Untuk Pembaca

Other Series 2084

Awak,

saya sudah penat mengorek keluar arang-arang.

Tangan2 saya sudah hitam legam.

Penat.

Ini baru perkahwinan toksik 7 tahun.

Dalam tahun terakhir -- bekas suami saya berubah menjadi haiwan buas, menggigit bukan saya sahaja tapi anak2 aku sekali.

Saya tak dapat nak bayangkan manusia2 lain yang melalui pencabulan dan penderaan yang lebih teruk.

Di rogol hari2 oleh ahli keluarga selama 15 tahun.

(rogol itu rompakan jiwa melalui badan. Rogol adalah tentang kuasa pijakan kaki pada kepala mangsa. Ia bukan seks suka2. Berhentilah melawak menggunakan perkataan rogol.)

Dimaki tak guna bodoh tak guna bodoh tak guna bodoh setiap hari oleh mak kandung sehingga dewasa.

Diikat bergantung dari siling sampai rasa nak tercabut tangan...sambil tu perakam video gelak berterusan.

Dijerit ditolak sehingga menjadi anak patung...kosong isinya.

DIrotan sehingga koyak kulit...oleh orang yang sepatutnya membuat kita rasa selamat.

Ada yang lebih teruk.
Saya hanya bertuah kerana Allah buka mata saya melalui ilmu pengetahuan.

Ilmu itu kuasa. Bacalah.

Bukan sahaja ia membuka minda kita...tapi ia juga membuka pintu ke dunia baru.

Kekuatanku yang diberiNya pula adalah melalui anak2 saya.

Saya bertahan kerana mereka dan saya melangkah keluar pun kerana mereka.

7 tahun perkahwinan toksik. Tapi saya masih takut untuk berdepan dengan bekas suami.
Dia mendera saya di dalam mimpi.

Tapi selepas cerai,
saya sebenarnya selalu gembira dan tenang.
Mungkin tersilap makan dadah apa entah, hampir setiap hari rasa seperti ringan diawangan.

Menari dan menyanyi.

Jurnal ini hanya kebanyakannya merakam kisah sedihku ---- masa lalu.

Dan sebenarnya kini saya selalu teruja dengan kehidupan.

Aih. apasal bab akhir ini sangat tak tersusun kata2 --- seperti saya ni bukan lagi penulis puitik. Puitik? Betul ke ejaan tu? Ada ke perkataan puitik? pelik.

Mungkin sudah tibanya waktu untuk saya basuh tangan-tangan hitam ini...dan melangkah ke hadapan.

Saya akan kembali... harap2nya dengan berita2 mengembirakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience