LANGIT petang agak kelam dan mendung ketika loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan untuk hari itu.
Taim,murid darjah empat mencelah-celah gerombolan murid lain. Dari kejauhan dia sudah ternampak kelibat ayahnya Tukiman sedang duduk di salah sebuah bangku dekat tepi padang.
Sejak ibunya meninggal dunia kerana sakit leukimia tiga tahun lalu,Taim hanya tinggal berdua sahaja dengan ayahnya.
Setiap hari ayahnya akan datang menjemputnya pulang dari sekolah. Setiap hari ayahnya akan setia duduk menanti di bangku panjang itu.
Rumput padang beralun-alun di tiup angin sejuk menandakan hari akan hujan.
"Abah ada beli air apa tu?" teriak budak lelaki gempal dengan muka bulat dan rambut yang lebat itu ketika semakin hampir dengan bangku yang sedang duduki ayahnya.
"Abah belikan Taim air asam boi sejuk dengan goreng pisang hari ni. Taim nak makan kat sini ke atau balik rumah dulu?" tanya Tukiman yang kurus-keding dan bercermin mata besar. Misai nya lebat. Giginya jongang sedikit. Rambutnya kerinting dan tak terurus. Kemejanya lusuh dan hamis serta memakai seluar panjang yang di lipat dekat hujung kaki.
Taim mendongak ke langit yang mendung. Titisan rintik hujan sudah mulai turun.
"Alah dah hujan pulak bah. Kita balik rumah je lah" kata Taim.
"Nasib baik abah ada bawa payung siap-siap"kata Tukiman mencapai payung yang ada di kepit bawah ketiak.
"Memang tiap-tiap hari pun abah bawak payung bah...jarang abah terlupa" kata Taim tersengih.
Tukiman bangun dari duduk nya sambil menjinjing plastik bungkusan minuman dan kuih serta bungkusan sedikit barang-barang keperluan dapur yang ada di beli.
"Nak buat macam mana Taim...kita bukan orang senang. Abah ada basikal jaguar buruk abah yang satu tu jelah nak hantar Taim pergi dan balik sekolah. Kalau hujan tak bawak payung nanti basah lenjun kita" kata Tukiman.
"Syukurlah bah...Taim gembira je naik basikal dengan abah pergi sekolah hari-hari."
Taim membonceng di belakang sambil memegang payung sementara ayahnya mengayuh basikal jaguar itu.
Ketika basikal yang di naiki oleh dua beranak itu bergelut dengan kesesakkan jalan di hadapan sekolah,beberapa orang murid sekelas Taim yang masing-masing di jemput oleh ibu bapa mereka yang mempunyai kenderaan telah mengejeknya.
"Hahaha Taim naik basikal buruk dengan ayahnya!" teriak seorang murid.
"Ayah Taim kerja dengan lori angkut sampah. Mana mampu nak beli kereta macam ayah kita" sampuk seorang murid lain.
Taim yang berasa marah lalu menghambur dua orang rakan sekelasnya itu balik.
"Hei kalau ayah aku tak pergi kutip sampah kat rumah korang alamatnya kau sekeluarga duduk lah dalam longgokkan sampah busuk! hmmp!" tinggi suara Taim.
"Ish Taim dah lah tu. Biarkan je lah budak-budak tu" tegur Tukiman.
Mujurlah ibu bapa murid-murid tadi segera mencegah anak-anak mereka daripada terus berlaku celupar dan menghina nasib orang lain. Mungkin terasa juga dengan kebenaran kata-kata budak lelaki tembam bernama Taim itu.
Di tengah perjalanan pulang,hujan turun semakin rancak. Setelah tiba di rumah Taim pun mandi dan menukar pakaian sebelum duduk makan pisang goreng dan air asam boi yang ada di beli oleh ayahnya.
Ketika waktu senja hujan turun dengan lebat. Berdenting-denting bunyinya menimpa atas atap zink rumah separa kayu dan batu usang yang di huni. Lepas solat maghrib berjemaah bersama,dua beranak itu duduk saja di atas tikar ruang tamu sambil menonton televisyen. Sambil-sambil itu Taim menyiapkan kerja sekolahnya.
Tukiman meluangkan masa untuk menonton satu dua berita di kaca televisyen sebelum beliau bangun pergi ke dapur untuk masak makan malam.
Hujan yang turun tadi agak lebat sudah beransur reda.
TUKK! TUKK! TUKK!
Bunyi pintu di ketuk oleh seseorang dari luar. Tapi tiada pula salam di beri.
Taim berhenti seketika membuat kerja sekolah lalu bangun dan pergi bukakan pintu.
Seorang lelaki berbadan agak gempal dan tinggi tercegat di luar sambil hisap rokok. Umurnya sekitar tiga puluhan. Dia datang dengan sebuah kereta proton saga.
"Ya cari siapa ya?" tanya Taim.
"Tukiman ada?" tanya lelaki tu dengan wajah acuh tak acuh saja.
Taim melihat ada rantai besar di pakai dekat leher lelaki terbabit. Gayanya pula seperti seorang gangster. Dia terfikir apakah perkaitan lelaki itu dengan ayahnya.
"Abah! ada orang datang cari abah ni!" teriak Taim sambil memandang arah laluan ke dapur.
Seketika kemudian ayahnya si Tukiman muncul.
"Siapa im?" tanya Tukiman.
Taim hanya mengangkat bahu.
Tukiman melangkah ke pintu dan menjenguk ke luar. Tiba-tiba tetamu yang datang itu bertindak di luar dugaan. Dia telah merentap baju Tukiman di bahagian atas dada dengan kasar.
"Bila kau nak bayar habis calar kat kereta aku tu haa?!" sergahnya.
"Astaghfirullah... sabar Encik Badrul.."
BEDEBUK!
Satu penumbuk tepat di hadiahkan ke muka Tukiman yang bertubuh kurus-kering itu hingga beliau terhumban ke lantai ruang tamu.
"Allah!"
"Abah!"
Taim segera meluru mendapatkan ayahnya yang terbaring dengan cermin mata nya remuk serta hidung yang berdarah.
Taim berasa marah melihat ayahnya di perlakukan begitu. Dia segera bangun ingin menutup pintu namun tendangan keras dari lelaki bernama Badrul itu membuat pintu itu kembali ternganga dan Taim tertolak ke belakang hingga terduduk dekat lantai berhampiran ayahnya.
Lelaki tadi berdiri tercegat dekat muka pintu sambil mendengus-dengus kasar. Taim tenung dalam-dalam ke wajah lelaki itu sambil menangis dan memeluk ayahnya.
"Aku bagi tempoh lagi tiga hari. Kalau kau tak selesaikan semua bayaran tu,aku calarkan muka kau balik. Aku bunuh kau faham!" sergah Badrul sebelum beredar pergi.
"Bah kenapa orang tu pukul abah?" tanya Taim sambil teresak-esak memeluk ayahnya.
"Abah...abah tak sengaja dah tercalarkan kereta dia im. Waktu tu abah bawak basikal. Abah ada bawak beberapa keping cermin tingkap yang beli dari kedai apek sebab nak ganti tingkap dapur kita yang pecah tu. Kepingan cermin tu berbalut surat khabar dan abah ikat baik-baik kat belakang basikal. Cuma hujung kepingan cermin tu terjulur keluar sikit dari balutan. Masa petang tu jalan raya sesak. Abah kayuh basikal mencelah lalu tepi-tepi jalan betul-betul sebelah kereta dia. Abah pun dah tersilap agak. Ingatkan basikal abah boleh lepas laluan sempit tu. Rupanya hujung kepingan cermin tingkap yang ikat kat belakang basikal dah menggores panjang kereta dia. Aduh silap abah jugak Taim..terpaksalah abah ganti rugi dia balik. Bukan murah im...dua kali ganda gaji bulanan abah kerja dengan syarikat buang sampah. Setiap bulan abah bayar sikit demi sikit. Tapi dia mendesak abah untuk bayar langsai terus. Mana lah abah mampu im...kita tinggal rumah ni pun nak bayar sewa lagi. Belanja rumah dan persekolahan im lagi...abah tak mampu" kata Tukiman menggeleng kesal sambil mengesat darah dekat hidung menggunakan tisu paper.
"Tapi dia tak patut tumbuk abah tadi! abah bukan nya tak bayar langsung. Abah bayar bulan-bulan. Tengok ni..sampai pecah cermin mata abah. Berdarah hidung abah...isk..isk..isk orang tadi tu jahat!" kata Taim sambil teresak-esak menangis kerana sedih dan hiba memikirkan nasib ayahnya.
---------------------------------------------------
BEBERAPA HARI KEMUDIAN....
Basikal jaguar tua yang di naiki tiba di sebuah tapak pembinaan. Pekerja kontrak agak sibuk dengan kerja masing-masing. Hari ini cuti hujung minggu. Taim yang kebosanan duduk di rumah sibuk nak ikut sekali membonceng di belakang basikal yang di kayuh oleh ayahnya.
"Kat sini ke dia kerja bah?" tanya Taim melompat turun.
"Betul im...abah harap dia puas hati lah dengan bayaran yang abah termampu nak beri hari ni" kata Tukiman sambil menyendal batang stand basikal ke tanah.
Tukiman memanggil seorang pekerja di tapak pembinaan terbabit lalu memberitahu hajatnya mahu berjumpa dengan kontraktor bernama Badrul.
Beberapa minit kemudian muncul lah seorang lelaki tinggi lampai dan bertubuh agak gempal dan sasa memakai topi dan jaket keselamatan dari kejauhan. Taim sudah mencebik bibirnya. Itulah lelaki yang sama menumbuk ke wajah ayahnya sehari dua yang lalu. Dia tidak akan lupa wajah tersebut sampai bila-bila.
"Aku harap kau bayar habis hari ni" katanya dengan suara seperti orang tiada mood memandang ke wajah Tukiman yang selekeh bergigi jongang,bercermin mata besar,kurus-keding dan berpakaian seperti orang tua walaupun umurnya baru awal empat puluhan.
Taim lihat tangan ayahnya terketar-ketar meraba poket kemeja lusuh dan mengeluarkan beberapa keping wang kertas.
"Maafkan saya Encik Badrul. Setakat ini je saya termampu nak bayar buat masa ni..
Badrul main rampas saja wang di tangan Tukiman dan mengira sendiri jumlahnya.
"Mana cukup!" balas Badrul dengan wajah merah padam sambil menjegil wajah Tukiman.
"Sa...saya minta maaf sangat Encik Badrul. Ini pun saya terpaksa meminjam dari orang sikit. Tunggu saya dapat gaji...
"Ahh! aku tak boleh tunggu"
"Jangan begini Encik Badrul. Saya orang susah. Saya rayu berilah saya sikit masa lagi"
"Baik. Aku bagi masa sampai petang karang"
"Ya Allah...mana lah saya nak cekau duit lagi untuk hari ni Encik Badrul..."
"Aku tak peduli dari mana kau akan dapatkan duit tu. Yang aku tahu petang nanti kau mesti datang ke sini semula dan langsaikan semuanya"
------------------------------------------------
Tabung itik yang sekian lama tersimpan di bawah katil Taim pecah kan juga akhirnya. Jumlahnya ada sekitar tiga ke empat puluh ringgit.
"Bah...abah gunalah duit tabung Taim ni dulu" kata Taim sambil menghulurkan semua wang itu kepada ayahnya yang duduk tersandar dekat dinding rumah dengan wajah kecewa dan sedih.
"Eh kenapa im pecahkan tabung itik tu? kan abah dah suruh Im menabung. Itu untuk kegunaan masa depan nanti im"
"Tak apalah bah..nanti boleh menabung balik. Taim tak sanggup nak tengok abah kena pukul orang jahat tu lagi. Abah pun dah tak ada sumber nak dapatkan wang lagi untuk hari ni kan?"
"Alah im...malu sangat abah dekat im. Abah yang iya-iya suruh im menabung. Tapi sudahnya tabung ni im pecahkan sebab nak tolong abah"
"Bah...jasa abah membesarkan im lebih besar dari semua ni. Abah amek lah wang ni"
Petang tu Tukiman pun mengayuh basikal ke tapak pembinaan sendirian pergi berjumpa dengan Badrul. Dia menyuruh Taim duduk di rumah saja kerana bimbang Badrul naik angin dan tak pasal-pasal Taim sekali menjadi mangsa amukkannya. Walaupun Taim sanggup pecahkan tabung simpanannya demi membantu Tukiman namun jumlahnya masih tidak mencukupi seperti yang di kehendaki oleh Badrul. Tukiman sendiri berasa gusar dan tidak sedap hati. Nalurinya berbisik mengatakan pasti ada sesuatu yang tidak baik bakal berlaku nanti.
Masa terus berlalu. Taim yang duduk menanti di rumah sudah resah-gelisah setiap kali menoleh ke jam dinding. Empat jam sudah berlalu. Kenapa ayahnya masih tidak pulang-pulang ke rumah lagi.
Taim hilang sabar. Dek risaukan keselamatan Tukiman, budak lelaki itu akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dan pergi ke tapak pembinaan itu.
Jam sudah hampir pukul tujuh petang. Kawasan tapak projek itu sunyi-sepi. Para pekerja mungkin sudah lama pulang. Taim berkeliaran ke segenap ceruk. Di belakang kawasan terbabit terdapat pula kawasan paya. Di situ pun Taim pergi.
Kali ni Taim terjumpa sebelah selipar yang biasa di pakai oleh ayahnya.
"Bah!...abah ada kat mana?!"teriak budak lelaki itu sambil melilau dalam paya terbabit.
Di balik semak-samun paya Taim terjumpa pula basikal buruk ayahnya.
"Ya Allah...apa dah jadi kat abah ni?"
Dia terus berteriak kuat berkali-kali memanggil ayahnya.
Mata Taim terlihat suatu tong deram yang hampir terbenam setengah ke dalam lubuk paya berlumpur. Hatinya tergerak untuk pergi memeriksa.
Dia berhati-hati mendekati tong deram itu dengan memijak akar-akar kayu kerana kalau tersilap langkah,buruk padahnya. Lumpur itu bagaikan tanah selut yang menyedut apa sahaja ke dalam lubuk paya.
Bagai hendak gugur tangkai jantung budak lelaki itu tatkala melihat ayahnya si Tukiman telah di sumbat lalu di simen dalam tong tersebut seluruh badan. Hanya mata dan hidungnya sahaja kelihatan di permukaan.
"Abah!...abah...."
Taim teresak-esak menangis hiba. Dia melihat sepasang mata ayah nya di sebalik cermin mata besar itu di genangi air mata.
"Abah...Taim akan bunuh orang jahat yang buat kat abah macam ni. Taim akan bunuh dia! Taim akan simen dia macam mana dia simen abah" kata Taim dengan air mata yang galak.
Budak lelaki berusia sepuluh tahun itu mengerah seluruh tenaga cuba menghalang tong deram tersebut dari terus di telan selut lumpur paya tapi apakan daya kudratnya agak terbatas.
Tong deram itu terus tenggelam ke dalam mulut paya. Dan itulah kali terakhir Taim melihat ayahnya Tukiman.
Taim berdiri tersedu-sedan agak lama. Dia termenung panjang sambil mengesat air matanya.
Hukum dunia memang tidak adil. Badrul di tangkap kemudian di bebaskan semula kerana polis ketiadaan bukti kukuh untuk menyabitkan kesalahan ke atas beliau di tambah dengan ketiadaan saksi.
Bertahun-tahun Taim di besarkan dekat rumah anak yatim. Pernah dia melarikan diri beberapa kali. Kemudian pulang semula. Dia bukan lari kerana tidak selesa,tapi sekadar ingin memastikan bahawa dia tidak terputus jejak dengan Badrul,si lelaki yang bertanggungjawab membunuh arwah ayahnya dengan kejam.
-------------------------------------------------------
DUA PULUH TAHUN KEMUDIAN.
Kereta yang di pandu Taim berhenti dekat sebuah kaki lima. Dia kini seorang lelaki berusia tiga puluhan. Ada seorang pengemis lelaki berusia pertengahan lima puluhan duduk di kaki lima menagih simpati dan sedekah orang ramai di situ.
Pengemis lelaki ini telah lama Taim ekori. Bertahun-tahun lamanya. Dari kisah silamnya selaku kontraktor berjaya sehinggalah kehidupan lelaki itu musnah gara-gara judi dan rasuah,malah lebih berat dari itu ialah membunuh!
Taim perhatikan lelaki itu dari dalam keretanya. Dahulu lelaki itu tubuhnya gempal dan sasa serta tinggi lampai serta bergaya. Sehingga calar di kereta pun boleh buat beliau melenting bagai orang hilang akal.
Hari ini lelaki itu bukan siapa-siapa melainkan sampah buangan di kaki lima. Tubuhnya juga telah susut. Rambut juga sudah kelihatan uban-uban.
Begitulah roda kehidupan yang terus berjalan dan berpusing. Memang aneh dan misteri bila di fikirkan tentang hal itu. Tapi di situ jugaklah terletak nya sebuah keadilan. Pokoknya bersabar menantikan saatnya kan tiba juga. Dan saat itu ialah hari ini di waktu kini.
Pantas Taim keluar dari kereta dan menghampiri lelaki pengemis terbabit.
"Encik.... tolonglah sedekah sikit pada saya" kata si pengemis.
Terus Taim beri wang sekepuk. Terketar-ketar tangan pengemis itu menerima.
"Terima kasih banyak Encik... terima..
Sepantas itu juga Taim rampas kembali kepuk wang itu dengan kasar dan masukkan semula ke dalam jaket bajunya. Alangkah terkejutnya si pengemis itu melihat kelakuan Taim.
"Kenapa buat begini Encik?..."
"Berapa banyak lagi hutang akibat calar kereta kau yang ayah aku kena bayar?"
"Hutang calar kereta? Apa Encik cakap ni?Saya tak faham Encik..."
"Tak apa lupakan lah tu. Kau lapar tak? aku belanja kau makan sedap-sedap nak?"
Dalam kehairanan melihatkan sikap Taim,pengemis itu akhirnya mengikuti juga. Taim memandu ke kawasan paya di mana arwah ayahnya di simen dalam tong deram sebelum di humban tanpa perikemanusiaan oleh sang pengemis yang bernama Badrul itu.
"Kau ingat lagi paya ni?" tanya Taim.
"D...dulu aku pernah kerja kontraktor binaan kat sekitar berhampiran ni Encik"
"Bagus. Aku harap lelaki yang naik basikal dengan anak dia tu pun kau masih ingat lagi ya?"
Berkerut dahi Badrul.
"Waktu bila tu Encik?"
"Alah waktu lelaki tu tercalarkan kereta kau dulu. Takkan tak ingat?"
Badrul terdiam agak lama.
"Kenapa diam? dah bisu pulak dah?"
"Sungguh-sungguh saya tak berapa ingat lah Encik"
"Alah lelaki yang pakai cermin mata besar,rambut kerinting...tubuh dia kurus-keding je. Dia pakai selekeh je selalu. Naik basikal Jaguar tua. Anak dia sekolah darjah empat bonceng kat belakang. Tak ingat?"
"Minta maaf banyak-banyak Encik. Tak ingat saya. Langsung dah tak ingat"
Taim pun keluar dari kereta bersama si pengemis tu. Di suruh nya Badrul duduk atas tanah lalu di pakaikannya cermin mata.
"Nah amek wang ni. Cuba kau kira berapa jumlahnya"
Di saat tangan Badrul terketar-ketar mengira wang,Taim terajang kuat-kuat ke muka lelaki itu hingga pecah cermin yang di pakai.
"Aduhh....kenapa Encik buat macam ni pada saya? Zalim ni Encik. Saya ni orang susah. Saya fakir miskin" kata Badrul sebak hingga menangis.
Taim lempar sekeping foto gambar dia dan ayahnya kepada Badrul.
"Sekarang kau tengok foto tu! Kalau kau tak ingat jugak,aku tikam kau cukup-cukup!"
Lama Badrul menatap sambil menangis.
"Kau ingat ke tidak sekarang?"
Badrul mengangguk-angguk.
"Aku bersalah dengan lelaki ni Encik. Cerita ni dah lama. Waktu tu aku muda,panas baran dan suka ikutkan perasaan sangat" kata Badrul.
Taim rentap rambut Badrul dan hempas mukanya kuat-kuat dekat batang pokok. Meraung pengemis berusia lima puluhan itu kesakitan. Darah meleleh-leleh dari hidung dan dahinya.
Dia merayu-rayu minta belas kasihan pada Taim.
"Kau bangun sekarang! sekarang! mana dia panas baran dan lagak sanseng engkau yang dulu tu?mana?!" herdik Taim kuat-kuat.
"Tolong aku Encik. Aku dulu muda. Sekarang ni dah tua. Aku rayu tolonglah jangan buat begini Encik" kata Badrul sambil teresak-esak sebak.
"Waktu muda dulu kau tak reti belas kasihan ya? Kau pukul ayah aku! kau ugut dia. Kau bunuh dia dengan cara simen dalam tong deram?" jerkah Taim dalam keadaan menyinga-nyinga marah.
"Tapi aku dah dapat balasan"
"Ah itu tak cukup!"
Taim buka bonet kereta. Pasir dan simen semua nya telah di siapkan awal-awal lagi. Simen di bancuh depan Badrul yang sedang menggelepar kesakitan dan ketakutan.
"Maafkan aku sebab bunuh ayah Encik... maafkan aku..tolonglah lepaskan aku Encik" rayu Badrul yang terketar-ketar ketakutan.
Taim buat bodoh sahaja. Sebuah tong deram juga telah di sembunyikan nya dekat kawasan paya itu awal-awal lagi.
"Arghhhhh!"
Jeritan Badrul memecah suasana.
PRAK...PRAKK..PRAKK..
Tulang kedua-dua tangan dan kakinya di patah-patahkan tanpa belas kasihan oleh Taim.
"Kau mampus sekarang Badrul!"
Lelaki pengemis itu di sumbat nya ke dalam tong deram lalu di simen. Hanya wajah lelaki itu di dongakkan ke atas. Seperti mana Badrul pernah lakukan kepada Tukiman dulu begitu jugalah Taim memperlakukannya.
"Uuuuu..uuuuu....uuuuu"
Suara Badrul tidak dapat keluar dengan perkataan kerana telah di simen. Hanya kedua mata dan hidungnya sahaja tidak di simen. Air mata kesalan bergenang-genang. Tapi apakan daya...nasi sudah menjadi bubur.
Setelah kering bancuhan simen itu,Taim pun menggulingkan tong deram itu ke lubuk lumpur paya. Dia berdiri tercegat sehinggalah Badrul dan tong deram itu selamat di telan ke dalam mulut paya dan hilang dari dunia.
(TAMAT)
Share this novel