefon dan bergayut dengan seseorang sambil tergedik-gedik ketawa.
Dafi bercekak pinggang dari jauh.
"Taik punya perempuan. Seronok kau bergayut dengan balak tiap hari ya?" kata Dafi.
"Habis tu takkan kau nak tengok je Fi? Selagi ada pondok telefon tu kat situ, sampai bila-bila lah kau makan hati berulam jantung tengok Nani bergayut dengan budak pengawas tu" kata Lokman.
Satu perancangan jahat di atur. Pada sebelah malam tu di kala waktu agak lewat sedikit,Dafi berkayuh pergi ke pondok telefon awam tersebut bersama gunting besar. Kabel telefon di potong tanpa belas kasihan.
Sejak itu Dafi sudah boleh menarik nafas lega bila melihat Nani terpaksa pulang dengan hampa apabila pondok telefon kesayangannya tidak dapat di gunakan kerana perbuatan vandalisme yang telah di lakukan oleh Dafi.
(TAMAT)
Share this novel