Sindrom Stockholm

Short Story Series 2822

PAMM! Suatu tembakkan mengenai dinding sebuah van yang sedang di naiki oleh beberapa orang. Jeritan kuat bergema. Sebuah kereta polis sedang mengejar van terbabit.

"Tundukkan badan kalian ke bawah! Ada sesiapa yang tercedera ke?" tanya Jaafar yang sedang duduk di sit sebelah pemandu sambil berhati-hati memandang penumpang di belakang.

"Kami semua okey"

"Bagus..jangan angkat badan atau mengintai-ngintai ke luar tingkap pulak. Yang duduk kat sit belakang sekali tolong beralih ke sit depan sekarang. Tembakkan tadi datang dari arah belakang. Yang duduk sit depan tolong bagi ruang sikit untuk orang belakang" kata Jaafar lagi.

Tiga orang yang duduk di belakang merangkak-rangkak pergi ke kerusi depan.

"Sempitlah"

"Alah korang ni..sempit tu sekejap jelah. Daripada nak selesa sangat tapi berlubang-lubang badan kena tembak peluru..nak macam tu ke? Dah..dah..kau orang jangan mengada-ngada sangat. Cuba bertahan dulu sementara kami sedaya-upaya cari jalan untuk lolos dari pihak polis dulu" kata Borhan.

Penumpang van berkenaan semuanya akur. Sementara itu Jaafar pulak berbincang dengan sahabatnya si Din yang sedang memandu van.

"Haduh macam mana ni Din? silap-silap tumpas jugak kita kali ni dengan pihak polis" kata Jaafar yang tembam dan boroi sikit. Misai nya lebat.

"Kau jangan nak merepek boleh tak Pa? aku sedang bagai nak gila pastikan kita bolos dari polis ni. Tak ada siapa nak masuk penjara kau faham tak?" balas Din yang kurus sikit dan memakai topi senget di atas kepala. Ligat dan cekap dia memandu van tersebut. Habis kenderaan-kenderaan lain di potongnya sebelum mencilok ke sana ke sini.

"Aku rasa kita tak sepatutnya culik dia orang ni Din. Tengok.. dah jadi kerja pulak kita nak jaga dia orang"

"Hei Pa..ni semua idea kau tau tak? konon nak buat tebusanlah..apa lah..sudahnya makan diri kita balik. Ceh! ada hati nak menyesal tu" balas Din.

"Yelah..yelah.. susah betul lah cakap dengan kau ni Din"

PAMM!

Satu tembakkan lagi di lepaskan oleh pihak polis sebagai amaran agar van tersebut berhenti.

"Opocot mak kau hijau! Hish teruk betul lah pihak polis ni..agak-agak la nak menembak pun nyah oi!" Jaafar melatah. Dalam pada garang wajahnya yang tembam bermisai tebal tu,suaranya lembut. Kadang Din pun bantai gelak di buatnya. Apa tidaknya...di hujung nada suara Jaafar dah macam mak nyah melenting pun ada.

Penumpang sebanyak lima enam orang kat belakang dah terjerit-jerit panik dan ketakutan.

"Pa kau tengok-tengokkan dia orang ni sikit. Risau pulak aku kalau ada yang jadi mangsa tembakkan pulak nanti" kata Din. Van di pecut lebih laju masuk ke kawasan landasan keretapi.

Jaafar berhati-hati memusing tubuh ke belakang untuk memeriksa penumpang.

"Eh korang tak apa-apa ke ni?amboi terjerit sakan nampak"

"Okey bang...cuma si gedempol ni makan ruang banyak sangatlah. Sempit macam nak tercirit kami di buatnya" kata seorang pemuda kurus-kering bercermin mata dan bergigi jongang.

"Hoi jongang! cakap baik-baik sikit ya. Habis aku nak buat macam mana lagi? Dah memang badan aku gemuk macam ni. Kerusi van ni pun bukan luas pun" marah penumpang yang gemuk gedempol pulak.

"Eh eh ewah bergaduh pulak korang ya? dah..dah..karang aku serahkan kau orang kat pihak polis baru tau" kata Jaafar membebel. Berkerut dahi jongang dan gedempol.

"Siapa penculik dan siapa mangsa culik ni bang?" tanya jongang.

"Alamak...betul jugak cakap kau tu jongang. Aku dengan Din lah penculik. Kau orang mangsa culik" kata Jaafar siap tekup mulut sendiri.

"Hish apalah kau ni Pa? buat malu kompeni je" sindir Din.

Di kejauhan kelihatan keretapi muncul. Van yang mereka naiki lalu di tepian rel.

"Hah cantik! hahaha ini macam barulah kita boleh bolos" kata Din ketawa.

Ketika keretapi semakin hampir, Din cepat-cepat menyeberang landasan rel.

"Aaaaaaaaaa!"

Para penumpang menjerit sekali lagi kerana jarak van dengan keretapi yang meluncur ke arah mereka sudah terlalu hampir. Namun mujur van itu terlepas juga menyeberang sebelum keretapi membelah rel. Dan dengan itu juga kereta polis yang mengejar dari belakang terkadas kerana di halang oleh keretapi.

"Wooohooo!"

Berteriak sakan seisi penumpang dalam van kegembiraan. Ada yang bertepuk tangan memuji keberanian dan kejayaan 'kerja gila' yang di buat oleh Din tadi. Jaafar paling happy. Ketawa berdekah-dekah siap tepuk-tepuk sit.

"Haa.....kan...kan...nasib kau orang agak baik sebab Din yang bawak van. Kalau aku yang bawak tadi kemungkinan dah arwah kita semua" kata Jaafar berlawak.

Bahahahaha

Pecah para penumpang ketawa. Lagi pulak melihatkan karakter Jaafar yang boroi bermisai tebal dan bersuara lembut-lembut itu.

Kereta polis yang terkandas dan terpaksa menunggu sehingga gerabak-gerabak keretapi panjang itu lalu akhirnya terpaksa berputih mata kerana van penculik yang di kejar telah selamat bolos entah ke mana.

                      --------------------------------------

DI SEBUAH GUDANG TERBIAR...

"Haa siapa lagi yang belum dapat makanan dan minuman?" kata Jaafar ketika mengedarkan set bungkusan ayam goreng kfc yang ada di belinya untuk tawanan.

Laju aja si gedempol angkat tangan.

"Eh kau ni gedempol..makan tak baca doa ke? Itu apa pulak bungkusan yang sorok belakang kau tu?" kata Jaafar.

"Eleh gedempol mengencing je kuat. Dia dah dapat bungkusan dia bang Jaafar" kata Jongang.

Gedempol terhenjut-henjut ketawa.

"Amboi...ini kes nak makan double lah ni. Eh gedempol.. orang lain pun lapar jugak tau? dah..makan je bahagian kau tu" kata Jaafar lalu pergi meninjau setiap tebusan.

"Chong...kfc tu okey eh?" kata Jaafar tersengih-sengih dekat seorang pemuda cina.

"Okey abang Japar lohh..terima kasih maa..makan manyak sidap selalu" kata Chong.

"Haa..kan..kan..haha kalau Chong ada tak puas hati dengan layanan kami jangan segan-segan beritahu abang ya?"

"Layanan sangat bagus lorr. Saya tak ada apa mau komplen"

Jaafar tersengih-sengih dan mengangguk-angguk sebelum beredar kepada tebusan lain.

"Ala kuci...kuci...kuci..cakk!" kata Din sambil menggentel geram ke pipi anak kecil yang sedang di pangku seorang wanita yang juga tawanan culik mereka. Ada di suruhnya Jaafar belikan set lampin dan susu keperluan lengkap untuk anak kak Midah.

"Ini anak nombor berapa Kak Midah?" tanya Din kepada wanita berusia lewat empat puluhan tu.

"Anak ke tiga Din. Dua orang lagi ada dengan suami akak. Engkau dengan Jaafar dah kahwin ke belum?"tanya Midah.

"Haih...entahlah kak..penyamun tarbus macam kami ni siapalah yang hendak. Umur pun dah nak masuk empat puluh" kata Din tergaru-garu kepala.

"Lewat dah tu Din. Masih sempat kalau kau dengan Jaafar nak berubah, cari kerja elok-elok. Lagipun akak tak rasa langsung kau dengan si Jaafar macam orang jahat. Walaupun kami ni mangsa culik,tapi kau orang jaga kami dengan baik. Malah akak lebih risau jumpa polis pulak dah. Sikit-sikit nak tembak. Kau dengan Jaafar lah susah-payah nak lindungkan kami dari terkena tembakkan" ujar Kak Midah.

Din jadi serba-salah pulak di buatnya dengan kata-kata Kak Midah.

"Pak Yob kenapa tak makan kfc tu? Sedap tu Pak Yob"kata Jaafar pada seorang pakcik tua yang turut menjadi mangsa culik.

"Biar dululah Pa. Kenyang lagi ni. Tadi punya penangan nasi lemak dan kuih-muih yang kau beli pun tak hilang lagi ni. Hish..lain macam betul lah kau dengan si Din ni" kata Pak Yob yang tersandar kat kotak kabin dalam gudang.

"Lain macam mana pulak ni Pak Yob?" tanya Jaafar.

"Iyelah... kau dengan si Din kan penculik. Aku dengan yang lain-lain ni mangsa culik. Tak pernah di buat dek mana-mana penculik sanggup melayan mangsa culik sebaik kau orang" kata Pak Yob.

"Haa..kan..kan..kami ni penculik yang berperikemanusiaan Pak Yob. Saya dengan Din baru bincang tadi..ingatnya nak hantar Pak Yob dan lain-lain pulang je lepas ni. Lagipun rancangan kami nak jadikan tebusan minta wang dah gagal Pak Yob. Pihak polis pun dah cam muka kami. Lepas kami hantar semua pulang nanti ingatnya kami nak lari keluar negara" kata Jaafar.

"Aku tak nak pulang lah Pa. Kau dengan Din bawak aku sekali boleh tak?" pinta Pak Yob.

"Ish ada pulak macam tu Pak Yob? kami ni penculik...penyagak..tak senonoh sangatlah Pak Yob nak ikut kami"

"Alah..aku balik rumah pun anak aku bukannya suka aku tinggal dengan mereka. Seronok lagi lah aku kena culik dengan kau orang. Mohon teruskan penculikkan ke atas aku ni Pa"

"Err...yang itu berat sikitlah Pak Yob...err saya kena bincang sama Din dulu. Ehehe Pak Yob duduk rehat dulu ya..saya pergi jumpa Din jap"

Jaafar pun jumpalah sama si Din yang sedang lepak kat dalam bilik gudang sambil mencekik kfc macam orang kelaparan tu lalu beritahu hal Pak Yob.

PAKK!

Din tepuk meja macam orang marah.

"Eh kau ni kenapa pulak nak mengamuk tak tentu pasal Din? Yelah...yelah...nanti aku cakap sama Pak Yob...kita terpaksa jugak hantar dia dengan yang lain-lain pulang" kata Jaafar.

"Aku bukan marah pasal tu Pa. Aku pantang betul kalau dengar cerita pasal anak derhaka tak kenang budi mak bapak ni. Hei Pa..jahat-jahat aku pun...tak tergamak aku nak buat macam tu kat bapak aku sendiri tau!"kata Din beremosi.

"Itulah Din..aku pun rasa macam tu jugaklah..hish tak patutlah anak Pak Yob buat macam tu" kata Jaafar dah geleng kepala. Sudahnya dia dengan Din pulak yang termenung menongkat dagu dan berasa simpati sama Pak Yob.

Akhirnya tibalah harinya untuk Jaafar dan Din membebaskan mangsa-mangsa culik mereka. Cuma yang jadi masalahnya sekarang,tawanan mereka pulak macam dah seronok tinggal dekat gudang tu bersama mereka. Malah mereka tak pernah anggap Din dan Jaafar macam orang jahat pun.

Yang lebih memilukan hati lagi,si Pak Yob dan gedempol sampai merajuk tak nak pulang ke pangkuan keluarga mereka.

"Huuu....Uuu....isk..isk..huuuu" sebak betul gedempol menangis. Letih jugak Jaafar nak memujuk remaja gemuk berusia 15 tahun tu.

"Empol...oh Empol...Empol balik ke pangkuan keluarga Empol balik ya..risau mak dan abah Empol kat rumah tu kan...haa kita balik ya Empol.." kata Jaafar siap di tepuk-tepuk dan di gosok-gosok di bahu si gedempol.

"Tak nak...Empol tak nak balik. Empol nak tinggal sini sama abang Jaafar dan abang Din...huuu...isk..isk...selama ni mak dengan ayah tak pernah nak beli kfc untuk Empol. Ayah kedekut...Huu....abang Jaafar jugak yang baik...selalu belikan kfc..huuuuu"

"Empol kena faham Empol..abang Jaafar sama Din bukan orang baik..kami ni orang jahat Empol..kami perompak dan penculik. Empol tak baik buat mak dengan abah sedih kehilangan Empol. Syurga bawah tapak kaki ibu Pol...kedekut-kedekut ayah Empol pun tapi tengoklah..ku semangat.. sampai bulat badan kau Pol..abah tak lokek...abah Empol sayang Empol..dia tak nak Empol dapat obesiti walaupun pada pandangan mata abang Jaafar..Empol memang dah obesiti pun"Jaafar tersengih.

Gedempol berhenti menangis.

"Haa...kan..Empol rindu dah kat mak abah kan?kita balik rumah ya Empol?"

Gedempol mengangguk bersetuju juga akhirnya.

                        *******

"Tapi kalau anak aku tengking-tengking aku lagi macam mana Din?aku tak selesalah dengan mereka. Tapi mana lagi aku nak pergi?"kata Pak Yob.

"Gini Pak Yob...kalau anak Pak Yob buat macam tu lagi..Pak Yob hubungi saya. Nanti saya dan Jaafar datanglah rompak rumah anak Pak Yob..

"Haa?!"

Terbeliak dan ternganga mulut orang tua tu.

"Hish..tersilap cakap pulak ni Pak Yob. Err maksud saya...nanti saya sama Jaafar pergi slow talk sama anak Pak Yob"

"Ohh gitu...elok jugaklah idea tu Din. Bolehlah"

"Boleh Pak Yob ya? Alhamdulillah..akhirnya Pak Yob tergerak hati juga nak pulang ke pangkuan anak-anak..aamin"

Ketika di dalam perjalanan untuk menghantar para mangsa culik pulang ke rumah mereka masing-masing, sekali lagi van mereka telah di kejar oleh pihak polis.

"Aaaaaaaa!"

Macam hari tu jugak.. berlaku tembakkan yang menyebabkan mangsa culik yang berada di dalam van menjerit ketakutan.

"Laju lagi abang Din! kereta polis dah nak dekat tu!" Teriak gedempol,Jongang dan Chong yang sesekali mencuri intai ke cermin belakang.

"Astaga..deme dah standby dua tiga kereta polis tepi bangunan tu Din. Kau pecut belok ke kanan!" kata Pak Yob.

"Apa dia?! hish..tak guna betullah polis ni. Tak aci lah main standby siap-siap pulak" kata Din yang ligat memandu.

"Eh Empol...Chong..Jongang...cukup-cukup lah mengintai tu. Dah..kau orang tunduk bawah sit cepat. Tak selamat ni" kata Jaafar.

Malang nasib mereka kali ni. Van tersebut akhirnya berjaya di blok. Para mangsa culik berjaya di selamatkan. Jaafar dan Din kecundang juga di tangan polis.

                      _________________________

SESI LAWATAN BANDUAN DI PENJARA...

"Haa..Din..Pa...akak masak special untuk kau orang. Makan lah nanti ya" kata kak Midah.

"Fuh! sodip bau masakan ni kak Midah. Terima kasih lah ya banyak-banyak" kata Din.

"Pa...Din...ni aku ada belikan buku-buku sikit untuk hilangkan kebosanan kau orang dalam penjara" kata Pak Yob.

"Fuh terima kasih Pak Yob" kata Din

"Nah,kita orang ada beli buah-buah,kfc, kek,keropok dan rokok untuk abang Jaafar dan Din.." kata Gedempol. Turut hadir ialah Jongang dan Chong.

"Amboi...banyak jugak kau orang bawakan buah tangan untuk kami ni. Terharu aku di buatnya" kata Jaafar yang kini meringkuk di penjara.

Sementara itu warden penjara dan pegawai polis yang sedang mengiring Jaafar dan Din berasa pelik betul. Tak masuk dek akal langsung bila dua orang banduan itu begitu rapat malah di ziarah pula oleh mangsa-mangsa culik mereka sendiri.

               .    ==TAMAT==

[SUMBER WIKIPEDIA:Sindrom Stockholm adalah tindak balas psikologi di mana dalam kes-kes tertentu para tebusan penculikan menunjukkan tanda-tanda kesetiaan kepada penderanya tanpa mempedulikan bahaya atau risiko yang telah dialami oleh tebusan itu. Sindrom ini dinamakan berdasarkan kejadian rompakan Sveriges Kreditbank di Stockholm pada tahun 1973. Perompak bank tersebut, Jan-Erik Olsson dan Clark Olofsson, mempunyai senjata dan menculik pekerja bank dari 23 Ogos hingga 28 Ogos pada tahun 1973.[1] Ketika akhirnya korban dapat dibebaskan, reaksi mereka malah memeluk dan mencium para perompak yang telah menculik mereka. [1] Mereka secara emosional menjadi menyayangi penculik, bahkan membela mereka.[1] Tebusan yang bernama Kristin bahkan jatuh cinta dengan salah satu perompak dan membatalkan pertunangan dengan teman wanitanya selepas dibebaskan.[2] Istilah "sindrom Stockholm" pertama kali dicetuskan oleh ahli kriminologi dan psikiatri, Nils Bejerot yang membantu polis semasa rompakan.[1]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience