CUTI hujung minggu datang lagi. Sepatutnya ia menjadi perkara yang menggembirakan tapi malangnya tidak bagi aku. Berbekalkan wang simpanan yang tak sampai pun seratus lima puluh ringgit bagaimana aku boleh terus bertahan untuk dua minggu lagi sebelum gaji masuk?
Di saat orang lain mengisi masa hujung minggu dengan membeli-belah baju baru,kasut baru,smartphone dan macam-macam lagi,aku pulak termenung bisu kat tembok luar shopping mall.
Mata terasa silau di panah mentari. Aku duduk memerhatikan orang ramai lalu-lalang. Sesekali kereta-kereta canggih dan mahal meluncur laju menerbangkan habuk-habuk dan debu jalanan membuatkan aku sedikit terbatuk-batuk.
Haih...beginilah nasib seorang aku yang tak punya pekerjaan yang baik lagi menjanjikan pendapatan lumayan.
Di seberang jalan ada deretan bangunan dan kaki lima serta kedai makan Mak Munah yang lauk-pauknya sentiasa menyelerakan. Perut mulai rasa berkeroncong semacam. Aku mulai berkira-kira untuk singgah ke situ untuk membungkus makanan atau tidak. Masalahnya aku harus berjimat cermat di sepanjang dua minggu ke hadapan ni. Tapi sejak semalam aku dah berjimat dengan membeli sebuku roti dan tuna sahaja. Itulah yang ku jadikan sarapan,makan tengahari dan makan malam aku semalam.
Ah,tekak aku dah minta nak makan nasi juga. Mungkin aku akan catu benda-benda lain untuk berjimat. Tanpa berlengah-lengah aku pun turun dari tembok yang sedang aku duduki lalu melintas jalan menuju ke kedai makan Mak Munah.
Sedang aku mencedok lauk ayam masak kurma dan pucuk paku goreng belacan ke dalam bungkusan makanan berisi nasi putih yang masih panas,muncul seorang pakcik tua berpakaian selekeh berdiri di sebelah aku tersengih-sengih. Songkok di atas kepalanya lusuh.
"Makan pakcik?"Aku menyapa dan tersenyum kepadanya.
"Awak makan lah. Pakcik tak ada duit. Kalau lapar nanti pandai-pandailah pakcik geledah dalam tong sampah ke. Ada banyak sisa makanan terbazir tu jadilah untuk isi perut" katanya.
Aku terbeliak memandang pakcik tua tu.
"Pakcik makan sisa kotor macam tu? Eh tak elok macam tu pakcik..nanti sakit" kataku.
"Alah dah biasa pun" katanya.
Aku menggeleng kepala. Hati mula terdetik...dalam pada susah aku masih ada lagi insan yang lebih susah dari diriku.
Nasi bungkus tadi bersama sebungkus teh ais ikat mati aku bayar di kaunter sebelum aku mengekori pakcik tadi yang baru hendak mengayuh basikal tuanya pergi.
"Pakcik...pakcik nanti dulu"
"Oh ya ada apa?" tanya pakcik tua itu.
"Ini nasi bungkus dan teh ais saya belanja. Pakcik makanlah ya" kata aku lalu meletakkan bungkusan plastik tu ke dalam bakul di hadapan basikalnya.
"Tapi nanti kamu pulak yang berlapar...tak apa lah dik"
"Eh pakcik jangan begitu. Saya boleh beli yang lain untuk saya nanti"
Alangkah terharunya pakcik tua itu. Berkali-kali di ucapkannya terima kasih. Siap dia menadah tangan bersyukur.
Aku tercegat sehinggalah basikal yang di naiki pakcik tua tadi telah jauh pergi. Kemudian aku singgah ke mini market dan beli roti dan tuna lagi. Tak mengapalah.. sekurang-kurangnya makan roti dan tuna lagi pun rezeki yang baik juga. Mengenangkan pakcik tua itu sehingga sanggup menggeledah tong sampah mencari sisa makanan telah memberi aku suatu nilai pengajaran yang amat besar tentang erti kesyukuran dengan apa yang aku ada saat ini.
Dua minggu kemudian aku sudah boleh menarik nafas lega kerana gaji sudah pun masuk. Aku ke bank lalu keluarkan sejumlah lalu menyelesaikan bayaran yang penting-penting dahulu seperti sewa bilik dan sebagainya.
Petang itu aku ke stadium berhampiran. Sahajalah ingin mengisi masa dengan melihat kegiatan sukan dan bola sepak yang di adakan. Sedang aku asyik duduk di bangku stadium yang agak tinggi hingga dapat melihat jalanraya di luar stadium aku terlihat pakcik tua itu lagi.
Kali ini dia sedang menyorong basikal tua nya di tepi jalan. Aku perasan tayar belakang basikalnya berbelong-belong kemungkinan pancit. Ah kesian pulak aku melihat orang tua itu. Mungkin dia tak punya wang nak ke kedai membayar upah menampal tiub.
Aku segera turun dari bangku stadium dan berlari ke luar. Mujurlah pakcik itu masih belum jauh. Aku pum mengejarnya dari belakang.
"Pakcik!...oh pakcik!"
Pakcik tua itu terhenti dan menoleh kepadaku.
"Tayar belakang pancit langgar paku masa pakcik berbasikal kat pasar tadi" katanya dengan wajah sedikit sedih.
Kebetulan dalam jarak dua ratus meter dari situ ada kedai bengkel motor dan basikal. Aku pun bantu pakcik itu mengusung basikalnya ke sana. Siap pomen kedai itu menampal tiub aku bayarkan kosnya. Kemudian aku ajak pakcik itu singgah di sebuah warung.
"Dulu kamu belikan pakcik nasi bungkus dan minuman. Hari ni kamu tolong pulak pakcik sorong basikal dan bayarkan upah tampal tiub..tapi pakcik pulak tak ada apa-apa untuk balas budi baik kamu" kata pakcik tua.
"Saya tolong ikhlas pakcik. Err...pakcik tak perlu balas budi saya pun. Di sebabkan pakcik lah saya tersedar betapa kita harus mensyukuri nikmat yang Tuhan beri"
Ketika nak beredar dari warung itu,aku tapaukan lagi bungkusan nasi dan minuman untuk pakcik tu.
"Ini untuk pakcik makan malam nanti ya"
"Ish dah banyak duit kamu habis kat pakcik. Seganlah pakcik dengan kamu ni"
Aku jadi tertawa pulak.
"Saya baru dapat gaji. Sementara ada duit ni dapatlah saya nak belanja pakcik makan sedap-sedap sikit"
Pakcik itu akur.
Sebelum kami nak berpisah,pakcik tu pun cakap sesuatu kat aku...
"Kalau pakcik jumpa kamu lagi,pakcik yang akan balas budi kamu pulak"
"Eh eh usahlah macam tu pulak pakcik. Kalau jumpa lagi saya belanja pakcik lagi"
"Tidak..tidak...kalau jumpa lagi..giliran pakcik pulak"
"Macam tu pulak pakcik?"
"Kenapa? Pakcik tak boleh balas budi kamu ke?"
"Err...boleh... tapi..."
"Sudah tu..jangan bertapi-tapi lagi. Pakcik ucapkan terima kasih atas semua yang kamu belanja-belanja ni. Syabas...semoga pakcik bertemu dengan kamu lagi"
"Syabas? tak fahamlah pakcik"
Pakcik tu tersengih sebelum minta diri dan berkayuh pergi dengan basikalnya meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga dengan ucapan syabasnya itu tadi.
"Aih..pelik jugak lah pakcik ni"
Hari terus berlalu. Tempat kerja aku gulung tikar. Sudahnya aku dan ramai pekerja lagi di berhentikan kerja. Inilah dugaan paling berat yang harus aku tanggung.
Barang-barang dan beg pakaian semua dah siap aku kemas. Kunci bilik sewa pun dah aku serahkan semula kepada tuan rumah. Mungkin terpaksalah aku pulang ke kampung buat seketika.
Sedang aku duduk menunggu bas dekat pondok bas,aku ternampak pakcik tua itu lagi sedang berkayuh basikal. Dari jauh dia dah melambai aku. Aku tersenyum membalas lambaiannya.
Dia menyeberangi jalan untuk mendekati aku. Entah bagaimana dia boleh terjatuh di tengah jalan di saat sebuah lori pasir sedang melaju.
"Pakcik! awas!ada lori tu!" teriak aku lalu pantas aku berlari ke tengah jalan.
Mujur sempat aku menariknya ke tepi jalan namun basikal tua pakcik itu habis remuk di langgar lori pasir.
=======
"Pakcik tak apa-apa ke?" tanyaku ketika aku dan pakcik tua tu duduk di bangku pondok bas. Aku lihat dia tertunduk dan diam agak lama. Mungkin masih terkesan dengan kejadian yang berlaku tadi.
"Syabas...kamulah satu-satunya pemuda yang lulus" katanya membuat aku terkejut besar.
"Haa?! lulus apa pulaknya ni pakcik?"
Pakcik tua tu tersengih membuat aku semakin bertambah hairan dengan sikap yang di tunjukkannya. Tiba-tiba dia meraba ke kocek seluarnya dan mengeluarkan sebuah telefon pintar yang agak mahal.
"Wahh? pakcik pun pakai telefon mahal?"
Dia tertawa kecil lalu menghubungi seseorang. Tak lama kemudian sebuah kereta Mercedes mewah tiba dan berhenti dekat pondok bas. Pemandunya keluar lalu mendapatkan pakcik tua.
"Tuan Saad tak apa-apa ke?"tanya si pemandu tu.
"Aku tak apa-apa lah. Basikal aku je yang remuk"
Aku ternganga melihat ke muka pakcik dan lelaki pemandu kereta Mercedes mewah itu. Hairan kenapa lelaki itu panggil pakcik sebagai tuan?
"Kamu jadi ke nak balik kampung?" tanya pakcik kepada aku.
"Terpaksa pakcik. Kerja pun dah tak ada. Nak bayar sewa bilik pun dah tak berduit"
Pakcik tersengih.
"Kamu nak kerja dengan pakcik tak? rumah kediaman pun di sediakan. Tak perlu bayar sewa apa-apa pun. Kamu tinggal kat situ dan bekerjalah dengan rajin..itu sahaja syaratnya" kata pakcik.
Aku jadi makin tak faham. Selama jni pun aku kenal pakcik sebagai orang susah... bagaimana pulak dia boleh tawarkan aku kerja siap dengan tempat tinggal? Soalan kenapa lelaki pemandu itu memanggil pakcik sebagai Tuan pun masih belum terjawab.
"Err...saya...saya rasa macam pelik sikitlah pakcik" kata aku membuat pakcik yang di kenali sebagai Saad itu tertawa sambil menepuk-nepuk ke bahuku.
"Sudah... elok kamu batalkan dulu hajat untuk pulang ke kampung. Jom" kata pakcik.
Orang tua itu meminta si lelaki pemandu membantu aku memunggah segala beg barang dan pakaian aku ke dalam bonet kereta Mercedes.
Aku duduk di sit belakang kereta mewah itu bersama pakcik dengan segala macam persoalan yang masih menerjah ke benak minda.
Akhirnya kami tiba di sebuah kawasan rumah agam besar lagi mewah. Siap ada swimming pool dan garaj kenderaan. Bersusun kereta mewah lain di situ.
Seorang pengawal keselamatan datang membukakan pintu.
"Selamat petang Tuan Saad. Saya dengar tuan terlibat dengan kemalangan tadi. Tuan tak apa-apa ke?" tanya si pengawal keselamatan.
"Aku tak apa-apalah Gunalan. Cuma basikal tua aku je yang tak dapat di selamatkan. Inilah pemuda yang menyelamatkan aku tadi. Bagus pemuda ni. Aku berkenan dengan sikap anak muda begini" kata pakcik memperkenalkan aku.
Pengawal keselamatan itu tersenyum menyapa aku. Aku membalas sapaannya. Kami pun turun dari kereta.
"Selamat datang ke rumah pakcik"kata pakcik Saad.
"Rumah pakcik ke ni?biar betul?ish macam susah je saya nak percaya. Ke pakcik bergurau dengan saya?"kata aku.
Pakcik Saad masih tertawa geli hati.
"Aih takkanlah pakcik nak bohong pulak. Itu swimming pool tu cucu-cucu pakcik lah yang rajin mandi-manda bila anak-anak dan menantu pakcik pulang waktu cuti-cuti" kata pakcik Saad ketika kami berjalan di halaman rumah.
Aku di bawa masuk ke rumah. Bukan main mewah lagi di dalamnya. Siap di jemputnya aku duduk di meja makan lalu di hidangkan minum petang dan kuih-muih yang pelbagai.
"Itulah ayah...kereta mewah-mewah ada...basikal yang baru dan cantik-cantik pun ada..asyik dengan basikal tua tu aja. Nasib baik ayah tak apa-apa" kata Shikin anak perempuan bongsu Pakcik Saad.
"Alah.. dah ayah suka macam tu nak buat macam mana Shikin" balas pakcik Saad.
"Iyelah yah...tapi sejak ayah dah bersara ni Shikin tengok ayah asyik pakai selekeh je. Cubalah ayah jaga keterampilan sikit. Ayah tu bukan calang-calang orang"
Pakcik Saad ketawa besar dengan bebelan anak perempuan bongsunya yang sebaya aku itu.
Barulah aku tahu rupanya pakcik Saad ni orang berada. Dia mempunyai bisnes,kilang dan ladang-ladang yang luas. Cuma menurut Shikin..bapanya lebih suka berpakaian seperti orang-orang tua di kampungan dan naik basikal buruk sehingga ramai orang menyangka dia orang susah atau hidup bergelandangan.
"Ya Allah...jadinya selama ni saya tertipu lah dengan pakcik ya?" tanya aku.
"Nampak gayanya begitulah" balas Pakcik Saad tersengih sebelum dia,Shikin dan aku-aku sekali terlepas ketawa geli hati.
Di pendekkan cerita,pakcik Saad yang terkesan dengan nilai budi yang aku tunjukkan terhadapnya selama ini telah memberi aku bekerja sebagai pengurus di salah sebuah ladang miliknya. Aku juga turut di berikannya sebuah kediaman yang baik dan selesa.
Tidak sampai di situ,malah aku di jodohkannya pula dengan anak perempuan bongsunya si Nurul Ashikin itu.
Aku sendiri masih kagum dan rasa bagaikan sedang bermimpi bila memikirkan bagaimana nilai sebuah budi yang baik akhirnya telah mengubah hidupku.
==TAMAT==
Share this novel