Post di FB group : Nofap Malaysia

Other Series 2084

Disember 2018:

Assalam. Izinkan saya berkongsi pengalaman...

Selepas 7 tahun perkahwinan (3 orang anak kecil), kami bercerai.

Pihak keluarga belah ex-suami tak percaya yang kami bercerai kerana porno. Tentu ramai yang tak percaya juga.

"Hanya kerana porno?"

"kenapa tak bagi dia tengok porn?" soal adik saya (muslim zaman sekarang)

"tak salah tengok porn, video dan gambar je...bukannya macam perempuan2 bogel tu ada kat dalam bilik bersama aku.." kata ex saya.

Pixels je kan, tapi kenapa ramai perempuan (muslim dan kafir juga) yang buat porn menjadi satu isu dealbreaker. Bukan saya seorang.

Google je "suami tengok bahan lucah" ataupun "is watching porn cheating"

malah,makin ramai lelaki yang tulis artikel "yes, porn is cheating" Lelaki yang berpandukan logik akal...lelaki: tak se-emosi seperti wanita.

Suka hatilah apa orang nak fikir... yang saya ni controlling ataupun insecure and low self-esteem...

Dan lantak lah kalau orang nak kata saya tak bagi seks... sedangkan saya tau, saya dah pakai seksi2, mulakan seks setiap hari...itu pun tak akan menghentikan penangih bahan lucah.

Wanita yang cantik dan kreatif dan bersuami berserban berjubah pun terpaksa lalui kelukaan hati disebabkan dadah terbaru: pornografi. Saya tau sebab beliau sendiri bercerita.

Biarlah apa orang nak salahkan pihak isteri,

yang pasti, saya tau apa yang kebanyakan pecinta2 suami rasai.

Dan selepas lebih dari tiga kali hati dirobek, dicarik, di pijak, hati ni dah kering darahnya... suamiku dah lama meninggal dunia dan lelaki yang tidur disebelah saya menjadi orang asing.

Nak sentuh dia pun saya kena fikir dua kali.

Mungkin tajuk di bawah akan membuat pengguna2 porn melihat dari perspektif pihak si-isteri:

KENAPA ISTERI TAK NAK SEKS:

1) Patah hati kerana lelaki yang dicintai melihat wanita lain tanpa seurat benang atau sedikit benang.

"takpalah. Aku okay kalau kau nak hantar video bogel kau kat lelaki lain..."

sampai begitu sekali ex-suami ku sanggup hanya semata2 untuk melihat aurat perempuan lain.

2) Marah kerana diri sendiri menghulur hati kepada suami (yang sepatutnya menjagai ia agar saya berasa selamat tapi..)

hati saya dah berkecai dan digam dan berkecai dan digam berkali-kali. Sudah memaafkan dia berkali-kali. Tapi sekarang marah kerana diri ini bodoh untuk mempercayai seorang penangih.

3) Wanita perlukan trust untuk bersetubuh.

Wanita jenis apakah yang meniduri lelaki yang dia tak percayai? Pelacur dan wanita yang bermasalah mental.

Wanita perlukan kepercayaan sebelum buka baju. Hilang kepercayaan maka matilah hati itu dan hilanglah nafsu seks pada suami.

Disebabkan pornografi, barulah belang ex saya terdedah: selain melanggari perintah Allah untuk merendahkan pandangan, dia juga sanggup pukul dan mendera emosi saya secara lisan, walaupun didepan anak2 kami.

Orang kata kesian sebab bercerai.
Tapi kini saya rasa tenang dan gembira.

Kesian anak2? Saya sebenarnya rasa merekalah bertuah kerana ibu mereka cukup kuat untuk melindungi mereka dari terikut-ikut perangai ex.

Sedih dan kecewa? Ya juga...sebab kebanyakan lelaki islam kini ketagih melihat pelacur online (manalah ada benda percuma kecuali sedekah kerana Allah).

Sedih kerana hati-hati kekasih mereka retak dimerata dunia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience