6. Cari Guru atau Mentor.
~Jika kita dapat cari guru atau mentor dalam usaha menghafal al-Quran, ini lebih baik. Mentor adalah mereka yang sudah capai tahap yang kita mahu capai.
~Sekiranya kita dapat bertalaqqi al-Quran dengan guru yang mempunyai sanad al-Quran, itu lebih baik. Apabila khatam membaca atau menghafal, mohonlah guru tersebut agar ijazahkan kepada kita sanad al-Quran.
~Jika tidak bertemu dengan mentor yang berkelayakan atau kita temui, namun masa tidak mengizinkan, jangan berputus asa.
~Tidak semestinya kita perlu menghadap guru atau mentor setiap hari. Mungkin kita mohon bertemu sebulan sekali untuk bertadarus bersamanya agar dia menyemak hafalan kita dan memberikan dorongan daripada masa ke semasa.
Share this novel