Cengkerang Kosong

Other Series 2084

Cengkerang Kosong

"Aku bagi makan minum dan tempat tinggal. Kau isteri. Kenalah melayan aku."

"Apa lagi yang isteri boleh buat tapi orang lain tak boleh?" Kata dia lagi.

"Engkau tak bagi seks, lepas tu aku guna bahan lucahlah... ke kau nak aku berpoligami?"

"Kau muslim kan? Nah, ayat ni cakap suami kena didahulukan... ayat ni pula cakap isteri bagaikan

ladang, boleh diperlakukan sesuka hati suami."

Ye. Isteri bagai ladang tanaman. Dan pekebunnya?

Suami.

Tapi pekebun mana yang akan siram tanahnya dengan racun....kemudian mengharapkan tuaian buah manis? Bekas suami.

Tapi entah macam mana, aku kembali

Bodoh dan lemah.

Atau, dengan perkataan yang lebih manis ditelinga: "baik hati"

Boneka.

Wayang kulit.

Dia duduk di hujung katil. Terlanjang.

Aku pula melutut di lantai. Tiada seurat benang berwarna kehormatan dan maruah.

Dia menunggu aku menjadi mesin memuaskan nafsunya.

Aku menangis.

" i rasa macam pelacur, bang"

Air mata berjurai.

" i provide, so you do your part." Kata dia.

Bengis suaranya.

Dia langsung tidak memandang mataku.

....

saya tak berapa ingat apa berlaku selepas tu. Saya teruskan juga ke? Atau melarikan diri ke bilik sebelah? Atau kedua2 sekali?

Saya harap saya melarikan diri pada masa itu.

Cengkerang kosong.
Dia dan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience