Kejatuhan UMNO 2018

Other Series 2084

Kami sudah ke kaunseling dan dia telah memasang accountability app. Tapi tak sampai 2 bulan. Dia mula cepat panas baran. Mungkin sebab otaknya kehausan high dopamin dari bahan lucah... jadi cepat rasa marah.

Dia mula membuat hidupku lebih susah dengan sengaja.... Ada bayi umur lebih kurang 8 bulan? Dia tak kisah. Dia kata, mulai hari itu -- aku kena hangkut sampah berat ke bawah bangunan dan ke tempat buang sampah. Masak malam? Hari-hari.

Dengan anak tiga orang dan yang bongsunya bayi yang perlukan susu badan dan didukung sentiasa..

Dia tak peduli.
Sikit2 marah walaupun benda kecil seperti di atas meja ada satu pinggan...

Sebab? itu kerja surirumah kan?

Aku pula kesian kat dia. Bodoh. Bodoh. Bodoh. Lagi sekali aku kata, tak pelah bang, buanglah app tu...

"you kena percayakan i," kata dia...

Dan kami selalu bergaduh tentang salah atau tidak tengok pornografi... boleh pula dia kata "habis tu you nak i poligami?"

" you kena keluar pergi kerja lah. you tak ada kawan. duduk rumah saja... tu sibuk insecure (pasal suami tengok video dan gambar perempuan lain telanjang)"

kata dia. Aku bantah cadangan itu. Aku tak sanggup tinggalkan anak2 kecil di taska ataupun diberi kepada orang lain. Lihat sahaja berita ...hampir setiap bulan ada berita anak kecil didera, dicabul dan mati meninggal dunia...

Bukankah dia sudah lama tau dan sudah lama setuju dengan kehendak aku untuk jaga anak2 sendiri? Lupakah dia?

Lagipun bukannya aku tiada kawan di situ. Aku masih berhubung dengan jiran-jiranku dan juga keluargaku di kampung...

Haiz. Macam itulah orang yang ada narcissistic personality disorder.

Empati tak ada. Yang dia peduli hanya kemahuan dia. Pandangan dan perasaan isterinya dibuang tepi.

"Macam ni lah, kita cuba kaedah i pula, i tengok porno sebab kurang sek. Kita ber sek setiap hari. You tolong i ya?" cadang dia.

Lagi sekali ...macam 3 kali yang lalu. Aku lemah dalam mempertahankan maruah dan had2 peribadi aku (personal boundary).

Asalkan dia ada cuba elak pornografi. Oklah kot.

Tapi bila hati sudah retak berkali-kali dan kepercayaan sudah hilang...

Pernah aku menangis ketika kami sedang bersetubuh. Ada dia nampak? Tak. Walaupun siang. Tak mungkin tak perasan, kan?

Ada dia kisah? Tak kisah.

Pada beberapa bulan sebelum hari Pokok Tumbang, aku mengkaji tentang betrayal trauma, cara memaafkan orang, industri pornografi, tentang pelakon-pelakon sek dan hamba seks, ketagihan pornografi dan juga tentang personal boundary.

## Orang yang lemah had/pagar peribadi -- boundary-- mudah dibuli orang dan selalunya kelihatan sebagai terlalu baik hati.... susah hendak katakan "tidak" pada orang lain.

(Pada dua bulan terakhir perkahwinan kami, aku temui buku "The Verbally Abusive Relationship" dan juga buku "Should I Stay or Should I Go: surviving a relationship with a narcissist")

Tali ikatan perkahwinan kami semakin lerai. Pada masa yang sama aku jadi semakin kuat dan semakin matang akibat banyak membaca buku-buku psikologi (percuma untuk 30hari di scribd.com).

"You muslim bukan?" tanya dia.

"Seorang isteri kena bagi seks walau apa pun. Mana ada istilah rogol dalam perkahwinan."

"Hadis mana abang guna? Al Quran tak ada pun cakap macam tu. Malah, ada ayat yang kata 'Kamu tak boleh mewarisi/memiliki perempuan tanpa kerelaannya"

"Malah, dalam AlQuran, disuruh lelaki berkasih sayang dengan isterinya. Sek secara paksaan --- itu kasih ke? Kesejahteraan wanita itu ada diambil kira jika dipaksa bersetubuh?"

Aku telah berkahwin dengan lelaki yang fikir perempuan itu barang milikan selepas nikah. Wanita itu tak ada perasaan kah? Apa gunanya perasaan yang diberi Allah jika ia dianggap remeh temeh? Robotkah aku?

Jadinya aku terus tidur di bilik lain.

Aku sedang baring menyusukan bayi yang tak sampai setahun.

"masuklah balik bilik kita."

"Tidak."

"masuk lah masuklah masuklah..." dia merayu.

"Tidak, bang. Kan saya dah kata, selagi saya tak percaya abang akan berhenti guna bahan lucah..."

"Kembalilah ke bilik kita..."

"Tak."

Dengan tiba-tiba dia menghayun kedua-dua lenggannya ke atas... dan sekuat-kuatnya dihayunkan kebawah...

lengan-lengan dia yang setebal kaki katil dan seberat itu juga ... jatuh menimpa bahu kiriku (aku sedang baring mengiring menyusukan bayi).

Lalu dia tarik tangan aku ... tarik sebegitu kuat sehingga aku hampir jatuh dari katil... sehingga aku dipaksa turun dan terus ditarik ke arah bilik kami.

Mukanya bengis. Dia tarik aku seperti menarik lembu degil untuk disembelih pada hari raya korban.

Aku melawan tarikan itu tapi dia lebih kuat.

Dia tolak aku ke atas katil kami.

Seluruh badan aku terketar-ketar ketakutan.

(aku menangis bila tulis balik memori-memori pahit ini. Lelaki yang patut menyayangi aku ... melayani aku dengan kekerasan. Seperti sampah ditendang ke tepi jalan.)

Aku memeluk badanku sambil duduk di atas katil kami.

" I tak nak seks ok?! Tak nak!! Tak nak!!! I tak nak have sex with you tau takkkk?!!! " aku menjerit. Nasib baik anak2 sudah tidur lena.

Aku masih menggigil satu badan.

#Aku menangis lagi ketika menulis memori ini sebab terlalu sedih. ...dan masih takut mungkin? Terlalu sedih diperlakukan begitu.

# Bagus jugalah aku menulis jurnal disini. Mana munkin pokok rimbun tumbuh di sawah padi. Betul tak? Biarlah saki baki musim tengkujuh mengalir ke tempat lain

"Baring." dia memberi arahan.

"Tak nakkkkkk..."

"I nak u baring je. I tak nak seks dengan u pun. Pergi ambik baby"

Aku baring bersama bayi, membelakangkan suami.

Dia merapatkan diri dan menanam mukanya pada belakangku.

" I cuma perlukan comfort (ketenangan) .... I tak tau masa depan nanti macam mana.... UMNO tak dapat banyak undi.. ketinggalan jauh..."

Malam itu --- jatuhnya Parti UMNO.

Seperti jatuhnya lengan-lengan besar dia pada badan ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience