Cahaya Pertama

Other Series 2084

Sebulan selepas Pokok tumbang ke tanah.

"Lala pergilah ke teater tu, kakak dah belikan tiket. Makcik, makngah, Syu dan juga Nur akan pergi juga." Aku beritau adikku.

"kakak kenapa tak pergi?" tanya Lala.

" I kan ada baby. Takpalah, you pergi ....kakak tumpang happy." Aku jawap.

"Kakak, you pergilah. I jaga baby malam nanti."

"BETUL KE?!" Aku senyum lebar.

"Ye."

-----

21 Disember 2018 : Teater Mona ke Daerah M

Malam.

Hati aku menari-nari di dalam sangkarnya.
Seperti penerbangan rama-rama.

Cahaya memancar dari bangunan Dewan Budaya d an Pustaka.

Teater saja bukan?

Selalunya aku pakai biasa-biasa sahaja jika ke panggung wayang malam. Ye lah, lepas midnight movie -- tidur.

Tapi untuk malam ini, aku seperti remaja perempuan yang akan jumpa si teman lelaki. Baju dan skirt dipilih dengan teliti, muka disolek, rambut disyampu dan pengering rambut digunakan selama 20 minit.

"Sofea nak cari suami lah tu..." kata ibuku pada makcik aku.

-----

Kereta di hentikan. Tangan aku menggigil mengeluarkan kunci. Gila.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam auditorium yang masih bercahaya bersama-sama sedara maraku.. setiap langkah ke atas tangga ke arah tempat dudukku...ditemani guruh, tangga bergegar dengan setiap degupan jantungku.

Gila. Gila. Gila. Kemaruk cinta apakah ini?

Aku duduk bersama-sama penonton lain dan cahaya di dalam auditorium dimalapkan.

Dan dia mungcul seketika di tangga -- mungkin mau melihat penuhkah tempat-tempat duduk di bahagian auditorium ini.

Hati aku melonjat girang.
Kacak.

Pelangi muncul; burung-burung berkicauan,
aku terapung.

Agaknya macam inilah rasanya wanita-wanita muda melihat idola k-pop mereka dari jarak dekat.

Dia.

Sudah lama aku ikuti perkembangan hidupnya di Fac. Sejak aku masih bujang dulu.

Dia membuat kelas tambahan percuma. Dia membawa buku-buku baru ke kawasan pendalaman dan membina perpustakaan-perpustakaan kecil. Dia muncul di forum-forum membincangkan hal-hal pendidikan.

Dia merupakan sebahagian yang menjayakan teater lakonan kanak-kanak yatim piatu.

Dia juga duda.

----

Tirai diturunkan.
Penonton-penonton keluar dari auditorium dan ke ruang tengah.

Seniman dan seniwati bergambar dengan penyokong-penyokong acara ini.

Wanita cina berambut pendek yang berdiri didepan aku memandang ke arah dia. Mata wanita itu bersinar-sinar.

Bukan aku seorang.
Tentu ramai lagi yang minat si hero ini.

Aku malu untuk untuk memandangnya. Jeling beberapa saat saja.

Dalam masa beberapa saat itu, ada bisikan pelahan dari hati aku.

"Itulah suamiku (dimasa depan)"

Gerak hati?

Pada masa itu aku tak menyoal bisikan hati itu kerana ia seperti sesuatu yang normal...yang pasti...satu fakta kehidupan.

## Aku tak rasa ia sesuatu yang pelik sehinggalah aku balik dan menulis perkara ini di dalam diari. Gila cinta monyet? Sunyi disebabkan putus cinta dengan bekas suami? Entahlah. Mungkin. ##

" Dah jom jom kita keluar" aku gesa sedara mara ku.

Malam itu aku jadi gila. Gila bayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience