Doa

Other Series 2084

Aku menangis sambil memandu pulang dari satu tempat.

Perjalanan jauh.

Keseorangan. Syukur aku ada masa untuk berseorangan.

Rehat untuk seorang ibu sepenuh masa.

"Allah, tak apalah kalau aku tidak bersuami...
tapi aku minta Engkau kurniakanlah anak2 lelaki ku orang2 lelaki beriman dan bebas pornografi....sebagai contoh2 baik dalam hidup mereka."

Aku menangis kerana aku telah silap memilih suami dan disebabkan kesilapan aku,

kini anak2 aku tiada bapa beriman sebagai mentor mereka.

Dan aku tau mereka memerlukan lelaki sebagai pembimbing mereka.

"Allah... biarlah apa yang aku buat, aku buat demi anak2ku. Aku tak kisah kalau tidak bersuami di masa depan. Cukuplah kalau Engkau hadirkan contoh2 baik lelaki dalam untuk anak2ku"

Allah maha mendengar.
Maha mengasihani.
Maha pemurah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience