Kali keempat.

Other Series 2084

Kali ini aku tenang dan diam saja. Mengambil bantal dan pindah ke bilik lagi satu.

"Kenapa?"

"Abang tengok porn lagi." kata aku.

Baru sahaja beberapa minggu yang lalu aku tanya dia, bolehkah aku percayakan dia?

"Ya. Kau boleh percayakan aku."

Ada tengok bahan lucah kah?

"Tak ada."

Aku peluk dia. Sayang dan rasa hormat.
-----

Minggu sebelum itu itu aku terjumpa "Milf malaysia" di kotak Fac search dia.

"apa ini, bang?" tanyaku tenang. "Baik abang jelaskan."

Dia terus ke tandas kononnya tak tahan nak buang air.

Dia kembali dan beritau fb search macam google search. Mungkin FB search engine tersilap bagi cadangan bila dia hendak cari __perkataan bermula dengan M___.

Aku terima penjelasannya. Percaya dan jangan buruk sangka.

-----

Macam mana boleh aku tau dia tengok perempuan bogel lagi? Melalui youtube.

Dia telah liked dan download video2 wanita2 separuh bogel tengah mandi. Sejarah youtube pula menunjukkan dia telah menonton perempuan berperlakuan ghairah seperti menunggang zakar lelaki;

lelaki bersetubuh dengan perempuan.

Itu baru youtube.

Dia tergelincir.

Apa lagi yang dia tonton di laman2 rahsia...

Keesokan pagi dia bersikap seperti tiada apa-apa. Aku pun tenang. Tapi tuhan saja yang tau hatiku sudah retak seribu, darah mengalir keluar.

Si suami melihat wanita lain terlanjang bulat. berzina. ber-bunyi dan ber-orgasme. bagaikan kematian suami.

Malam itu dia minta maaf. Tapi kali ini aku dengan tenang bertanya,

" jadi apa rancangan abang kali ini untuk elak tengok porn?"

" Benda ni bergantung kepada will power. I'll try my best"

" Tak cukup. Abang dah cuba cara tu untuk tiga kali peluang. Abang kena buat sesuatu.

Saya dah tak percayakan abang.

Kali ini i nak abang pasang accountability app. App ini akan screenshot skrin fon abang setiap minit dan gambar tu akan dihantar ke fon saya. Tapi semua perkataan di skrin akan ditutup hitam dan gambar2 akan diblur-kan. Abang tetap ada privacy."

Dia tak mau.

"Apa kata setiap malam kita baca terjemahan alQuran bersama-sama.. 5 minit sahaja."

Dia tak mau juga.

" kita ber sex setiap hari jadi takdelah i guna porn" kata dia.

" tak cukup. I dah pernah bagi sek setiap hari dan berpakaian separuh telanjang di rumah... hingga abang sendiri kata tak nak hari-hari. Sekarang ni saya dah takde kerpercayaan pada abang."

Tiada cadangan mahupun penyelesaian yang diambil dia. Aku terus tidur di bilik lain.

Sebab?

Aku dah tau apa itu boundary (had2 peribadi) dan apa itu betrayal trauma (trauma akibat ditikam belakang oleh orang terdekat) .

Aku bodoh jika biar badan diri aku ini dipergunakan walaupun hati sudah dipijak2 oleh kecurangan dan penipuannya.

Sudah tiga kali aku layan dia seperti raja walaupun yang mangsa tipuan itu adalah aku dan penipu itu adalah suami. Dilukai. Ditipu. Dicurangi.

Tempat lap kaki?
Tidak lagi kali ini.

----

Lusanya aku minta dia jaga anak2 seketika. Aku masuk bilik lain. Pintu ditutup dan aku dengan segala kekuatan...

aku pukul dan pukul katil sekuat hati. aku tendang dan tendang katil itu.

Aku jerit semahu-mahunya

Suami yang patutnya jaga hati ini...
dialah yang robek dan pijak2 hati ini.

Tiga kali aku maafkan.
Tiga kali hati berkecai bagaikan breakup...
Tiga kali aku luka tapi aku beri balik kepercayaan.

Dan ini --- kali keempat.

----

Minggu yang kemudiannya aku meninggikan suara bagai gauman harimau padanya.

"Abang yang buat i macam ni!!! Abang tak suka kan i marah dan sedih macam ni... tapi sebab abanglah i macam ni. "

aku menjerit sepuas-puasnya.

#Air mata aku jatuh semasa menulis ini -- mengenangkan masa itu. Begitu sedihnya aku orang tersayang mematahkan hati aku buat kali keempat.
---

Kerana aku tiada kepercayaan lagi pada dia...dan dia pula tidak buat apa-apa untuk menangi kepercayaan dan hatiku....

aku sendiri berkata " macam ni lah. abang buat lah apa abang nak buat. tengoklah porn tu. cuma i tak nak tidur dengan abang."

Dia setuju.

Bodoh bukan? Sanggup lukai isteri dan hubungan asalkan dapat tengok pornografi?

Bukannya aku tak pernah cuba menerima kehadiran pelacur-pelacur online (itulah pornografi. Porn Star? Hanya nama timangan untuk pelacur online)

demi keharmonian rumahtangga. Aku dah cuba.

"Suka hati abanglah, bang... itu diantara abang dan Tuhan" pernah aku kata dulu pada tahun pertama perkahwinan.

Namun aku mula sedari bahawa aku tak boleh terima suami tengok wanita lain terlanjang dan berzina.

Aku telah beritau dia "Janganlah tengok porn. Saya tak suka."

Dengan cara aman. Dia setuju.

Namun...

Dia lebih selesa menipu dan menipu dan memperbodohkan aku... demi melihat aurat-aurat perempuan lain.

Bukankah aurat dan sek yang kita boleh lihat adalah pasangan dalam perkahwinan itu ...dan tiada yang lain (kecuali kita ini seorang doktor)?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience