1 . Niat dan Kemahuan . (BAB 6)

Spiritual Completed 1646

1. Niat dan Kemahuan

~ Setiap amalan itu dengan niat. Harus ada niat dan kemahuan yang bersungguh-sungguh untuk menghafal al-Quran. Dengan niat baru akan ada tindakan untuk menghafal al-Quran.

~ Kita juga harus tahu mengapa kita mahu menghafal al-Quran dan mestilah mempunyai sebab yang kukuh untuk menghafalnya.

~ Menghafal al-Quran adalah ibadah yang dipuji dalam Islam, maka tidak seharusnya ia dilakukan kerana selain Allah SWT. Tanamkan niat yang ikhlas dalam diri kita.

~ Dalam hadis disebutkan, antara orang yang terawal masuk Neraka adalah orang yang melazimi al-Quran dengan niat yang tidak ikhlas dan dia melakukannya dengan riyak dan mahukan pujian manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience