11 . Ulang Hafalan Setiap Hari . (BAB 18)

Spiritual Completed 1646

11.Ulang Hafalan Setiap Hari.

~Sengaja saya masukkan petua ini secara khusus, sebab terkadang kita lalai untuk mengulang hafalan al-Quran.

~Mengulang hafalan adalah amat penting. Jika kita sambil lewa dalam mengulang hafalan, akibatnya amatlah teruk. Kita mungkin terpaksa memulakan semula usaha menghafal al-Quran.

~Nabi Muhammad SAW pernah mengatakan, al-Quran adalah lebih mudah terlepas berbanding unta yang diingat dengan talinya. Jadi, jangan remehkan perkara ini.

~Dalam siri 27, Traveler with the Quran, Syaikh Fahad al?Kandari beri satu tip agar hafalan lebih melekat dalam ingatan.

-Selepas selesai hafal harian kita, hendaklah kita mengulang baca semula dengan melihat mushaf.

-Ulang sebanyak 15 kali, paling kurang, dengan mata kita fokus kepada halaman mushaf. Tanpa
mengalihkan pandangan kita ke tempat lain.

Dalam rakaman diskusi buku ‘Apabila Tuhan Berbicara’ oleh Ustaz Abdullah Bukhari, beliau kongsi tentang petua berkaitan hafalan al-Quran.

-Selepas khatam hafalan al-Quran, 10 tahun
pertama adalah masa yang amat kritikal. Seorang penghafal perlu terus murajaah atau mengulang hafalannya.

-Jika gagal mendisiplinkan diri dalam mengulang
tempoh 10 tahun selepas khatam hafalan ini, maka hafalan akan hilang sehingga terpaksa menghafal semula.

~Ada pelbagai cara murajaah atau mengulang hafalan yang boleh kita dilakukan. Satu cara yang pernah saya pelajari adalah salah satunya dengan membaca 1/7 hafalan setiap hari. Dengan itu dalam masa seminggu,
kita akan berjaya khatam semua hafalan kita.

~Sekiranya hafalan kita masih sedikit seperti 1 atau 2 juzuk, jika dapat mengulang 1 juzuk sehari tanpa rasa bosan, maka itu lebih baik. Lebih banyak kita mengulang, maka hafalan kita akan lebih kukuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience