15.Dengar Bacaan Al-Quran.
~Ada waktu kita mungkin tidak dapat membaca al-Quran, kerana ada keuzuran atau disebabkan sakit tekak dan seumpamanya. Apabila ini berlaku, bertenang dan tukarkan aktiviti kita buat sementara dengan mendengar bacaan al-Quran.
~Dapatkan rakaman al-Quran daripada para Qariy atau pembaca al-Quran yang elok dan baik bacaannya untuk kita dengar dan ambil manfaat.
~Jika kita mempunyai Qariy kegemaran dengan suara yang merdu, boleh juga kita meniru lenggok bacaannya. Itu akan membuatkan usaha kita menghafal al-Quran menjadi lebih seronok.
~Pada saat ini ada aplikasi al-Quran yang boleh kita install dalam telefon pintar dan mainkan beberapa ayat yang kita kehendaki secara berulang kali.
Share this novel