7. Gunakan 1 Mushaf Khusus.
~Ini petua yang diberikan oleh para penghafal al-Quran.Gunakan 1 mushaf sahaja dan jangan bertukar-tukar mushaf al-Quran.
~Pilih 1 mushaf dan gunakanlah ia menghafal sehingga akhirnya. Jika mushaf itu hilang atau rosak, usaha dapatkan mushaf seumpamanya.
~Mengapa? Ini kerana manusia menghafal secara visual dan imej. Apabila kita menghafal, imej halaman mushaf itu akan wujud dalam minda.
~Apabila kita bertukar-tukar mushaf, proses hafalan mungkin menjadi sedikit sukar dan celaru, kerana imej yang tidak konsisten dalam minda kita.
~Jangan menukar mushaf, semata-mata kerana tertarik dengan mushaf-mushaf baru yang cantik rekaannya.
Share this novel