Anakku Adam

Other Series 2084

"Saya nak bunuh semua orang! BUNUUUUHHH! Mati! mati! mati! "

Nyaring.

TIba-tiba saja dia menangis dan menjerit di dalam kereta selepas sekolah tadika.

Tiba di rumah, dia menjerit macam orang gila

"Arrrrrrrhhhhh!!!!"

lama.

Sudah tanya apa sebab menangis? Kawan sekelas buli kah?

Adam sedih ke tengok mak dan abah bergaduh?

"Nak bunuh semua oranggggggg!!!!"

"Bunuhhhhhh!"

air mata panas mengalir dari matanya.

"Arrrhhgggggghhh!"

Aku tak tau nak buat apa. Buntu. Marah sudah. Kira sampai 10 saat sudah, cubit pun pernah...

"awak nak menjerit macam ni, awak masuk bilik awak."

Dia tak dengar cakap.

Hilang kawalan atau hilang akal.

:( :( :(

"Macam ni mak masuk bilik dengan adik. Awak diri disitu sampai tenang!"

Lama juga dia menjerit sambil tendang2 pintu bilik lain.

Kemudian hanya esakan tangisan kecil kedengaran.

Aku keluar bilik dan

dia masih menangis.

"Sori mama soriiiii mama... Adam minta maaf..."

:(

Bukan sehari sahaja macam ni.
Hampir seminggu.

"Saya nak matiiiiiii matiiiiii!"

Anakku Adam -- 5 tahun.

:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience