Pianggang

Short Story Series 2822

BURUNG-BURUNG terbang riang di atas kawasan jelapang padi luas itu. Buyong sedang gigih membanting tulang dan kudrat empat kerat memandu jentera penuai usang milik ayahnya.

Adik-adik nya yang masih kecil rancak berlari-lari di halaman rumah sambil bermain layang-layang. Ibunya si Mahani sedang memetik sayur dan ulam-ulam dekat kebun kecil bersama sebuah raga. Kemudian wanita itu duduk seketika di pangkin rumah untuk melepaskan lelah sambil melihat anak-anak nya bermain.

Ayahnya si Mahat pula sedang menangkap ikan di tepian sawah. Pendek kata,mereka sekeluarga jarang ke pasar untuk membeli ikan kerana di sawah padi itu saja pelbagai jenis ikan boleh di dapati.

"Banyak dapat ikan bang?" teriak Mahani ketika suaminya berjalan ke pangkin bersama baldi berisi ikan-ikan yang berjaya di tangkapnya.

"Syukur alhamdulillah...dapat lah sepat,keli,puyu...belut pun ada" kata Mahat sambil meletakkan baldi dan melabuhkan punggung di atas pangkin.

Lembayung senja kian merona di kaki langit.

"Yong! sudah-sudah lah dulu. Esok je sambung balik. Dah senja ni!" teriak ayahnya.

"Sikit lagi yah! lima minit lagi" balas Buyong. Ayahnya tidak cakap apa-apa.

Lebih kurang seminit dua kemudian,enjin jentera penuai itu termati secara tiba-tiba. Buyong cuba menghidupkannya semula namun gagal. Di cubanya lagi dan lagi. Hanya hampa dan kecewa di perolehi.

Jentera itu tersadai di suatu ceruk sawah.

"Aduh! kenapa tak mahu hidup pulak enjin ni? janganlah buat macam ni" kata pemuda berusia 20an itu.

Buyong melihat tanah sawah yang agak berlumpur itu. Jentera itu tidak boleh di biar tersadai begitu sahaja di situ. Takut nanti tayarnya habis terbenam dalam tanah sawah yang lembut.

Buyong bangun dari bangku pemandu jentera dan terjogol ke luar lalu berteriak kepada ayahnya.

"Ayah! enjin tak mau hidup lah"

Mahat berjalan ke arah anak lelaki sulungnya itu. Kemudian dia pula duduk di sit pemandu jentera penuai dan cuba menghidupkan enjin namun tetap tidak berhasil.

"Aih jentera ni baru ayah selenggara minggu lepas...takkan dah buat hal kot?" kata Mahat.

Buyong melompat turun ke bawah dan memijak tanah bendang di mana jentera itu sedang tersadai kini. Dia terlihat dua orang adiknya yang bermain layang-layang tadi sedang berdiri tercegat dekat sebatang pokok di tepian sawah agak jauh. Ibunya si Mahani sedang berteriak-teriak memanggil dua orang anak kecil nya itu.

"Ani!...Faiz! dah senja ni. Cepat balik rumah"

Dua orang kanak-kanak dalam lingkungan usia lapan dan sepuluh tahun itu memberi isyarat jari dengan menunjukkan ke arah pokok di mana mereka sedang berdiri.

Mahani bercekak pinggang dan memerhatikan saja. Dia dapat melihat layang-layang milik Faiz tersangkut dekat rimbunan pokok terbabit, dan dua orang budak itu sedang cuba melepaskan layang-layang itu semula.

Buyong membiarkan sahaja adik-adik nya dan kembali fokus kepada jentera penuai.

"Habis tu macam mana ni yah?"

"Kita boleh berdoa je lah agar jentera ni tak terbenam dalam sangat. Tapi memang kat petak sawah sini tanah nya lembut sikit. Nanti esok ajalah kita fikirkan masalah ni,lagipun dah senja ni" kata Mahat lalu melompat turun dari jentera.

Buyong menoleh ke arah pokok di mana Faiz dan Ani sedang berada tadi, namun dua orang budak itu telah tiada.

"Eh lajunya budak-budak ni dah balik rumah?"

Buyong dan Mahat pun berjalan pulang ke rumah. Mahani baru lepas mandi. Dia berkemban kain batik keluar dari bilik air sambil mengelap rambut yang basah.

"Bang...Faiz dengan Ani dah balik ke belum?" tanya Mahani.

"Eh bukan budak-budak tu dah balik ke tadi?" soal Mahat yang sedang duduk di meja dapur sambil minum kopi bersama Buyong.

"Aah tadi nampak mereka kat pokok hujung nun tengah tarik layang-layang. Lepas tu lebih kurang seminit kemudian Yong toleh balik tengok mereka dah tak ada kat situ. Ingatkan dah balik" kata Buyong.

"Kalau dah balik mesti ada budak dua orang tu kat depan tengok tv. Tak ada...mereka belum balik lagi" Mahani mengesahkan.

"Eh ke mana pulak budak dua orang tu pergi?" soal Mahat.

Bergegas dia dan Buyong bangun dan ke luar rumah. Mereka berlari-lari ke arah pokok hujung di tepian sawah bendang tu sambil berteriak memanggil nama dua budak itu.

"Faiz! Ani!"

"Faiz! dah senja ni...Ani! balik rumah rumah sekarang! nanti kena sorok dengan momok baru tahu" kata Mahat.

Ternyata helah momok yang biasa Mahat gunakan untuk menyuruh anak-anak nya pulang ketika hari telah senja tidak berjaya di gunakan pada hari ini. Dua orang budak itu hilang entah ke mana.

Mahani menyusul kemudian dan turut membantu suami dan anak sulungnya mencari di sekitar situ.

Apabila tiada juga bertemu,Mahat dan Buyung terpaksa meredah masuk ke petak sawah pula sambil terus berteriak dan memeriksa di setiap ceruk.

Mahani yang berdiri di tepian sawah dengan perasaan gundah-gulana terus berdoa agar dua orang anaknya itu di temui semula. Langit senja kian memerah dan kegelapan akan mengambil alih suasana sedikit masa lagi.

Mahat dan Buyong terpaksa akur pada keadaan. Faiz dan Ani tidak berjaya di temui. Mahani pula sudah teresak-esak menangis kesedihan. Mahat membuat keputusan untuk pergi ke balai polis sahaja membuat aduan kehilangan anak mereka.

"Yong jaga mak kat rumah. Ayah nak ke balai" kata Mahat sambil menyarung topi keledar lalu menyorong motosikal c70 usang miliknya keluar dari garaj.

Puas di henyaknya starter kaki motor itu namun enjin tak mahu hidup juga. Di periksanya ke dalam tangki minyak dan tangki minyak 2t. Semuanya masih berisi penuh. Plug dan minyak hitam pula seminggu dua yang lalu telah di tukar baru. Tiada sebab kenapa enjin motor tidak mahu hidup.

Nak tak nak Mahat pergi pula ke garaj untuk pandu lori ladangnya. Namun perkara pelik yang sama juga berlaku. Enjin lori gagal di hidupkan.

"Apa dah jadi ni? semua kenderaan kita enjinnya tak mau hidup. Pelik betul lah" kata Mahat.

Sedang dia mengeluh dan terus mencuba menghidupkan enjin lori,suatu bunyi yang aneh kedengaran datang dari bendang sawah padi.

Buyong dan Mahani sudah tercegat kat halaman sambil melemparkan pandangan ke sekeliling. Angin senja tiba-tiba bertiup kencang. Gemersik dedaun padi itu saling bergeselan.

Mahat turun dari lorinya dan berjalan mendekati Mahani dan Buyong. Tiga beranak itu kaku bagaikan patung. Tiada suara terbit dari mulut masing-masing. Hanya pandangan terus terpaku ke arah kawasan sawah padi yang terbentang luas di hadapan mata.

Ribuan bahkan jutaan serangga yang di kenali sebagai pianggang  berterbangan bagaikan tsunami. Haiwan perosak tanaman padi itu bergerombolan menuju ke arah rumah Mahat.

"Banyaknya pianggang" kata Buyong.

"Habislah padi-padi kita bang.." kata Mahani.

"Lekas masuk dalam rumah!" kata Mahat.

Tiga beranak itu segera masuk lalu menutup pintu dan merapatkan semua tingkap. Mahat mahupun Mahani dan Buyong saling berpandangan lesu. Misteri gagalnya enjin jentera penuai,motor kapcai dan lori untuk di hidupkan serta kehilangan Faiz dan Ani masih menjadi tanda tanya,kini serangan jutaan pianggang ke atas sawah padi mereka pula menambah kusutkan lagi fikiran tiga beranak itu. Semua itu terlalu aneh bagi mereka. Seolah-olah ada yang tidak kena.

Televisyen di ruang tamu siarannya jadi terganggu terus. Tiada saluran yang dapat di tayangkan dekat kaca skrin melainkan bintik-bintik ralat.

Mahat cuba menghubungi ke balai polis melalui telefon rumah,namun aneh sekali telefon bagaikan tiada talian. Begitu juga dengan telefon pintar yang di gunakan. Hanya amaran pemberitahuan ketiadaan signal yang terpapar.

Hendak keluar rumah terlalu bahaya. Jutaan serangga pianggang itu pasti menyerbu masuk ke dalam apabila saja pintu di buka. Tiada apa yang dapat di lakukan oleh tiga beranak itu selain terus berdoa agar keadaan kembali seperti biasa.

Makan malam terasa hambar dan sunyi-sepi. Tiada sepatah kata terbit dari bibir tiga beranak itu. Buyong mengunyah nasi dan lauk di dalam pinggannya seperti acuh tak acuh sahaja.

Ibunya Mahani langsung tidak mahu menjamah apa-apa. Dia termenung menongkat pipi sambil sesekali mengesat air mata yang mengalir di pipi.

Mahat makan sedikit sahaja. Dia cuba bersikap tenang dan merenung kembali semua yang terjadi.

Agak lama tiga beranak itu berdiam di meja makan sambil melayani perasaan masing-masing sehinggalah Buyong membuka mulut.

"Ayah...mak...adakah semua ni balasan dari sikap kita terhadap pianggang-pianggang yang...."

"Mereka memang makhluk perosak Yong...kita yang bersusah-payah menanam dan membajak sawah...mereka pulak senang-senang muncul dan menikmati hasilnya. Sekarang ni tengoklah apa dah jadi kat luar tu?beribu juta lagi muncul nak menyusahkan kita" kata Mahani memotong cakap anak sulungnya itu sebelum menggeleng kepala kesal. Dapat di bayangkan di dalam fikirannya betapa dengan kehadiran pianggang dengan jumlah luar biasa itu pastilah punah tanaman di sawah padi mereka.

Buyong tiba-tiba bangun dari meja makan dan pergi membasuh tangan di sinki. Sikapnya yang tergesa-gesa itu menimbulkan tanda tanya kepada Mahat dan Mahani.

"Yong...kenapa tergesa-gesa je tu?" tanya Mahat.

Buyong tidak menjawab. Dia masuk ke bilik dan keluar semula bersama sebuah balang kaca dengan penutup yang terdapat lubang-lubang udara di atasnya. Pemuda itu duduk semula di meja makan.

Mahat dan Mahani melihat ke balang tersebut. Ada seekor dua pianggang yang di kurung oleh Buyong di dalamnya.

"Mungkin ini sebabnya mereka marahkan kita mak..ayah.." kata Buyong lalu membuka penutup balang tersebut. Dua ekor pianggang itu di lepaskannya keluar rumah melalui celah tingkap.

Dengan serta-merta bunyi ribuan pianggang di luar rumah mulai berkurangan. Itu turut menghairankan Mahat dan Mahani.

Pianggang-pianggang yang menghurung dekat tingkap rumah dalam jumlah yang luar biasa tadi mulai beredar. Tiga beranak itu kembali dapat melihat suasana gelap malam di luar rumah melalui dalam kaca jendela.

 
"Boleh jadi mungkin benar juga kata Buyong tu bang...kita terlalu ikutkan sangat rasa marah hingga kita sanggup mencaci-maki dan membunuh serangga-serangga tu tanpa belas kasihan setiap kali ia merosakkan padi-padi kita" kata Mahani sambil memandang kepada suaminya.

Tiba-tiba Mahani juga bangun dari bangku meja makan dan pergi ke dapur.
  

Wanita itu datang semula ke meja bersama dua buah karung. Di dalam setiap karung itu ada beberapa ekor pianggang.

Mahat dan Buyong melihat saja karung itu.

"Karung ni Faiz dengan Ani punya. Mah yang galakkan budak-budak tu tangkap seberapa banyak pianggang yang boleh sebelum di masukkan ke dalam karung. Siapa yang dapat tangkap paling banyak,dia akan di kira sebagai pemenang" ujar Mahani dengan wajah sedikit kesal.

Apabila karung itu di buka,kelihatan ada pianggang yang telah mati sementara yang lain kelihatan lemah dan mungkin sedang menunggu masa untuk mati sekiranya mereka tidak di lepaskan semula.

Mahat mengambil karung-karung itu.

"Yong tolong ayah...kita lepaskan semula pianggang-pianggang ni ya?" kata Mahat.

Buyong mengangguk lantas mencapai segelai karung. Dia dan ayahnya melepaskan setiap ekor pianggang itu ke luar melalui lubang tingkap.

Sejurus selesai mereka melakukan hal itu,tiba-tiba kedengaran bunyi seperti mesin yang aneh bergaung dekat tengah bendang sawah. Mahat,Buyong dan Mahani berasa sungguh hairan. Tidak pernah seumur hidup mereka mendengar bunyi semacam itu.

KRIEKK.....

Tiga beranak itu membuka pintu perlahan-lahan dan mengintai ke luar sebelum terkejut melihat ada sesuatu yang amat besar bersaiz sebuah pesawat boeing merangkak-rangkak di atas bendang sawah padi mereka. Ia mempunyai kaki-kaki dan sesungut. Matanya memancarkan cahaya lampu yang berkelip-kelip.

"Ya Tuhan...apa bendanya tu?!" kata Mahani tergamam sambil menutup mulut. Kedua-dua mata nya bulat terbeliak.

"Itu...itu kan pianggang. Tapi kenapa besar sangat macam raksasa?" kata Buyong.

Mahat tidak berkata walau sepatah apa pun. Dia berdiri tercegat sambil terus memaku pandangan ke arah pianggang raksasa itu.

Bunyi yang keluar dari pianggang itu terlalu aneh. Tidak pula seperti bunyi haiwan. Tapi lebih kepada bunyi mesin atau robot. Badannya terapung di udara di pasak oleh kaki-kaki nya yang terbuat dari besi.

Di bawah perutnya terbuka suatu pintu bulat bercahaya-cahaya. Dari cahaya yang menyimbah ke atas permukaan sawah itu dapat di lihat gerombolan jutaan pianggang bagaikan arus tornado berpusar-pusar naik dan masuk melaluinya.

Itu membuatkan tiga beranak itu berasa begitu takjub.

Tiba-tiba dua batang kaki pianggang raksasa itu mulai mengangkat jentera penuai yang tersadai di petak sawah lembut itu naik ke udara sebelum jentera itu di letak ke halaman rumah Mahat.

"Eh dia tolong kita angkat jentera penuai tu yah..mak...kalau macam tu kita tak perlu risau dah kalau jentera terbenam dalam lumpur sawah" teriak Buyong girang.

Mahat dan Mahani mengukir senyuman.

"Tapi...Faiz dengan Ani..." kata Mahani yang kembali resah-gelisah memikirkan kehilangan dua orang anak kecilnya itu.

Mahat tiba-tiba melangkah keluar dan pergi ke tepian bendang sawah dan mulai berteriak sesuatu.

"Wahai pianggang raksasa..kalaulah dua orang anak aku yang hilang itu di sebabkan oleh kamu,tolonglah pulangkan mereka semula ke pangkuan kami. Maafkanlah kami kerana selama ini terlalu membenci kehadiran pianggang di tanah sawah padi ini. Kami akui segala kezaliman kami termasuk membunuh, menghapuskan atau mengurung pianggang-pianggang hingga ada yang mati. Sebagai gantinya.. kamu ambil lah hasil-hasil sawah padi ini sebanyak mana yang kamu mahukan..tapi tolonglah pulangkan anak aku semula" kata Mahat seakan merayu.

Pianggang raksasa itu mengeluarkan bunyi bergaung yang lebih aneh. Mahat kurang mengerti pula maksud nya.

Setelah ternado jutaan pianggang itu di sedut masuk melalui bawah perut pianggang raksasa, pintu bulat itu pun tertutup kembali. Cahaya-cahaya lampu mulai bernyala di segenap tubuh pianggang raksasa.

Kemudian bunyinya mulai rancak seperti enjin pesawat ingin berlepas. Dan beberapa saat kemudian pianggang raksasa itu mulai menjulang tinggi ke langit malam dan berlepas dengan pecutan selaju cahaya sebelum hilang dari pandangan.

Mahat,Mahani dan Buyong masih tercegat menjelangak ke langit. Kaku melihatkan kejadian aneh yang baru berlaku di hadapan mata. Sawah bendang kembali gelap-gelita dan sunyi-sepi.

                        *******

TUKK...TUKK..TUKK..

Pintu rumah yang di ketuk ketika larut malam telah mengejutkan Buyong yang tertidur di ruang tamu.

"Mak...ayah! buka pintu ni"

"Faiz? Ani?"

Bingkas Buyong bangun dan pergi bukakan pintu. Dua orang adiknya yang hilang itu telah kembali.

"Syukurlah kamu berdua dah pulang. Kamu kemana saja Faiz? Ani?" tanya Buyong.

"Kami...kami...err kalau kami ceritakan pun mesti abang,ayah dengan mak takkan percaya" kata Faiz. Ani mengangguk-angguk.

Kata-kata Faiz itu membuatkan Buyong berasa hairan.

"Baiklah..nanti abang panggil mak dan ayah jap. Lepas tu kamu berdua ceritakan pada kami" kata Buyong.

                       *****

TUKK..TUKK..TUKK

Buyong mengetuk perlahan ke pintu bilik tidur ibu dan ayahnya.

"Mak...ayah...keluar lah kejap"

Mahat dan Mahani yang sudah terlena pun lantas terjaga.

"Aaa...ada apa Yong? Kan dah lewat malam ni" balas Mahani.

"Faiz dengan Ani dah pulang ni mak..ayah" laung Buyong dari luar pintu bilik.

"Faiz dengan Ani dah balik?" soal Mahani bagai tak percaya.

"Mak! ayah!" Teriak Faiz dan Ani.

"Oh syukurlah budak-budak tu selamat Mah" kata Mahat lalu merangkak-rangkak turun dari katil.

"Alahai kemana aja lah Faiz dengan Ani tu pergi tadi" kata Mahani sambil mengikat rambut nya dan bergegas keluar dari bilik.

Menurut cerita Faiz dan Ani,sewaktu mereka sedang sibuk menarik tali layang-layang yang tersangkut di batang pokok,mereka menyedari dekat batang pokok itu ada sebuah pintu. Sebagai kanak-kanak mereka berasa hal itu seperti pelik dan menarik.

Apabila pintu itu di sentuh, kedua-dua mereka muncul di dalam sebuah pesawat di penuhi dengan komputer yang canggih-canggih. Mereka terkejut dan ketakutan bila mendapati ada makhluk-makhluk seperti pianggang tinggal dalam pesawat itu. Mereka boleh berjalan malah bercakap seperti manusia.

Skrin mulai memainkan tayangan gambar di mana kedua-dua orang kanak-kanak itu sedang bermain dekat sawah padi sambil menangkap pianggang sebelum di kurung dalam karung.

Makhluk di dalam pesawat itu menyuruh Faiz dan Ani membebaskan kembali pianggang-pianggang tersebut atau mereka berdua harus di bawa pulang ke planet pianggang untuk di adili. Dua kanak-kanak yang ketakutan itu menangis dan berjanji akan melepaskan pianggang itu sekiranya makhluk asing pianggang itu menghantar mereka pulang semula ke pangkuan keluarga.

"Mereka juga suruh kami bagitahu kat abang Buyong supaya bebaskan pianggang yang abang kurung dalam balang tu" kata Ani.

Buyong, Mahat dan Mahani tergamam bagaikan sukar untuk mereka mempercayai cerita dua orang kanak-kanak itu. Namun mereka percaya kanak-kanak sebesar itu tidak pandai berbohong.

"Mereka beritahu kami pintu dekat pokok tu tak sepatutnya kami sentuh dan masuki sebab ia akan menyebabkan enjin-enjin kenderaan dan gelombang di kawasan tempat tinggal kita terganggu. Jadi mereka hantar kami pulang semula ke kawasan sawah padi kediaman kita" cerita Faiz.

"Ani nampak ayah berdiri kat tepi sawah. Waktu tu Ani dengan Faiz duduk kat tingkap depan dalam kapal terbang pianggang. Suara ayah minta pianggang pulangkan Ani dengan Faiz bergema dalam bilik kapal terbang" cerita Ani pula.

"Mereka gembira sebab pianggang yang Faiz dengan Ani tangkap tu dah di bebaskan semula termasuk yang abang Buyong kurung dalam balang. Kemudian mereka bantu angkut jentera penuai tu supaya tak terbenam. Makhluk pianggang hantar kami ke sebuah pintu. Lepas tu kami tak ingat apa-apa dah. Tau-tau bila terbangun kami dapati sedang tidur kat bawah pokok tu. Terus kami cabut lari balik ke rumah"

Mahat,Mahani dan Buyong masih tergamam dengan kisah aneh yang di sampaikan oleh Faiz dan Ani. Walaubagaimanapun perkara yang ajaibnya ialah enjin jentera,motor dan lori mereka sudah boleh di hidupkan semula.

Di bawah langit membiru yang cerah dan damai itu,mereka sekeluarga berdiri tercegat memandang ke arah bendang sawah. Hairan...bagaimana seekor pianggang pun tiada lagi di temui dekat tanaman padi mereka?

Seolah-olah kapal angkasa pianggang raksasa itu telah membawa serangga-serangga itu pulang ke planet asal mereka.

                 *TAMAT*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience