Malam Pertama

Other Series 2084

"Saya janji dengan nama Allah, saya tak akan tengok pornografi lagi" dia mengucap didepan papa, ibu, mama dan daddy.

Disebabkan pada masa itu saya masih lemah dalam mempertahankan had-had peribadi (personal boundary), saya hanya terima ucapan itu dan ikut pulang ke negerinya.

Jika peristiwa itu boleh diulang sekarang, saya akan berkata,

"Itu tak cukup. Ia adalah lebih adil jika syarat kepulangan saya ditentukan oleh saya. Abang dah pecah janji 4 kali, dan hanya saya tau apa yang saya perlu untuk pulih kepercayaan."

Dan saya akan teguh berdiri dengan pendirian saya.

Tapi saya lemah pada masa itu.

Bagai lalang ditiup angin.

Lepas pulang ke rumah, aku faham dia dan aku mempunyai definasi berlainan tenang pornografi.

Aku: aurat wanita terdedah, walaupun berbaju ketat dan jarang dan perlakuan yang menghairahkan. Contoh: mandi berbikini. Apatah lagi yang berzina dan terlanjang terus.

Jika ternampak secara tidak sengaja, tidak apa tapi kalau mencari saja2... itu tak boleh lah.

Dia: hanya perlakuan seks.

Dia tak ingat ke si isteri telah melarikan diri dua kali dan hampir bercerai ...sampai melibatkan sumpah dengan nama Allah? Tak sedar kah apa yang dia mempertaruhkan? Tak sedar ke akibat pilihan dia? Tak sayang ke kat aku?

Dia pandai mengelak dari menyelesaikan masalah definasi.  Macamlah dia tak sedar dari dulu lagi aku rasa luka bila suami tengok wanita2 lain secara menghairahkan. Bila aku nak bincang, boleh je dia mengelak isu. 

Dari isu definasi ...dia kona-baring pasal rasa kepercayaan… lepas tu pusing belit-belit pasal seks pasal aku low-self esteem pasal rumah lah pasal poligami. Tiada kata sepakat.

Jadi aku duduk dan menulis di kertas…

Ia sesuatu yang aku perlu untuk teruskan bersamanya.

-----

Saya , Sofia, akan percaya pada kamal, suamiku 100% dan akan berfikiran positif sentiasa tentang suaminya. Saya akan maafkan kalau suami terlihat aurat wanita.

Tandatangan di sini.

-----------

Saya, kamal, akan berhenti menonton wanita2 menghairahkan, sama ada dari segi permakaian ataupun perlakuan. Jika terjatuh, saya perlu beritahu isteri. Dan kami berdua akan cuba mencari penyelesaian.

Tandatangan disini

------------

Saya, sofia dan saya, kamal, akan cuba menyayangi sesama diri hingga hari tua dan berhenti menggunakan perkataan-perkataan kasar.

Tandatangan disini

-------

Pada petang hari minggu saya tanya suami, bila waktu yang sesuai untuk kami berbincang hal penting. Dia kata malam nanti lepas anak2 tidur.

Malam itu dia sedang bersantai di sofa. Saya mengambil surat itu dan kata dengan sopan dan lembut, “abang baca lah…. “

“Beritau terus ja”

“ ni surat akujanji kita berdua untuk terus bersama. Ia ada kaitan dengan ….”
“Sumpah nama allah saja tak cukup lagi ke?!”

“Tak….”

Jika difikirkan sekarang… kalau dah sumpah dengan nama allah ...apa lahh susah sangat nak BACA je kertas tu.

“Argh! I tak nak baca. “

“Baca saja. Tu je! Baca je...”

Dia melarikan diri ke dalam bilik lagi satu. Pintu dikunci. Buka dan baca pun tidak mau. Dia mengelak lagi.

Hingga kini aku masih ingat senyuman sinisnya ketika di kata tidak dan masuk ke bilik sebelah.

Pintu ditutupnya.

Aku menjerit,

“Kenapa abang tak kisah ? You don’t care! You. don’t. Care!”

Air mata terjurai laju.

Aku masuk ke dalam kamar gelap.  Anak bayi ku sedang tidur. Nyenyap.

Malam itu aku mula  faham. Dan mula menerima kenyataan. 

Suamiku tak kisah tentang aku. Dia tidak sayang pada aku.

Saki baki hati aku yang sudah retak...kini mula menjadi debu.

Aku ingin cerai. Aku ingin lari dari perkahwinan yang menyeksa ini.

Tapi aku takut

(Aku sedang menangis ketika menulis bab hidupku ini)

Aku takut dipisahkan dari anak2 aku. 

Kemiskinan? 

Aku tak takut kemiskinan langsung. Pernah membesar dalam kemiskinan.

Aku takut dia ambil anak2 aku lepas bercerai.

Dia pernah berkata bahawa dia akan lawan sehingga hak jagaan anak2 di pihaknya jika kami bercerai.

Tapi aku takut anak2 aku membesar menjadi remaja2 bermasalah akibat tiada bapa dan tiada emak...bila emak mereka sibuk mencari rezeki.

Fikiranku mula memikirkan jalan melarikan dari perkahwinan neraka ini. Patutkah aku tahan demi anak2? Mungkin aku kena pastikan dropship dan agentship berjaya sebelum melangkah keluar.

Anak2 aku macam mana? Bolehkah aku jaga? Dia akan rebut kah?

Aku menangis dan menangis dan menangis. Sampai memeleh-leleh hingusan hidung. Bengkak mata.

Aku bentangkan sejadah di dalam gelap.

Aku sujud terus dan teresak-esak. 

Seluruh badanku menggigil dan air mata mula membanjiri sejadah. 

“Ya allah….”

Aku masih bersujud. Bagaikan anak kecil ...menanam mukanya pada paha emaknya. Badannya kecil berlipat seperti bayi di dalam kantung air ketuban.

“Allah, tolonglah benarkan aku terus menjaga anak2 ku… biarlah hak jagaan sepenuhnya pada aku. Tolong jangan pisahkan aku dengan anak-anakku.”

Aku merayu dan merayu dan mengadu pada Allah.”

“Aku janji, Allah, aku janji akan membesarkan mereka supaya mereka menjadi insan2 yang mempunyai empati, baik hati, dermawan, rendah hati dan beriman pada ayat-ayatmu. “

Ayat tersebut dibisik berulang-ulang kali diselang-selit dengan esakkan tangisan. 

Malam itu, 

Malam pertama aku berada lama di sejadah.

Dan juga malam pertama 

Lena tidur mengembangkan sayap2nya dan terbang keluar dari tingkap,

Meninggalkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience