Reputasi yang Jatuh

Short Story Series 2822

LECAK dan air kotor yang mengalir separas buku lali dalam pembentung bawah tanah diredah dengan langkahan kaki. Sebenarnya keadaan dalam  terowong sistem pembentung paip itu tak lah teruk sangat. Rupanya di sepanjang laluan ada di lengkapi lampu-lampu kalimantang yang terang-menyala buat menerangi keadaan.

Hero pun terus melangkah longlai. Tubuhnya kurus-keding. Umur sudah lewat dua puluhan. Rambut serabai. Pakai spek dengan gigi hadapan yang agak jongang. Sepasang*glove*boxing masih bersarung di kedua tangan. Dia berseluar pendek dan memakai singlet.

Malam ni Hero kecundang lagi. Angan-angan untuk menjadi juara dalam pertandingan tempur jalanan haram yang di sertai berkecai lagi seperti malam-malam yang lalu juga.

"Eleh..blahlah! ingat aku ni lembik sangat ke? Esok lusa belum tentu lagi aku takkan menang"Hero mengeluh dan merungut sendirian.

Tinju boksing di layang-layang ke udara sambil terus melangkah meredah lecak dalam pembentungan. Hidup zaman kini memang semakin sulit dan mencabar. Dek kerana kos kehidupan yang kian meningkat,Hero akhirnya membuat keputusan untuk tinggal dan menghuni di dalam sistem pembentungan bawah tanah.

Rupanya Hero tak bersendirian. Ramai lagi gelandangan yang tinggal kat dalam tu. Dah jadi meriah pulak. Macam-macam pe'el dan ragam manusia ada. Sistem terowong pembentungan bawah tanah pula luas dan berbelit-belit jalannya. Mereka bebas hendak tidur di mana-mana ikut mereka punya suka. Lagipun ada banyak tembok-tembok yang sesuai untuk di jadikan tempat tidur.

Hero terus melangkah dan melangkah. Di lihatnya gelandangan tidur merata-rata. Biasanya mereka gunakan kotak terbuang untuk di buat alas tempat tidur. Ada yang di kenali dan ada juga yang tidak di kenali.

Dari kejauhan sayup-sayup kedengaran bunyi tiupan saksafon. Sedap dan merdu tiupannya menandakan si peniup saksafon adalah seorang pemuzik berbakat. Hero pun tersengih. Bukan tak tahu siapa yang sedang meniupnya. Semua warga penghuni pembentungan bawah tanah kenal dengan Ali Mamu.

Selepas melalui beberapa laluan terowong,akhirnya Hero pun sampailah kat ceruk pembentung yang di huni oleh Ali Mamu yang ketika itu di lihat sedang galak meniup saksafon.
Bukan main lagi gaya Ali Mamu. Siap berjubah pijama mewah lip-lap macam Dato'-Dato' dan Tan Sri kaya nak tidur malam. Walhal tinggal dalam pembentung paip je kot.

Lucu benar Hero menengokkan gaya mamak penang separuh abad itu. Tak padan kulitnya hitam legam,kepalanya pula botak tengah. Tinggallah rambutnya yang dah putih tu sejemput di sideburn kiri dan sejemput lagi di sideburn kanan.

"Kihkihkih"Hero ketawa.

Langsung tiupan saksafon Ali Mamu terhenti. Dia pun tertoleh-toleh.

"Hish! kambing sapa pulak dok terlepaih kat dalam pembentung ni? Siap dok ketawa-ketawa pulak. Kuang asam betoi lah"

"Kohkohkoh"Hero ketawa sampai tepuk-tepuk ke perut dan geleng-geleng kepala.

"Caitt! hang ropanya Man! Mati-mati aku dok ingat ada kambing terlepaih mai tadi"

"Hero..hero...apa daa Man"kata Hero.

"Caitt! hang toksah nak propa sangat la..nama dalam ic pun buh Herosman bin Sameon. Tinju jalanan yang hang masuk tu pun satu kali pun hang tak pernah menang..hero konon..hero apa hero.."

"Aih cenggitu le gamaknya Encik Ali..memang malang beno nasib teman"Hero dah garu-garu kepala.

"Awatnya? ni malam kalah lagi kaa?"

"Kalau menang,tak mari le teman ke sini"

"Kehkehkeh..hang give up saja lah Man. Hari-hari hang balik,hanya plaster saja yang aku tengok penuh dok tampai tang badan. Woi Man..esok lusa tulang hang pulak berterabuq taih lantai taw kaa?"

Hero duduk tercangkung atas tembok sambil kedua tangan menongkat ke pipi kiri dan kanan.

"Tak boleh nak give up lah Encik Ali. Ini mata pencarian tau"

"Aih..suka hati kat hanglah Man"

"Ai Encik Ali kenapa masih tinggai kat dalam penbentung ni ya?"

"Apa aku tak di benarkan tinggai sini ka?"

"Bukanlah macam tu..iyelah Encik Ali kan peniup saksofon tersohor. Kerja pun sebagai pemuzik di hotel. Malu lah kat orang kalau tau Encik Ali tinggal dalam saluran pembentungan macam ninja turtle..kihkihkih"

Giliran Ali Mamu pulak duduk tercangkung menongkat ke pipi. Ketara benar ada masalah yang sedang di hadapinya.

"Haa laa..malu memang malulah Man..orang hanya nampak aku sebagai pemuzik tersohor di hotel mewah saja..tapi depa tak taw yang aku ni sebenaqnya hidup pokai saja memanjang.."ujar Ali Mamu.

"Dah kenapa pulaknya?"

Lama mamak Ali tu tertunduk. Panjang pulak tu menungannya.

"Hutang punya pasai lah Man..aku berhutang ribu riban. La orang ramai cari aku pasai tak bayaq hutang. Ah long pun cari aku. Aku tak dan dah mau hadap depa..lebih baik aku tinggai dalam pembentung saja serupa ninja turtle"

Begitulah kisah Ali Mamu. Siang esok melaram lah mamak tua tu pakai seperti seorang seniman. Siap rambut afro palsu,misai dan spek mata hitam buat melindungi identitinya agar tidak dapat di jejaki oleh orang-orang yang pernah memberi hutang kepadanya.

                 -----------------------------------------------

KTING! TING! loceng pemula pun di bunyikan. Hero dan lawannya Joe Bro mulai saling asak-mengasak. Gelanggang tinju jalanan haram itu di adakan dekat sebuah kawasan keretapi terbengkalai. Para penontonnya dalam belas-belas orang je.

Zass! Zass!

Laju dan pantas Hero menghayun tinju demi tinju. Lawannya sekadar bertahan dengan sarung boxing yang di buat sebagai penghadang. Lama-lama Hero sendiri yang keletihan dan hilang banyak tenaga.

Tak bertangguh Joe Bro pun mengambil giliran membuat serangan. Bertubi-tubi peninjunya hinggap ke muka Hero.

"Yearhhh!"

PUMM!

Hayunan tinju yang terakhir sekali telah menyebabkan Hero tertiarap dan tidak bermaya lagi. Dia pun terpaksa mengangkat bendera putih.

KTING! TING! TING!

Pengadil pun mengumumkan kemenangan buat Joe Bro. Penonton menyorak nama Joe Bro berulang kali. Lawan kepada Hero telah membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM lima ratus.

Gara-gara*match*malam itulah Hero terbungkang dekat seminggu dalam pembentung dengan mata dan bibir yang lebam-lebam. Tapi mujurlah warga penghuni pembentung banyak yang bersimpati dengan Hero.

"Aduhh!"

Bukan main ngilu rasanya gusi dan gigi Hero saat hendak mengunyah roti yang baru di jamah sedikit. Penangan Joe Bro seminggu yang lalu sampai sekarang masih berbisa. Langsung roti di letakkan semula ke pinggan. Hero hanya mampu meneguk segelas air susu sahaja sebelum terbaring kembali di atas tilam nipisnya.

"Ceh! Memang betul kata Encik Ali. Dah tiba masa untuk aku*give up*je kerja main boksing ni dan cari kerja lain"kata Hero.

Bila dah sembuh dari lebam-lebam di wajahnya,Hero pun di ajak oleh Ali Mamu kerja sebagai pemuzik tempelan dengannya di hotel.

"Hish tak pernah-pernah aku main muzik Encik Ali..manalah aku reti"kata Hero.

"Alah hang gheja pemuzik tempelan saja Man"

"Macam mana pulak tu?"

"Kehkehkeh itu senang saja. Gheja hang selaku tokang ketuk cymbal saja. Woi Man..itu macam punya tugaih jangan kata orang tak dak bakat..natang ghebau bajak sawah pun gheti hang taw kaa"kata Ali Mamu.

Keesokkannya Hero pun di bawa oleh Ali Mamu ke hotel tempat beliau bekerja lalu di perkenalkan dengan manager dan ahli kumpulan pemuziknya yang di kenali sebagai The kugiran's yang di sertainya.

Dish! Dish! Dish! Dish!

Hero di ajar cara bagaimana mengetuk natang cymbal tu.

"Kohkohkoh macam ni punya senang kerja pun ada ya?"kata Hero.

"Haa laa..kehkehkeh..itu pasai takdak pemuzik yang minat sama ini gheja..pasai terlampau mudah dan membosankan. Akan tetapi hang akan di bayaq komisen paling sikit pun RM 50 setiap hari"

"kihkih kalo dah cenggitu teman setujukan terus le. Lima pulo hinggit kira banyak juga tu. Teman main boksing dah dua tiga minggu sesen pun tak dapat..kihkihkih teman setuju le Encik Ali and The Kugiran's"

Maka bermulalah profesyen baru Herosman sebagai ahlul muzik bersama Ali Mamu. Kerja pun sebelah malam je. Pakai sikit punya rugged. Lip lap lip lap macam seniman ternama siap jambul dan cermin mata gelap. Belah siang dah boleh membuta puas-puas kat dalam pembentung paip bawah tanah.

MALAM cukup meriah di dewan persembahan hotel. Seperti biasa The Kugiran's menghiburkan para hadirin. Herosman pun dah makin menjadi-jadi gayanya. Sambil ketuk cymbal pun boleh menari. Ali Mamu tak usah cakaplah. Khayal siapa yang mendengarkan tiupan saksofon nya.

Dalam ramai-ramai penonton tu,Herosman dan Ali Mamu tidak menyedari bahawa ada seseorang sedang memerhatikan gelagat mereka. Orang yang seorang ini rupanya mempunyai firasat yang mendalam dalam mengesan dan mengenali identiti seseorang yang menyamar berdasarkan gerak tubuh mereka.

"Aku rasa macam kenal je beruk dua ekor ni. Tapi aku kena pastikan dulu betul-betul. Takut silap orang je"kata orang itu. Badannya macho dan tegap. Hisap curut besar.

SEKEPUK wang tiba di tangan Herosman. Inilah malam yang paling lumayan bayaran di terimanya berbanding dengan malam-malam sebelum.

"Kehkehkeh..kan aku dah habaq kat hang..ini gheja lumayan taw kaa. Coba hang kira sat..berapa banyak hang dapat?"kata Ali Mamu.

Tersengih-sengah Herosman pegang wang berkepuk. Sampai nampak gusi. Gigi jongangnya dah patah kena tinju dek Joe Bro dulu.

"Kohkohkoh..tiga ratuih ni Encik Ali. Gila betul lah. Kalau tau dari dulu lagi teman dah aply kerja ketuk cymbal ni. Tak perlulah nak patah-patah gigi, lebam bibio dan bengkak mata kena tibai sama Joe Bro dulu"

"Caitt!"kata Ali Mamu.

"Aih..awat tetiba bercaitt-cait pulok ni Encik Ali?"

"Haa laa..apa nama yang hang dok sebut tadi? Aku ghasa macam kenai sangat nama tu taw kaa"

"Siapa?"

"Alah yang kata dok tinju gigi hang tadi laa.."

"Ohhh Joe Bro ke?"

"Haa laa! Itulah dia walaun samseng yang dok mai simbah cat tang rumah aku dulu. Bapak dia lah tok kepala ceti paling haram jadah di seantero dunia hang taw kaa! Depa punya pasai la aku sampai cabut lari tinggai dalam pembentung paip seropa ninja turtle sampai ke la. Caitt! natang punya samseng"

"Kohkoh kecik je dunia ni rupanya Encik Ali. Tak sangka pulok ropanya kita bukan setakat berkongsi profesyen yang sama..musuh pun orang yang sama"

Setelah jauh meninggalkan hotel,Herosman dan Ali Mamu pun menyelinap ikut laluan lorong belakang sebelum menemui longkang besar terbengkalai yang akan membawa mereka ke dalam saluran terowong pembentung bawah tanah.

"Caitt! pakaian ahli muzik kita misti kasi tanggai dulu kat sini Man..takut nanti kena pulak ayaq pembentung kat dalam nun..kotoq dan busuk lah baju sensasi kita ni kehkehkeh"

"Kohkohkoh betul tu Encik Ali"

Pakaian rugged mereka sebagai pemuzik hotel pun di lucutkan. Ali Mamu asyik ketawa geli hati. Rambut palsu afro dan misai tebalnya pun di lucut sekali. Berkilat kepala botak licin mamak penang tak semenggah tu. Haih!

Rupanya dalam tak sedar,mereka berdua telah di ikuti oleh seseorang. Dia adalah orang yang sama berada di hotel tadi. Siapa lagi kalau bukan Joe Bro si lawan tinju Herosman yang juga samseng upahan ceti haram yang banyak menyusahkan hidup Ali Mamu.

"Heh..kan aku dah agak..Hero dengan Ali Mamu rupanya beruk dua ekor yang main muzik kat hotel tadi. Ceh! kat sini korang tinggal ya..busuk punya seniman hotel. Mati-mati penonton sangkakan kalian mestilah kaya duduk rumah mewah..rupanya indah khabar dari rupa..hampeh!  Ninja turtle betul lah..hahahaha"

Herosman dan Ali Mamu bukan setakat di ekori sampai ke longkang besar itu saja,malah sampai ke dalam sistem terowongan pembentungan paip bawah tanah. Tak pasal-pasal 'kediaman rasmi' mereka telah di ketahui oleh Joe Bro.

Di lihatnya Herosman tidur beralaskan tilam nipis cabuk dan sebiji bantal yang kusam di atas lantai tembok pembentung. Beg bajunya pun usang.

"Ceh! Hero apa macam tu..tinggal dalam pembentung..tidur atas tilam nipis cabuk. Beg baju pun tak semenggah"fikir Joe Bro.

Kemudian di intai lah pulak Ali Mamu yang menghuni dekat atas tembok dekat lorong pembentung lain.

Mamak botak licin ahlul saksofon berwajah hitam legam tu pulak tidur atas tilam spring siap cadar mewah. Tidur pun pakai jubah pijama macam orang kaya. Sambil baring pun tiup saksofon lagi. Yang tak bestnya kain baju dia pakai sidai merata kat tembok dah macam apa entah. Spender paling banyak di jemur. Semuanya spender warna putih.

"Ceh! tak padan hitam legamlah mamak hutang keliling pinggang sekor ni...spender warna putih je semua"

Tiba-tiba Joe Bro mendapat satu akal.

"Hahahaha tau lah nasib kau nanti Hero..Ali Mamu"

MALAM tu The Kugiran's seperti biasa membuat persembahan di hotel. Mereka di fahamkan bahawa akan ada pertunjukkan silap mata sebagai hiburan selingan di tengah-tengah persembahan muzik The Kugiran's

Setelah puas mempamerkan kehandalannya memainkan saksofon solo,Ali Mamu pun berucap di mikrofon.

"Kehkehkeh..terima kasih kepada semua yang ada pada malam ini. Sekarang tibalah masanya untuk pertunjukkan selingan yang di janjikan..di persilakan.."

Seorang ahli silap mata berbadan macho bermisai tebal naik ke pentas. Semua penonton tahu ahli silap mata itu hanya membuat gimik sahaja dengan misai tebal dan cermin mata hitam yang di pakainya untuk melindungi identitinya.

Apabila dia mengetukkan tongkat saktinya ke sebuah layar,lalu terbukalah tirainya.

Wooohoooooo!

Para penonton bersorak sambil tepuk tangan.

Apabila tirai habis di buka,maka terdedahlah segala apa yang ada di sembunyikan. Penonton pun jadi riuh-rendah dan tercengang-cengang.

WHOAAAaaAaaa??!

Apa yang mereka saksikan ialah dua buah tilam. Satu tilam spring cabuk dan satu lagi tilam nipis kusam. Turut terpamer ialah beberapa helaian spender warna putih,beg baju buruk dan macam-macam lagi.

"Caitt! pasai pa aku rasa macam kenai saja itu tilam spring cabuk?"Ali Mamu dah bercekak pinggang.

"Hish teman pun rasa macam teman kenal je tilam nipis tu..itu bukan tilam tidur kita kat dalam pembentung ke Encik Ali?"kata Herosman.

Terbeliak besar biji mata Mamak Ali. Boleh jatuh reputasinya kalau orang tau bahawa pemuzik saksofon tersohor sepertinya tidur guna tilam spring cabuk macam tu.

"Caitt! natang mana pulak dok punggah tilam-tilam busuk kita mai sini Man? Caitt! ni macam buleh terbongkaq rahsia kita taw kaa?"

Herosman dah cuba sedaya-upaya untuk tak mahu ketawa,tapi benda dah nak terlepas jugak nak buat camne kan..

"Kohkohkohkoh!"

"Caitt! hang jangan nak ketawa-ketawa Man. Itu tilam bacin kita yang punya. Woi Man..mana mau letak muka lepaih ni.."

Berdekah-dekah para penonton ketawa.

Terus Ali Mamu dan Herosman melompat naik ke pentas dan berusaha menutup kembali tirai layar tersebut.

"Haih..tirai ni pun jammed ke? Asal tak boleh nak tarik ni Encik Ali"

"Haa laa..mungkin kita kena suh itu natang pemain silap mata kasi ketuk tongkat dulu semula"

"Hish karut tol lah"

Tiba-tiba mari je suara pengumuman.

"Tuan-tuan dan puan-puan..maka dengan itu selesailah sudah pertunjukkan silap mata saya dalam menjelmakan tilam-tilam tidur milik saksofonis tersohor kita iaitu Encik Ali Mamu dan pemain cymbals iaitu Encik Hero. Mereka juga adalah penghuni di dalam terowong pembentungan paip bawah tanah. Usah tuan puan terpedaya dengan ketersohoran seniman walaun dua ekor ni..saya ada buktinya yang mereka hidup seperti ninja turtle"

"WHOAAAAAaaaaaaa! Betul ke tu?!"

Kecoh betul suasana.

"Caitt tak dak betui tu semua..itu bukan tilam spring aku taw kaa..aku tak kenai sapa punya tilam bacin yang hang bawak mai ni wahai natang"Encik Ali masih mau menafi.

Tiba-tiba ada je tangan pi tarik rambut palsu afro Ali Mamu. Habis terbongkarlah sudah identiti sebenar mamak hitam legam berkepala botak licin tengah tu di hadapan para penonton.

Bahahahahaha hahahahaha

Berdekah-dekah penonton ketawa.

Saksofon Ali Mamu terlepas jatuh. Dia pun terlutut atas pentas.

"Caitt! Jatuh reputasi aku! Huwaaaaaaaaa!"

Menangis tak berlagulah jawabnya si Ali Mamu. Itulah hari terakhir dia dan Herosman bekerja sebagai ahli muzik di hotel terbabit.

                          (TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience