9 . Jauhi Maksiat . (BAB 15)

Spiritual Completed 1646

9. Jauhi Maksiat.

~Al-Quran adalah cahaya. Maksiat dan dosa adalah kegelapan. Cahaya dan kegelapan tidak akan berhimpun kedua-duanya dalam satu tempat. Apabila yang satu hadir, yang satu lagi akan sirna.

~Bergelumang dengan dosa, akan memadamkan cahaya al-Quran yang berada dalam hati dan membuatkan seseorang terlupa hafalannya. Bukan itu sahaja, usaha menghafal al-Quran juga menjadi sukar.

~Apabila kita biasa buat dosa dan maksiat tanpa bertaubat, suatu saat ia akan buat kita berpaling daripada al-Quran. Anggota badan kita tidak akan merasa nikmat melakukan kebaikan.
?
~Apabila kita tidak jaga mata daripada perkara haram, ia akan bagi kesan pada hati dan mata kita dengan buatkan mata kita tidak rasa seronok menatap perkara baik seperti menatap mushaf al-Quran.

~Apabila kita asyik isi hati kita dengan muzik dan perkara haram, maka hati itu tidak akan rasa seronok menerima hafalan al-Quran.

~Apabila terjebak dalam dosa dan maksiat, segeralah bertaubat kepada Allah SWT. Jangan biarkan diri terus dalam kelalaian.

~Jadikan istighfar lebih 70 kali sehari sebagai amalan. Ia adalah sunnah dan amalan Nabi Muhammad SAW setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience