2. Mulakan Sekarang.
~Menghafal al-Quran satu ibadah yang mulia yang tidak sewajarnya ditunda-tunda.
~Semakin awal kita memulakan usaha untuk menghafal al-Quran, maka semakin cepat juga kita akan selesai untuk menghafal al-Quran.
~Jangan fikirkan betapa lamanya masa yang kita bakal tempuhi dan perlu untuk menghafal al-Quran. Sebaliknya fokuskan, apa hasil yang kita akan perolehi nanti. Apa yang kita akan dapat?
~Bayangkan, jika kita mula menghafal sekarang, setiap hari, minggu dan bulan, 5 tahun akan datang di mana sudah kedudukan kita?
~Tempoh kita menghafal mungkin memakan
masa yang lama, tetapi bila masa sudah berlalu, semuanya akan rasa sebentar sahaja. Pejam celik, sudah 5 tahun berlalu, jumlah hafalan kita juga sudah bertambah.
~Terdapat beberapa cara memulakan hafalan al-Quran.
-Pertama:
Bermula daripada juzuk 30, seterusnya 29, setelah itu bermula daripada juzuk 1 hingga 28. Ini cara memulakan hafalan bagi kebanyakan penghafal.
Ini cara yang amat baik. Memulakan daripada
surah-surah lazim yang pendek dahulu, kemudian baru berpindah ke surah panjang.
-Kedua:
Bermula daripada juzuk 1, sehingga juzuk
30, mengikut urutan. Jika mahu mula terus
daripada juzuk 1 sehingga juzuk 30, harus
memulakan hafalan sedikit demi sedikit, agar tidak lelah dan berputus asa untuk terus menghafal.
Misalnya, hafal 3 baris setiap hari. Apabila sudah biasa menghafal dan semakin selesa, baru tambah bilangan hafalan setiap hari.
-Ketiga:
Bermula daripada juzuk 30, seterusnya
surah panjang yang popular seperti Yasin, al-Mulk, ,as-Sajadah, al-Waqiah, an-Naba, al-Muzammil, al-Jumuah, al-Insan dan beberapa surah lain, kemudian baru mulakan daripada juzuk 1.
~Kuncinya, dalam usaha menghafal al-Quran, mulakan dengan langkah yang kecil dan mudah terlebih dahulu.
Share this novel