5. Menghafal Waktu Pagi.
~Berdasarkan perkongsian para penghafal al-Quran, menghafal pada waktu pagi adalah lebih mudah.
~Pada awal pagi fikiran kita belum sesak dengan pelbagai
urusan harian, justeru ayat-ayat al-Quran lebih mudah
meresap ke dalam minda kita berbanding waktu lain.
~Nabi Muhammad SAW ada doakan kebaikan bagi umatnya yang melaksanakan usaha di awal pagi. Justeru, waktu pagi adalah waktu yang berkat untuk memulakan satu usaha yang baik.
~Usahalah menghafal sebelum waktu subuh, yakni waktu sahur dan selepas subuh dan alami sendiri pengalaman hafalan yang mudah, Insya-Allah.
~Memulakan hari kita dengan al-Quran, insya-Allah, kehidupan kita akan lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT
Share this novel