Marah

Other Series 2084

Kamal boleh berehat lepas kerja.

Senyap dan damai.
Nak tonton movie tanpa gangguan.

Boleh je.

Dia juga boleh cari perempuan yang 10 tahun lebih muda daripada aku.

Gaji dia RM10k setiap bulan.
Badan dan rupa masih okay.

Kamal.

Yang mendera aku secara lisan (verbal abuse),
yang menipu aku sepanjang 6 tahun,
mempermainkan emosi aku,
yang memukul menampar menolak aku.

Di depan anak2.

Kamal.
Dia yang bertuah lepas perceraian.

Sebaliknya,

Aku yang keseorangan.

Yang dilema antara kerja dan menjaga anak2 ku.

Yang masih tercari-cari pekerjaan yang di antaranya.

Ditarik dari tiga arah.
Ditemani jeritan dan nangisan anak-anak.

Ketenangan yang aku boleh capai ...hanya ketika anak2 sudah tidur.

Sungguh tak adil.

Marah dengan bekas suami.
Sanggup dia cerai hanya semata-mata pornografi.

Ya. Barulah betul.

Dia bercerai kerana pornografi.

Aku bercerai kerana dia pembuli.
Bukan lagi contoh yang baik untuk anak-anakku.

------

"Abang, i nak beritau sesuatu yang penting. Biar saya panggil Adam dulu ya."

"Jangan. Buat apa dipanggil budak tu? Cakap saja lah apa yang u nak cakap."

" Abang. Bila abang cakap saya hodoh dan bodoh, bukan saya saja yang luka. Anak kita juga yang luka bila emak mereka dipanggil hodoh dan bodoh."

Dia terdiam.

Sampai sekarang dia tidak meminta maaf.

Kerap kali aku yang meminta maaf.

maaf.
maaf.
maaf.
maaf.

Rupanya selama ini, perkahwinan ini

hanya aku yang syok sendiri.

Tepuk sebelah tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience