Kelibat serigala yang pertama

Other Series 2084

Aku ada masanya terbayang:suatu hari nanti, aku akan suruh anakku memberi kertas kecil kepada mak tirinya.

Di atas kertas itu tertulis:

"Aku kenal siapa dia sebenarnya. Kalau perlu bantuan, ini nombor telefon aku."

(Mungkin aku akan self-publish buku aku. Satu buku yang bertajuk "Serigala Bertopengkan Biri-biri: cara mengenal satu.)

-------

Diambil dari

dan diterjemahkan:

Mukasurat pertama.

Nama Thread di forum: Faraj Super

17Julai

Hai semua. Saya isteri kepada PA (penagih Pornografi).

Kalau bukan disebabkan campur tangan makbapa kedua-dua belah, perkahwinan kami mungkin sudah tak boleh diselamatkan.

Saya hampir mengfailkan cerai Khul tapi dihalang ayah. Ayahku merayu agar kami adakan perjumpaan diantara dua belah pihak.

------

##Aku bersetuju kerana dia ayahku. walaupun pada minggu itu aku sudah bertekad mahu cerai.
Dan pada minggu itu aku sudah larikan diri dan sedang duduk di rumah ibuku. (setelah bergaduh selama 5 bulan. nanti saya ceritakan.)

Satu malam sebelum perjumpaan diadakan, Kamal menelefon saya.

Dia menangis-nangis. Kata dia, dia sanggup buat apa sahaja agar kami pulang ke rumah.

Tapi pada hari perjumpaan tersebut, semua cadangan saya ditolak...oleh bapanya. Dan Kamal pula? Senyap.

Antara cadangan yang saya beri,

" Pasang balik accountability app."

"Jumpa pakar ketagihan psikology"

Malah, Kamal buat-buat menangis. Katanya dia rasa tidak dihargai.

TAk dihargai kepala lutut dia. Salah satu taktik dia untuk meraih simpati ayahku.

" Dia pukul saya ketika saya menyusukan anak. Lusanya dia tumbuk saya.

(langsung bukan macam drama tv3 tu... Dia tumbuk aku walaupun tiada jeritan atau maki-makian dari aku. Dia tumbuk aku selepas aku secara tenang, katakan aku masih tiada kepercayaan padanya. Lelaki yang budiman dan waras akan buat apa jika isterinya berkata begitu? Pukul ke, pembaca sekalian?")

"Pukul bersebab," emaknya mempertahankan dia.

Kamal pula? Senyap.

Bukankah satu perjumpaan itu sepatutnya mencapai kata sepakat kedua-dua belah? Tapi yang berlaku adalah ...bagaikan aku seorang yang rosak dan perlu diperbaiki.

###

---

(sambungan pos di forum)

Suamiku telah berjanji dengan nama Allah, dihadapan mak bapa kami, bahawa dia tidak akan tengok bahan lucah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience