10.Berdoa Kepada Allah SWT.
~Al-Quran adalah kalam Allah, ia adalah wahyu daripada
Allah SWT. Justeru, untuk menghafalnya mintalah
kepada Allah SWT.
~Bagi menyerap dan menanamkan wahyu Allah dalam
jiwa kita, sentiasalah berdoalah kepada-Nya.
~Jauhi makan minum, pakaian dan benda yang syubhat dan haram. Ia boleh menghijab doa kita daripada dimakbulkan oleh Allah SWT.
~Perbanyakkan doa pada waktu yang mustajab. Di antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah:
(1) Hari jumaat, selepas waktu solat Ashar.
(2) Waktu sahur, di akhir malam.
(3) Di antara azan dan iqamat.
(4) Lepas mendirikan solat sunat 2 rakaat.
~Berdoalah dengan khusyuk dan tawadhuk memohon pertolongan Allah SWT.
Share this novel