Tipu yang selalu diperkatakan

Other Series 2084

Selalu saja bila kita tanya kenapa satu pasangan boleh bercerai, mereka akan kata sudah habis jodoh...ataupun sudah tak serasi.

Aku kini tau itu satu bohong... yang lebih mudah diucapkan kepada yang sedang bahagia berumahtangga.

mereka mana akan faham.

"bincang elok-elok"
"sabarrrr dulu. esok akan okaylah..."

" jaga mulut jaga pemikiran... tak perlu cerai."

"tak kan lah sebab porno sahaja? mesti ada sebab lain kan?"

Aku dulu pun berfikiran begini. Sehinggalah Allah berikan apa yang aku perlu lalui...untuk faham kebenaran.

Macam-macam buku self-help telah aku baca dan praktikkan, cara layan suami? sudah. cara selesaikan konflik? sudah. cara mengendali kemarahan? pun sudah. Selalu minta maaf dan berdiam diri? pun sudah.

Satu perkahwinan bagaikan sebuah rumah. mana boleh berdiri dengan satu tiang sahaja.

Melalui penulisan kisah benar enam tahun perkahwinan ini

dan juga catatan perjalanan hidup sebagai seorang janda tiga orang anak,

aku berharap ramai akan tau sisi-sisi kehidupan yang masih duduk di dalam gelap...

Ilmu2 dari kisah benar yang para pemudi perlu tau sebelum bertunang, apatah lagi melangkah ke alam perkahwinan.

Cara mengenal serigala yang berbaju biri-biri, kisah memulakan bisnes sendiri dan juga

dan juga pengalaman mencari si dia di tinder dan pembinaan mimpi dan kehidupan kembali dari kertas putih.

Ini buka novel cinta cintun ciptaan dari imaginasi.

Di sini pembaca akan tahu malu-ku, impian besar gedabak ku, rahsia diriku, harapanku dan juga kejatuhanku...

Semuanya secara benar.

Ini bukan novel cinta cintu imaginasi tapi
satu karya dari Allah dan aku adalah wataknya dalam kisah yang -- harap-harap aku mempunyai sedikit kata kuasa untuk menentukan pengakhiran cerita aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience