BAHAGIAN 2 : BICARA TENTANG AL-QURAN (BAB 33)

Spiritual Completed 1646

Bacalah Tafsir Al-Quran.

Buat para penghafal al-Quran, saya cadangkan miliki kitab tafsir al-Quran. Sambil menghafal cuba fahami dan tadabbur ayat yang kita hafal.

Dengan berusaha memahami ayat al-Quran yang dihafal, ia akan buat usaha menghafal al-Quran jadi lebih seronok dan kuat melekat dalam ingatan.

Selain itu, dengan menghafal bertemankan kitab tafsir al- Quran ia dapat mengelakkan kita tersilap dalam memahami ayat yang kita sedang hafal.

Sesungguhnya, membaca, mempelajari dan menghafal al- Quran akan menghidupkan hati seperti mana air hujan menghidupkan dan menyuburkan tanaman.

___________
Menyemai Al-Quran dalam Minda Anak

Sekiranya kita sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, cara yang kamu boleh biasakan anak dengan al-Quran, bacakan dia al-Quran sebelum tidur.

Apabila orang lain bacakan buku cerita untuk anak mereka sebelum tidur, kita pula bacakan surah-surah lazim untuk anak.

Bacalah beberapa surah secara konsisten, insya' Allah, suatu ketika mereka akan dapat menghafalnya. Boleh juga satu, dua atau tiga ayat pendek.

Apabila kita sudah tiada, ia akan jadi kenangan manis buat anak kita, "Dahulu masa kecil, setiap kali sebelum tidur ayah atau ibu selalu bacakan saya al-Quran."

___________
Menghafal Al-Quran Kewajipan Penuntut
Ilmu.

Berkata Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin:

“Wajib atas penuntut ilmu mempunyai sikap mengambil berat dalam usaha menghafal al-Quran, beramal dengannya dan mengajak kepadanya serta memahaminya sesuai dengan
kefahaman Salafus Soleh.”

(Kitab al-Ilm, hal. 53)

___________
Kereta, Hati dan Al-Quran.

Kereta bila kita tidak jaga, tidak selenggara daripada masa ke semasa, lama-lama ia akan rosak dan bermasalah.

Bila kereta sudah rosak dan bermasalah, perjalanan tidak lancar, terhenti tengah jalan, tidak dapat bergerak dan sebagainya.

Begitu juga hati kita. Kalau tidak dijaga dan diselenggara, lama-lama ia akan rosak, bermasalah dan sakit. Bila hati sudah sakit danbermasalah, maka susah atau tidak dapatlah
ia bergerak menuju Syurga.

Di mana mahu selenggara hati yang sakit dan rosak? Buka al- Quran, baca, fahami dan amalkan. Sesungguhnya ia adalah penawar bagi hati kita.

___________
Hanya Al-Quran Kitab Mukjizat.

Saya baca dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir, rupanya majoriti ulama berpendapat kitab Taurat, Zabur dan Injil bukanlah mukjizat para nabi yang menerimanya.

Kitab yang menjadi mukjizat hanyalah a-Quran sahaja. Adapun kitab selain al-Quran yang diturunkan, ia sememangnya wahyu, tetapi Allah tidak menjadi ia mukjizat para nabi-nabi
tersebut.

___________
Membaca Al-Quran di Rumah.

Membaca al-Quran bukan sahaja dianjurkan di masjid.
Bahkan di rumah juga.
Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti
kuburan. Sesungguhnya syaithan menyingkir daripada rumah
yang dibacakan padanya Surah al-Baqarah.”

(Shahih Muslim,4/182)

Dalam sebuah atsar daripada Abu Hurairah r.a. dinyatakan rumah yang dibaca padanya akan terasa luas bagi ahlinya, syaithan akan lari daripada. Sebaliknya, rumah yang tidak
dibaca padanya al-Quran akan terasa sempit bagi ahlinya.

Sekiranya kita rasa tidak senang, tidak aman duduk di rumah, cuba semak semula keadaan rumah kita. Adakah ia dihidupkan dengan ibadah atau sebaliknya.

___________
Tanda Cinta kepada Allah SWT Adalah
Mencintai Kitab-Nya.

Bila kita benar-benar suka atau cinta pada seseorang, maka kita akan suka atau cinta perkara yang berkaitan dirinya.

Kalau yang kita suka itu penulis, maka kita akan kumpul buku- buku dia dan baca. Sering kali tidak puas membacanya sekali sahaja.

Bila jumpa orang lain pula, kita akan cakap berkaitan dia atau karyanya yang hebat. Betul bukan? Itulah sikap para pencinta sejati terhadap orang yang dicintainya.

Demikian juga, sikap para pencinta Allah SWT yang sebenar- benarnya. Mereka akan cinta perkara berkaitan Allah SWT.

Tanda yang paling jelas pada pencinta Allah SWT, mereka suka membaca dan berdamping dengan kitab Allah. Tiada sehari pun berlalu tanpa mereka menelaah kitab Allah SWT.

----- TAMAT -----

Tahniah berjaya habiskan kecil ini!

Semoga Allah SWT memberkati dan mempermudahkan usaha
saya dan anda untuk menghafal al-Quran.

Berminat dapatkan kemas kini informasi yang menarik?

Jemput Follow Fac saya.

- SUHILI NAIN -

Kota Kinabalu, Sabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience