20 . Besederhana Dalam Usaha . (BAB 29)

Spiritual Completed 1646

20.Bersederhana Dalam Usaha.

~Dalam usaha menghafal al-Quran kita tidak boleh begitu memanjakan diri dan tidak boleh juga terlampau memaksa diri.

~Apabila kita tidak dapat mencapai target harian atau minggu dalam menghafal, kerana ada komitmen lain, janganlah rasa begitu kecewa dan tertekan.

~Jangan fikir negatif apabila kita kurang capai target harian. Positifkan minda kita dan terus berusaha dalam menghafal.

~Ingat, usaha menghafal al-Quran bukan seperti graf yang sentiasa naik dengan lancar. Ada turun naiknya juga. Apa yang penting, kita usaha ia dapat kedudukan meningkat dalam jangka masa panjang.

~Sekiranya kita tidak belajar di Pusat atau Ma’had Tahfiz dan bekerja atau belajar dalam bidang lain, saya fikir, tidak ada salahnya kita mengambil masa yang lama untuk mengkhatamkan usaha menghafal al-Quran, meskipun sehingga memakan masa lebih 10 tahun. Apa yang penting usaha menghafal itu ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience