BAHAGIAN 2 : BICARA TENTANG AL-QURAN (BAB 32)

Spiritual Completed 1646

Bahagian 2:

Bicara Tentang Al-Quran.

***

Berkat Membaca Al-Quran.

Telah berkata adh-Dhiya al-Maqdisi:

"Bila aku membaca al-Quran dengan banyak, maka menjadi mudah bagiku untuk mendengar hadis dan menulisnya dengan banyak. Bila aku tidak membaca al-Quran, maka ia tidak menjadi mudah bagiku."
___________
Permulaan Ilmu Menghafal Al-Quran.

Telah berkata Ibn Abdil Barr:

"Adalah awal ilmu itu menghafal kitab Allah 'azza wa jalla dan memahami."

Al-Quran adalah sumber pertama ilmu Islam. Al-Quran menjadi dalil kepada hukum-hukum Islam.

Bila kita hafal al-Quran dan berusaha memahaminya, kita akan dapat menguasai banyak ilmu dalam Islam.

___________
Al-Quran Sebagai Buku Manual Kehidupan.

Apabila beli televisyen, telefon dan kereta, bersama pembelian itu akan disertakan buku manual atau panduan bagaimana untuk kita menggunakan benda-benda tersebut.

Apabila kita langgar panduan yang disebut dalam buku manual itu, mungkin masalah akan berlaku atau benda yang kita beli tidak dapat berfungsi dengan baik dan sesuai dengan penciptaannya.

Begitu juga manusia, bila Allah SWT cipta manusia, bersamanya Dia ada sertakan "buku manual" yang akan menunjukkan dan menjelaskan kepada manusia bagaimana
mahu jalani hidup di dunia.

Setiap fasa manusia mempunyai "buku manual" yang berbeza. Misalnya, buku manual bagi fasa Nabi Musa a.s. adalah Taurat.

Manakala, "buku manual" bagi fasa umat Nabi Muhammad SAW dan akhir zaman adalah al-Quran. Bila seseorang baca al-Quran, fahami al-Quran dan amalkan al-Quran, insya' Allah,
dia akan dapat jalani hidup yang seimbang dan baik. Bila manusia sekarang abaikan al-Quran sebagai manual hidup, maka akan berlaku pelbagai masalah dalam hidup, tiada keseimbangan, tiada keberkatan dan akan berlaku perkara yang tidak diingini kepadanya, di dunia dan akhirat.

Bila manusia sekarang abaikan al-Quran sebagai manual hidup, maka akan berlaku pelbagai masalah dalam hidup, tiada keseimbangan, tiada keberkatan dan akan berlaku perkara yang tidak diingini kepadanya, di dunia dan akhirat.

___________
Aplikasi Al-Quran dalam Telefon Pintar.

Tiada masalah install aplikasi al-Quran dalam telefon pintar kita. Telefon pintar itu kita boleh bawa masuk ke tandas.

Aplikasi al-Quran yang tersimpan dalam telefon tanpa dipaparkan seumpama hafalan dalam dada kita. Kita hafal al- Quran, masa dalam tandas jangan pula baca ayat hafalan kita.

Yang tidak boleh adalah apabila kita paparkan ayat al-Quran pada skrin telefon pintar lalu bawa masuk ke tandas. Itu yang tidak boleh dan dilarang.

___________
Menghafal dan Mengulang dalam Perjalanan.

Pada setiap hari, kita mungkin akan meluangkan masa lebih kurang 30 minit - 1 jam dalam kenderaan untuk pergi ke tempat kerja. Ada juga yang habiskan masa dalam kenderaan
lebih 2 jam sehari. Pergi dan balik.

Dalam masa yang lama ini, ada yang memandu sambil dengar radio, kalau naik bas ada yang ambil kesempatan dan mengisi masa ini dengan main game, dengar lagu dan sebagainya.

Bagi yang menghafal al-Quran, dicadangkan, isilah masa-masa ini dengan perkara yang bermanfaat iaitu menghafal dan mengulang hafalan kita.

Kita boleh mengulang hafalan al-Quran sambil memandu atau dengar rakaman mp3, bacaan para Qari. Dengan itu hafalan al-Quran kita akan bertambah hari demi hari dan semakin hari semakin kuat.

Diceritakan dalam Traveller with The Quran, terdapat seseorang yang meluangkan masanya dalam kenderaan saat pergi dan pulang kerja untuk al-Quran. Akhirnya dia berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

___________
Hafalan Nombor Ayat Bagi Surah Al-Quran.

Adakah kamu pernah dengar atau saksikan orang yang hafal al-Quran dengan nombor surah sekali? Sebut sahaja nama surah dan nombor ayat, dia akan bacakan untuk kamu ayat itu dengan tepat.

Ingin tahu kaedahnya?

Kaedah ini didedahkan oleh Syaikh Jihad al-Maliki, seorang penghafal al-Quran daripada Arab Saudi. Beliau seorang yang tidak dapat melihat.

Caranya, apabila kita baca ayat al-Quran, sebutlah nombor ayat itu kuat-kuat, seperti kita membaca ayat-ayat al-Quran.

Mungkin kaedah ini kelihatan leceh, tetapi ini kaedah yang berkesan. Ini ketika fasa menghafal dan mengulang, jangan pula kita sebut nombor ayat masa mengimamkan solat.

Apabila menghafal, fokuskan minda kita untuk turut ingat nombor ayat yang kita sedang hafal, insya' Allah, kita akandapat mengingat nombor-nombor ayat bagi surah yang kita hafal.

___________
Menambah Iman dengan Al-Quran.

Di antara manfaat membaca, menghafal dan mentadabburi al-Quran ia akan meningkatkan dan menyuburkan iman seseorang.

"...dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahkan keimanan mereka..."

[Surat al-Anfal: 2]

Justeru, apabila kita rasa iman kita berkurang dan lemah, bacalah al-Quran dan renungilah maknanya.

Jika kita hafal, maka itu lebih baik. Dengan itu al-Quran akan bersama kita di mana sahaja kita berada.

___________
Peta Menuju Syurga.

Adakah kita mahu kalau ada orang berikan kita peta harta karun yang bernilai jutaan, billion dan trillion ringgit seterusnya jadikan kita orang terkaya di dunia? Saya percaya, kita akan suka tentangnya.

Sesungguhnya, Allah SWT telah bagi kita peta yang lebih bernilai daripada peta itu. Allah SWT telah bagi kita peta menuju Syurga.

Apakah dia peta menuju Syurga itu?

Ketahuilah, peta menuju Syurga itu adalah al-Quran. Justeru, janganlah kita mensia-siakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience