MENGAPA TIDAK BERJAYA MENGHAFAL AL-QURAN ? (BAB 4)

Spiritual Completed 1638

Mengapa Tidak Berjaya Menghafal Al-Quran?

# 1 - Tiada Kemahuan dan Minat.

Kata Nabi SAW, setiap orang akan mendapat apa yang dia niatkan. Justeru, sekiranya kita tidak pernah ada kemahuan dan niat untuk menghafal al-Quran, maka adalah mustahil bagi kita melakukannya.

Sesuatu yang tidak pernah dibayangkan dalam minda kita, atau tidak pernah kita fikirkan untuk mencapainya, maka ia tidak akan dapat direalisasikan dalam hidup kita.

# 2 - Fikiran Negatif dan Kurang Keyakinan Diri.

Kita boleh belajar banyak teknik untuk menghafal al-Quran, tetapi tanpa keyakinan semua teknik itu tidak akan berguna untuk kita. Positifkan minda dan yakinlah, meskipun menghafal itu susah, ia tidak mustahil buat kita.

Menghafal al-Quran, bukanlah soal otak yang pintar dan genius, tetapi lebih kepada fikiran yang positif.

Orang yang mempunyai otak yang genius, tetapi mempunyai fikiran negatif, akan dipintas oleh mereka yang tidak genius namun berfikiran positif.

Minda yang negatif, umpama tanah yang tidak baik, ia tidak akan dapat menumbuhkan pokok. Manakala, minda yang positif pula adalah seumpama tanah yang baik akan menumbuhkan apa sahaja benih pokok yang diletak di atasnya.

# 3 - Tidak Tahu Kaedah Menghafal yang Sesuai.

Mahu daki gunung, kena tahu laluan yang betul.
Kalau kita mendaki tanpa ilmu, tidak tahu laluan yang betul, silap hari bulan kita jatuh dalam gaung dan cerun. Pendakian menuju puncak juga menjadi susah.

Demikian juga, menghafal al-Quran kita perlu tahu kaedah dan tekniknya. Barulah, usaha ‘pendakian’ menjadi lebih mudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience