Sebulan selepas lafaz cerai

Other Series 2084

Di rumah ibu.

Aku menjadi taksub memahami segala-galanya mengenai penipu dan serigala bertopengkan biri-biri.

Disebabkan aku tidak boleh tidur malam, aku banyak membaca buku2 menggunakan app scribd.

Aku membaca mengenai bahasa tubuh.

Setiap posisi anggota badan mempunyai makna.

Jarak dan posisi diantara kekasih memberitau sifat hubungan mereka. Sejuk kerana bergaduh? Atau rapat dan penuh kasih sayang?

Orang yang menipu?
Ada gerak gerinya bila menipu.
. .
.

Aku juga membaca buku2 tulisan bekas2 agen CIA ...mereka menceritakan bahasa penipu. Perkataan2 yang diguna...atau yang tidak digunakan oleh penipu dan juga orang yang jujur percakapan.

(sedang edit)

Aku juga membaca mengenai Narcissistic Disorder Personality.

Narcissist adalah orang yang tidak mempunyai kemahiran memahami perasaan orang lain.

Bahasa pasar?

HATI BATU

Pembaca akan tau lebih lanjut mengenai masalah psikologi ini di dalam buku ini.

Cukup sahaja untuk diberitau bahawa kesan berhati batu adalah: (antaranya. bukan semua)

1) poligami tanpa menghiraukan perasaan isteri pertama.
2) Rogol/cabul kanak2
3)merompak
4) mencuri saja2
5) membuli/memukul untuk keseronokan
6) mendera haiwan
8) membiarkan pasangan bersusah payah atau melukai hatinya...kisah apa. Tak peduli.

.
. .
aku juga banyak membaca mengenai penderaan emosi dan mental melalui lisan (verbal abuse).

Aku juga tau tentang orang yang suka mengawal orang lain (controling people, atau bahasa pasar ialah queen control...salah satu ciri mereka adalah kuat cemburu dan pandai memanipulasi orang lain melalui lisan ataupun keganasan)

.
. .

Setiap muka surat aku selak seperti menelan ubat pahit.

Seperti ditelan oleh perangkap tikus.

Jantung berdegup kuat.

Ingin menjerit dan melarikan diri.

.
. .
. Melarikan diri dari apa?

.
. .

=====
Betullah orang kata,

"Ilmu itu kuasa."

.
. Dengan ilmu bahasa tubuh badan, aku boleh tau rahsia2 orang...termasuklah si dia dan seniwati --- yang disukai dan disanjungi ramai.

Aku tau rahsia mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience