Awan putih yang berat

Other Series 2084

Surirumah lagikah aku -- jika rumah ini bukan milik aku dan tidak bersuami lagi?

Anak-anak dan aku kini tinggal di rumah ibuku.

Dan disebabkan aku mempunyai wang simpanan yang mencecah hampir 20 ribu ringgit -- hasil gaji disimpan di dalam ASB semasa zaman bekerja, aku membuat keputusan:

Tahun 2019 adalah tahun Sofea menjadi Usahawan

Aku masih tidak sampai hati untuk tinggalkan anak-anak kecil ku.

-----

Aku akan ceritakan percubaan dan pengalaman menjadikan mimpi sebagai satu realiti sejak Januari 2019.

tapi buat sekarang, cukuplah aku beritau yang sekarang ni ( 1 hb April 2019)

Ada satu awan putih yang berat di atasku.

Redupnya yang dulu menenangkan jiwa kini makin gelap -- entah bila petir akan menjelma.

Kelembapan dibawahnya yang dulu memanggil ke Fraser Hill kini melemaskan.

---
Dua hari yang lepas aku google simptom depressi.

Kemurungan ke aku ni?

Masa ini tepat untuk aku masuk ke gua kemurungan.

Perkahwinan aku retak.

Muka aku berjerawat dan berkedut tua.

Aku ada tiga orang anak yang merantaikan kaki aku di rumah ini.

Tiada ada lelaki yang mahukan janda tiga orang anak.

Si hero tu pula sebenarnya "orang sama tapi rupa lain"

Mimpi mendirikan sekolah gah... hanyalah ilusi dipadang pasir...


Awan gebu itu makin berat duduk di bahuku.

Aku terasa mahu saja baring -- ditimpanya -- hingga aku tenggelam ke dalam tanah.

Hilang.

Tidur selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience