Malam yang panjang

Other Series 2084

Bila baru- baru bercerai, aku ada banyak masa keseorangan pada waktu malam.

Tak boleh tidur. Kekurangan tidur sampai 3-4 jam sahaja...

Kadang-kadang satu malam berjaga.

Kenapa? Mungkin sebab sedih, mungkin sebab kesunyian, mungkin juga sebab bimbang...

Ada malam aku gunakan masa itu untuk buat flash cards dan lesson plan untuk kelas aku.

Ada malam aku jadi stalker si hero. Aku tidak mengikuti social medianya semasa sibuk berumahtangga... bila pokok sudah tumbang, barulah aku nampak bintang-bintang di langit gelap.

Seperti bintang-bintang, gambar- gambarnya di instagram dan status-status fac nya menerangi malam aku.

Aku mengeluh tersenyum melihat gambar-gambarnya di Instagram. Kacak. Orangnya banyak membaca dan berani menyatakan pendapat-pendapatnya.

"Apa yang dia merepek panjang-panjang ni? "

Aku baca balik perenggan yang si hero tulis.

Tak faham juga. Aku yang bijak ni pun tak faham.

Ahh... mungkin dia lagi bijak.

Aku mengeluh lagi macam anak dara sedang bercinta.

"Hmm.. dia berpisah dengan isterinya ...sekitar 2016. "

Kalaulah ini Subjek Sejarah untuk SPM. Tentu aku dapat A. Pandai aku mengkaji bahan2 fosil.

Aku ke Twitter dan mencari nama ex si hero.

"Ek. Ada lelaki sorang ni tag dia lah... macam mesra semacam je..."

"Aih. Tu lah. Kawin dengan perempuan universiti. Umur 20 sudah berkawin. Tentulah perempuan tu susah nak setia. Hidup single masih tak puas kot dan di universiti pula ramai jejaka2."

bisik hati aku ...tanpa bukti kajian yang cukup.

Dan bila aku lihat post2 instagram si hero yang emo-emo sekitar 2016, aku kasihan padanya.

"Kesian. Perempuan tu tak setia..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience