19 . Utamakan Kualiti Hafalan . (BAB 28)

Spiritual Completed 1646

19.Utamakan Kualiti Hafalan.

~Dalam menghafal, utamakan kualiti hafalan berbanding cepat habis hafalan. Pastikan hafalan kita melekat dengan kukuh, sebelum memulakan hafalan berikutnya.

~Yang penting bukan berapa cepat kita hafal, tetapi sejauh mana kualiti hafalan al-Quran kita.

~Pastikan kita menghafal dan membaca ayat atau surah hafalan mengikut hukum tajwid yang betul. Bukan sekadar baca pantas, namun hukum tajwid dalam pembacaan kurang dititik beratkan.

~Sedikit yang kita hafal dan kukuh, lebih banyak daripada banyak yang kita hafal tetapi kurang kukuh.

~Mula dengan menghafal sedikit-sedikit dahulu. Nanti, insya-Allah, kita akan dapat menghafal banyak. Seperti belajar berenang, kita mula di tempat cetek dahulu, jangan terus ke laut dalam.

~Nabi Muhammad SAW menyatakan dalam hadis riwayat al-Bukhari, amalan (sunat) yang paling disukai Allah adalah yang dibuat secara berterusan walaupun sedikit.

~Hafalan sedikit demi sedikit yang kita buat tetapi berterusan itu lebih baik bagi kita, daripada kita menghafal banyak dalam satu masa tetapi tidak berterusan.

~Misalnya, menghafal al-Quran sebanyak 3 baris setiap hari secara berterusan. Itu lebih baik daripada kita hafal 3 muka surat dalam sehari, tetapi jarang-jarang dilakukan.

~Demikian juga, murajaah atau mengulang hafalan sedikit demi sedikit dengan berterusan setiap hari, itu lebih baik daripada kita mengulang banyak hafalan, tetapi jarang-jarang, seperti sebulan sekali.

~Namun, jika kita dapat melakukan murajaah dan
menghafal dengan jumlah yang banyak tanpa jemu dan melakukannya secara konsisten, pastinya itu lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience